Chapter 16

3K 110 0
                                    

I looks at her like I just realized what love is- Tengku Rizqie

"Who's that guy? Find it."

Tengku Rizqie perasan Effa mesra dengan lelaki itu tadi. Sedangkan Effa susah untuk ketawa bersamanya.

Seseorang mengetuk pintu pejabatnya dari arah luar. Tengku Rizqie sekarang berada di Ipoh oleh kerana ingin melawat kawasan pembinaan. Alang-alang singgah melihat kekasih hati di hospital.

"Yes, sir?" tanya Eddy.

"Carikan aku siapa lelaki dalam gambar tu."

"Baik, Tengku. Anything else?"

"No, just proceed."

Eddy tunduk hormat dan berlalu meninggalkan tuannya.

Eddy bijak dalam mencari maklumat seseorang. Siapa sahaja yang diminta oleh tuannya, pasti dia akan tunaikan. Tengku Rizqie sudah banyak berjasa pada keluarganya ketika dalam kesusahan. Dia terhutang budi. Walaupun Tengku Rizqie tidak mahu balasan, tetapi dia tetap ingin membalasnya walau ianya tidak sama nilai.

...

"Hati-hati balik," kata Raja Reza.

Effa terkejut sedikit apabila ditegur sebegitu. Sepanjang perjalananya ke lobi, tidak nampak kelibat lelaki itu. Entah datang dari mana dia juga tidak pasti.

"Baik, bang," balas Effa kepada lelaki yang berada tidak jauh darinya.

"Eh, kejap. Apa nama abang? Effa dah borak banyak kali dengan abang, tapi tak ingat nama."

"Reza."

"Raja Reza kan?" soal Effa semula.

Lelaki itu hanya mengangguk tanda setuju.

"Ooo okay. Bye."

Effa mencapai telefon bimbitnye untuk memberitahu Daylon dia ingin pulang. Dia ralit mencari nama adik lelakinya itu. Tiba-tiba seseorang mencapai telefon bimbitnya dengan pantas. Effa ingin menjerit. Berani orang itu ambik telefon dia. Gila ke?!

"Hoi!" jeirt Effa. Semua yang berada di lobby hospital itu melihat mereka.

"Ehemmm... panggil la elok-elok."

"Elok? Kau rampas telefon aku. Gila ke?!" marah Effa.

Effa cuba memerhati siapakah geranan yang cari pasal dengannya itu. Muka lelaki itu tidak jelas kerana memakai cermin mata gelap.

"Kau siapa? Dalam hospital pun pakai cermin mata hitam ke? Gila eh?"

"Yes, I'm crazy over you, little girl."

"Little girl ? You? Rizqie ke?"

Lelaki itu membuka kaca matanya sambil senyum senget melihat gelagat perempuan yang mencuri hatinya itu.

"Hello, little girl. Miss me?"

"Rindu you? Please," kata Effa ingin termuntah.

Effa menjulingkan matanya ke atas tanda geli dengan kata-kata lelaki poyo dihadapannya itu.

"Hai. You... you handsome la. Ni girlfriend you ke?"

Seorang perempuan yang datang dari jauh tiba-tiba menegur Tengku Rizqie. Tidak hairanlah kerana mereka menjadi tumpuan orang ramai di situ tadi. Tengku Rizqie itu juga elok rupanya.

"Eh, I'm not. Lambat.... lagi nak jadi girlfriend dia. Dah la poyo. Hensem jauh lagi. Tangan besar macam gorilla. Beasty," jelas Effa. Geli dia nak jadi girlfriend mamat ni.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now