You complete me- Tengku Rizqie
"Mak nak makan ke?" tanya Tengku Geffery apabila semua ahli keluarganya yang lain sudah mula beransur pulang ke rumah masing-masing.
"Boleh juga."
Tengku Aileen menyediakan pinggan di hadapan Tengku Rosalina. Tengku Geffery hanya memerhati. Penat tengok makanan yang masih banyak kuantitinya.
"Mak nak tak kek pisang ni?" soal Tengku Aileen.
"Mak kan suka kek pisang. Yang ni tak terlalu manis. Boleh mak makan."
"Boleh juga. Siapa beli ni?" soal Tengku Rosalina.
"Rizq dengan Effa bawa tadi. Effa kata dia beli dekat stesen minyak masa nak datang sini."
"Beli? Tak boleh buat sendiri ke? Ikhlas ke tak ni?" soal Tengku Rosalina dingin. Walau mulut menyoal, tangan ralit menyuap sedikit kek pisang itu.
"Beli la, mak. Mereka tadi dari rumah Rizq."
"Buat apa dekat rumah cucu aku?" soal Tengku Rosalina tegas.
Riak wajah Tengku Rosalina berkerut. "Maksiat?"
"Astagfiruallahalazim, mak... bawa mengucap. Lana ada sekali kan tadi," tegur Tengku Geffery.
"Mentang-mentang tak boleh mengandung, suka hati je nak goda cucu aku sebelum kahwin," perli Tengku Rosalina.
Tengku Aileen malas mahu bertikam lidah dengan ibunya. Apa yang dia cakap, semua salah jika melibatkan bakal menantunya. Hanya Tengku Rizqie yang boleh mendiamkan Tengku Rosalina.
...
"Bro," sapa Tengku Hedwin. Salam gaya lelaki dihulurkan kepada Tengku Hedwin yang baru sahaja tiba di restoran mewah itu.
"Lama tak nampak," perli Tengku Hedwin ditujukan kepada Tengku Rizqie.
"Busy sikit."
"Busy bercinta, biasa la tu," kata Raja Darel yang baru mengambil tempat di kerusi yang kosong di hadapan Tengku Hedwin. Tengku Rizqie hanya senyum menyenget.
"Isteri kau dah bersalin belum?" soal Tengku Rizqie ingin tahu. Wajah memandang ke arah Tengku Hedwin.
"Belum. Lama aku tunggu. Sekarang tunggu masa je. Nak tunggu kau kahwin kot," teka Tengku Hedwin.
"Aku kahwin bulan sebelas. Lambat lagi, mangkuk. Sempat anak kau berjalan," gurau Tengku Rizqie.
Pecah tawa Tengku Hedwin.
"Asal lambat sangat?" soal Raja Darel.
"Aku bagi dia masa untuk bersedia. Sekarang tengah fasa lupakan ex-boyfriend."
Mereka yang lain hanya mengangguk tanda faham. Mereka bertiga borak tentang pelbagai hal seperti hal pejabat dan hal Raja Darel yang suka berfoya. Tengku Hedwin sudah beristeri, hampir mempunyai seorang anak. Tengku Rizqie juga sudah mahu menamatkan zaman bujang. Raja Darel masih berada di zaman suka ria. Hanya... Tengku Arvaz sahaja yang ketinggalan.
...
"Kakak dah bincang dengan Rizq ke tarikh kahwin?" tanya Puan Jasmin yang menyuapkan sup sayur ke dalam mulutnya.
"Dah. Bulan november nanti, nek."
"Ooo... lama lagi. Tak boleh cepatkan ke?"
"Kenapa nak cepatkan, mak?" tanya Puan Enjelina yang baru sahaja tiba di meja makan.
"Tak elok keluar berdua. Nanti lain pula jadi. Sudahnya semalam tidur dekat rumah orang tu."
"Bukan berdua pun, mak. Lagipun jalan sesak semalam," jelas Puan Enjelina untuk menyakinkan ibu mertuanya itu. Walaupun dia risau keadaan di rumah itu, namun dia juga tidak mahu memaksa anaknya jika belum bersedia.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...