Chapter 56

2.6K 90 2
                                    

Wherever you go, come back to me- Tengku Rizqie

Makanan yang dihidangkan oleh pembantu rumah agam itu amat menarik minat sesiapa sahaja yang menghidu. Tengku Rosalina mengambil tempat berhadapan dengan menantunya, Tengku Aileen. Manakala, Tengku Geffery berada di antara dua wanita kesayangannya.

"Mana menantu kesayangan?" soal Tengku Rosalina untuk memecahkan kesunyian.

"Mereka bermalam di Cameron. Along nak bawa Effa jalan-jalan," jelas Tengku Aileen. Bukan dia tidak tahu, Effa sudah banyak terasa dengan warga emas itu.

"Awal-awal dah kikis duit laki," kata Tengku Rosalina. Selamba.

Tengku Geffery melepaskan keluhan berat.

"Kikis apanya, mak? Elok je cucu mak tu kaya raya," kata Tengku Geffery.

"Kau pun nak sebelahkan dia ke?" soal Tengku Rosalina kepada anaknya.

"Bukan sebelahkan, mak. Tapi betul la saya cakap. Tak miskin pun cucu mak tu kalau belanja isteri. Takkan mak nak jadi macam dalam drama? Tak suka cucu menantu?" soal Tengku Geffery.

"Aku bukan tak suka. Tapi aku nak cucu aku bahagia. Bahagia ada keluarga. Ada anak," jujur Tengku Rosalina.

"Baru kahwin, mak. Biar la dia orang bahagia dulu berdua," kata Tengku Aileen.

"Tapi menantu kamu tu kan ada sejarah sakit kronik. Macam mana-" kata-katanya dicantas oleh suara garau yang menyapa mereka bertiga.

"Walau apa pun jadi, tiada isteri lain yang akan ganti tempat isteri Rizq. She's the only one. Nenek suka atau tak, itu tiada kena mengena dengan Rizq. Nenek ingat Rizq tak tahu nenek tengking isteri Rizq?" kata Tengku Rizqie tegang. Matanya memandang tajam ke arah anak mata tua itu. Tangan kirinya masih menggenggam jari jemari si isteri. Effa hanya menunduk di belakang tubuh tegap suaminya. Tidak berani ingin bercampur.

Salah dia ke ingin pulang ke rumah ini? Effa yang memujuk suaminya untuk pulang melihat keadaan di rumah kerana malam itu mereka langsung tidak pulang. Hanya menghantar mesej kepada ibu mertuanya melalui Whatsapp sahaja. Itu bukan ke dikatakan menantu tidak beradab? Tengku Aileen melayannya dengan baik. Hanya Tengku Rosalina sahaja yang tidak suka kepadanya. Itu tidak menjadi penghalang padanya.

"Nenek bukan nak teng-" kata-kata Tengku Rosalina sekali lagi dicantas oleh cucu sulungnya.

"Nenek jangan sampai nenek hilang cucu nenek, ya," kata Tengku Rizqie tegas. Dia menarik lembut jari jemari isterinya untuk mengikuti langkahnya. Mereka menuju ke bilik di tingkat 3 menggunakan lift. Hanya bilik Tengku Rizqie dan pejabat peribadi keluarga itu sahaja yang berada di aras itu.

Effa melabuhkan duduk di hadapan meja solek. Dia mencabut satu per satu pin tudung. Tiada sebarang solekan yang digunakn ketika menuju ke rumah kerana mereka ke Cameron Highlands juga sehelai sepinggang.

"Abang..." panggil Effa untuk menarik perhatian suaminya yang masih berkerut wajahnya sambil memandang televisyen yang masih gelap.

"Yes, love?" balas Tengku Rizqie lembut. Dia membetulkan riak wajahnya yang tegang itu. Effa melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Abang jangan la gaduh dengan nenek pasal Dea. Dea tak suka," halang Effa. Dia membiarkan jari jemarinya disulami dengan jari jemari sang suami.

"Mana ada gaduh."

"Itu marah-marah bukan gaduh ke?" soal Effa.

"Tak."

"Abang bagi la nenek masa untuk terima Dea. Nanti nenek lembut hati. Boleh?"

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now