I will stay by your side no matter what happens in our good days and bad- Tengku Rizqie
Siang berganti malam. Puan Enjelina sekeluarga menjamu selera bersama di meja yang lebar untuk menempatkan anak menantu.
"Sayang?" panggil Tengku Rizqie. Nasi yang itu sedari tadi dikuis oleh jari jemari kanan isterinya.
"Ya?" soal Effa semula.
"Kenapa tak makan? Semua orang dah habis makan."
Effa memandang ke sekeliling. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di meja makan. Itu pun kerana Tengku Rizqie menyuruh supaya membiarkan mereka berdua. Jika berdua, boleh dia berbincang dengan isterinya sahaja.
"Ouh, sorry," kata Effa apabila sedar kelewatannya menjamu selera.
Effa menelan sedikit demi sedikit nasi yang disuap ke mulut. Hanya nasi semata-mata. Lauk pauk tidak menarik perhatiannya langsung. Bukan kerana tidak suka. Namun, kerana tiasa selera.
Tengku Rizqie menyuakan lauk yang dimasak oleh Puan Enjelina. Sedap sungguh! Dia sudah menelan hampir dua pinggan nasi dan lauk.
"Tak nak," tolak Effa lembut. Sudu yang mempunyai lauk sambal udang itu ditolak perlahan.
"Kenapa ni sayang?" soal Tengku Rizqie meletakkan semula lauk itu. Effa hanya menggeleng.
Tengku Rizqie meletakkan beberapa ekor udang ke dalam pinggangnya. Tangan lincah mengupas kulit udang itu. Udang yang sudah bogel itu disuakan ke pinggan isteri. Tanpa amaran, air mata Effa sudah mula menitis. Wajahnya tidak diangkat.
"Hey, hey why are you crying?" soal Tengku Rizqie cemas. Dia menyelitkan juntaian rambut Effa ke belakang telinga.
"Abang mesti terseksa dengan Dea kan? Dea tak dapat bagi layanan yang elok. Dea banyak kekurangan," kata Effa secara drastik.
Effa memandang tepat ke anak mata suaminya. Wajah sudah dibanjiri bersama air mata. Kata-kata yang diberikan Hellena amat melukakan hati.
'Babe, heloknya suami kau,' puji Hellena selama.
Mata tidak lepas memandang belakang tubuh Tengku Rizqie yang berlalu ke garaj itu.
'Alhamdulilah,' balas Effa pendek. Ingin sahaja dia menjeling. Namun, dia mengenangkan Hellena ialah kawannya.
'Kau tak nak cari madu ke?' soalan yang bermain di fikiran terlepas di mulut. Dia naik menutup mulutnya.
'Madu untuk apa?' soal Effa pelik.
'Kalau aku cakap, jangan marah, ya?'
Effa hanya mengangguk. 'Kau tinggalkan Refry sebab kau nak tengok dia ada keluarga. Ada keturunan. So...'
Effa yang mengerti maksud Hellena itu hanya mengukirkan senyuman. 'Dia kata dia tak kisah. Dia terima aku seadanya,' jawab Effa.
'Tapi berapa lama? Sampai bila? Kau sendiri pun, takkan tak nak tengok dia bahagia juga? Kalau kau mampu lepaskan Refry yang kau sayang selama tujuh tahun, kenapa tak nak lepaskan dia juga?'
'Tapi dia ta-'
'Memang la dia kata dia okay je. Aku tak suruh korang cerai. Aku suruh kau bermadu,' celah Hellena.
Riak wajah Effa bertukar kosong. 'Kalau kau nak cari, kau interview la aku. Aku single and available.'
Tengku Rizqie mengusap belakang isterinya yang sedang tersedu-sedu itu. "Abang dah cakap abang tak kis-," kata-katanya dicantas oleh Effa.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...