Chapter 40

2.8K 74 0
                                    

You are a dream come true- Effa Nadia

Tengku Geffery membuat panggilan beberapa kali. Dia perlu menghantar Tengku Rizqie ke Singapura untuk melihat perkembangan projek. Tetapi anak sulungnya itu tidak menjawab panggilan.

"Awak telefon siapa, bang?" tegur Tengku Aileen apabila melihat suami yang kehulur kehilir itu.

"Along. Dia tak jawab ni. Ada hal kerja sikit."

"Kenapa cari dia? Along kan tengah bercuti untuk persiapan kahwin dia. Kenapa tak suruh angah je. Dia kan ganti Rizq dekat pejabat," cadang Tengku Aileen menghirup sedikit teh di atas meja itu.

"Ni projek dengan Raja Ariz. Haritu along kata dia nak handle sendiri kalau dengan Raja Ariz."

Tengku Geffery mengambil tempat duduk di sisi Tengku Aileen. Tangan masih belum berhenti menghubungi Tengku Rizqie.

Tengku Aileen hanya menggelengkan kepala dengan karenah anak beranak itu.

...

Tangan membelek beg tangan berjenama mewah itu. Effa memeriksa harga beg berwarna putih itu. Hampir terkeluar biji matanya. RM 33000? Ini beg ke kereta? Effa meletakkan semula. Bukan tidak mampu, tapi ini membazir. Dia bukannya suka sangat beg tangan. Cukup telefon sahaja dia perlu untuk ke mana-mana.

"Tak cantik ke, sayang?" soal Tengku Rizqie apabila melihat Effa meletakkan semula di atas meja.

"Cantik," balas Effa. Senyuman manis terukir di bibir merah jambunya.

"Habistu?"

"Mahal sangat. I tak suka," jujur Effa.

Tengku Rizqie melakarkan senyuman. Itu rupanya yang difikirkan.

"Cantik tak?" tanya Tengku Rizqie.

Effa hanya mengangguk. "Ni saya ambil," kata Tengku Rizqie kepada pelayan wanita itu.

"Eh!" cantas Effa.

"Kenapa nak ambil?" soal Effa hairan.

"Kata cantik."

"Memang la cantik tapi you tengok tak harga beg tu?" soal Effa.

"Kalau untuk you, harga cecah sebiji rumah pun I sanggup, sayang."

Effa menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju.

"Tak nak la. Membazir," sambung Effa sedaya upaya menolak penerimaan tunangnya itu.

Tengku Rizqie hanya mendiamkan diri. Dia memberi isyarat mata kepada pelayan wanita itu supaya membungkuskan beg tangan itu dengan kemas. Effa hanya melepaskan keluhan. Dia suka namun harganya terlampau mahal membuatkan dia serba salah.

Tengku Rizqie ingin mengeluarkan telefonnya. Zaman moden e-wallet sahaja senang. Dia menyeluk kan tangan di dalam poket seluar. Kanan. Kiri. Belakang. Tiada.

Effa yang tersedar akan kesibukan Tengku Rizqie bertanya. "You cari apa?"

Tangan meletakkan beg model lain di atas meja kaca itu. Mata tertumpu kepada Tengku Rizqie yang kelihatan gelisah.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now