I love being in you arms- Effa Nadia
Effa mendukung Tengku Ezekiel Raxel dan Tengku Eleanora Reize di pangkuannya. "Kenapa shayang (sayang) mummy ni?" soal Effa lembut kepada kedua-duanya. Tubuh anak-anaknya yang kecil itu memudahkannya untuk mendukung kedua-duanya sekali di pangkuan.
Effa mengelap sedikit air liur yang mengalir dibibir anak bongsu perempuannya. "Lambatnya daddy awak balik hari ni. Kita tunggu dia dekat bawah nak tak?" soal Effa kepada anak-anaknya yang baru berusia 5 bulan.
Effa melangkah mendekati pintu lif sebelum memboloskan diri ke dalam perut lif.
Ting!
Effa bergerak keluar dari ruang lif itu setelah pintu dibuka luas untuk mereka bertiga.
"Rian nak dukung adik boleh tak, mummy?" soal Tengku Eiran yang muncul dari belakang ibunya.
"Boleh, sayang. Rian nak dukung baby Xel ke baby Reiz?" soal Effa ingin kepastian sebelum memberi.
"Nak dukung baby Xel. Baby Reiz ni berat la mummy. Semput Rian," jawab Tengku Eiran sambil mengambil Tengku di dalam dukungan ibunya. Sememangnya anak perempuannya lebih berat berbanding anak lelakinya.
"Rian tak tahu ke?" soal Effa kepada anak keduanya.
"Tahu apa?"
"Rian pun dulu berat macam baby Reiz. Kakak Rhea lagi ringan daripada Rian tau," kata Effa.
Tengku Rhea yang turut mendengar bait kata ibunya ketawa nipis. "Adik Rian gemuk," ejek Tengku Elaila.
Tengku Eiran menjeling kakak sulungnya.
"Assalamualaikum," sapa Tengku Rizqie di muka pintu rumah agam itu.
"Waalaikumusalam!" jawab anak-anaknya serentak.
Terukir senyuman manis di bibir Tengku Rizqie apabila melihat semua ahli keluarga berada di depan mata.
Effa menyalam terlebih dahulu telapak tangan suaminya. Tengku Rizqie turut mencium kekura tangan isterinya. "Hai sugar," ucap Tengku Rizqie mesra. Dia mencium kedua pipi isterinya sebelum mengambil Tengku Eleanora di dalam dukungan Effa.
"Hai, abang," balas Effa. Dia turut membalas kucupan pada kedua pipi suaminya.
Satu per satu anaknya menyalam tangan bapanya sehingga yang terakhir Tengku Eleanora. Tengku Rizqie mencapai tangan si kecil menggunakan jari telunjuk lalu disulamkan bersama. Dia menarik lembut tangan mereka bersama supaya di lekatkan di atas hidung anak bongsunya.
"Abang mesti penat, kan? Bagi Reiz dekat Dea. Abang pergi la naik. Rehat. Mandi," kata Effa. Tangan dihulurkan bersiap sedia untuk menganbil semula Tengku Eleanora.
"Takpa, abang okay je. Lepas tengok isteri dan anak-anak abang dekat rumah selamat, abang pun dah tak ingat penat," balas Tengku Rizqie. Dia tidak mahu melepaskan anak bongsunya kepada Effa. Dari pagi hingga ke petang, isterinya sudah menjaga anak-anaknya tanpa bantuannya disisi. Hanya Mak Long yang sesekali membantu isterinya menjaga anak-anaknya.
Effa tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Dari awal perkahwinan hingga kini, Tengku Rizqie sentiasa memahami keadaannya.
"Dea ada masak favourite abang. Itu pun kalau abang nak mak-"
"Mesti la nak!" pintas Tengku Rizqie.
"Abang tak pernah kata tak nak pada masakkan isteri abang sendiri," tambah Tengku Rizqie.
Effa menggelengkan kepalanya melihat telatah suami dan anak-anaknya yang ceria itu.
...
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...