I want you to know that no matter what, you will always be the most important to me- Tengku Rizqie
"Kau terharu Effa suprise kan kau sampai melutut ke?" Soal Raja Darel bernada gurau. Bukan dia tidak nampak lelaki itu melutut di hadapan Effa tadi sebelum ditegur.
"She's pregnant," kata Tengku Rizqie mendatar.
Effa hanya melemparkan senyuman manis melihat wajah-wajah terharu yang sudah digelar sahabat itu. Azy, Camella dan Sara terus sahaja meluru ke sisi Effa bertanya kenyataan yang baru keluar dari mulut Tengku Rizqie. Tengku Rizqie yang tadinya di sisi isterinya kini sudah berada agak jauh akibat wanita-wanita yang meluru ke arah Effa.
"Congrats, brother" ucap Tengku Arvaz kepada Tengku Rizqie disebelahnya. Mereka bersalaman gaya lelaki.
"How long?" Soal Raja Darel.
"2 weeks," jawab Tengku Rizqie
"The baby was made in Sweden," celah Tengku Hedwin bersama senyuman nakal.
"Yeah, of course," kata Tengku Rizqie selamba. Mata tidak lepas memandang isterinya yang sedang tersenyum bersama gelak ketawa.
Effa memegang perut Azy yang sudah mengandung hampir 2 bulan. Camella turut bakal menimbang cahaya mata kedua. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Manakala, Sara baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Tengku Arvaz 3 bulan yang lalu.
Pelbagai jenis soalan diajukan oleh kawan-kawannya membuatkan masing-masing ketawa sesama sendiri. Paranoid.
"Hey, babe. Lama tak jumpa kau," sapa Shery bersama Ryan disisinya. Shery yang sudah sarat itu dipandang bersama senyuman. Effa mendakap tubuh mak buyung itu. Kandungan Shery sudah mencecah 7 bulan. Kemugkinan akan dilahirkan pada tahun hadapan.
"Aku tak boleh lama ni. Aku kena balik. Tak larat la," kata Shery sambil memegang pinggangnya yang terasa sudah mahu patah.
"Takpa, faham. Nanti kita jumpa lagi, ya," balas Effa melagakan pipi bersama Shery. Tangan mengusap sekilas perut Shery yang membukit itu. Effa menghantar tubuh pasangan suami isteri itu sehingga pintu utama rumah mewah itu.
"Let's dinner!" jerit Raja Darel untuk menarik perhatian semua sahabat-sahabatnya mengundang cubitan oleh isterinya.
"Tak malu! Macam budak-budak," marah Azy. Sempat dia menjeling suaminya sebelum meninggalkan lelaki itu keseorangan. Malu!
Tengku Hedwin dan Effa tergelak apabila Raja Darel dimarah oleh Azy.
Mereka beramai-ramai mengambil tempat di meja panjang hingga memuatkan hampir 20 orang. Makanan yang disediakan menjadi rambang mata pada wanita. Manakala, pada suami-suami mereka hanya menjamah sedikit untuk mengisi perut.
"Don't eat too much, little girl," pesan Tengku Rizqie kepada Effa.
"It's not good for baby, darling," kata Tengku Hedwin kepada Camella pula.
"Makan sikit-sikit je tau," kata Raja Darel kedengaran tegas kepada Azy. Azy hanya mengangguk.
"I am not pregnant. So I can eat as much as I can," kata Sara.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...