I will love you 'til the end of time- Tengku Rizqie
Shery sedang menikmati buah mangga sambil menonton televisyen. Sudah lama dia teringin mahu buah mangga muda bersama pencicahnya.
"Lambat lagi Aidan balik?" soal Puan Naura apabila jam sudah menunjukkan pukul8 malam. Namun, bayang anak tunggalnya tidak kelihatan.
"Tak pasti, ma. Telefon Shery tertinggal dekat atas. Kejap lagi Shery tengok abang Aidan dekat mana," jawab Shery polos. Mata memandang ke arah ibu mertuanya yang berada tidak jauh di sisinya.
Puan Naura berlalu meninggalkan menantunya yang sedang menikmati makanannya. Dia sudah mula menerima takdir yang ditentukan. Aidan dan Shery layak untuk bersatu. Effa juga berhak memilih kehidupannya sendiri. Effa bukan anak kandungnya. Hanya anak angkat yang dia jaga dari kecil.
...
Tangan ingin mencari nama Tengku Rizqie terbatas apabila telefonnya dirampas kuat. "Bagi balik! Awak takda hak nak sentuh barang saya!" marah Effa. Tangan cuba untuk mencapai telefon bimbit yang di genggam kuat oleh Refry.
"Why not? You're mine. Abang dah ambil segalanya dari sayang dulu. Nothing special for him."
"It's not your problem."
Tidak ingin berlama di situ. Tangan yang ingin membuka kunci pintu bilik utama itu ditepis dengan kuat. "Apa ni?!" marahnya lagi.
"Okay, relax. Why not we have a deal?" cadang Refry cuba untuk menenangkan keadaan yang kian tegang itu. Bukan ini yang dia mahukan daripada perempuan dihadapannya.
"Kita minum dulu? Abang tunggu dekat dapur?"
Refry memberi telefon bimbit Effa dengan cara lembut. Effa merampasnya dengan kasar. Refry berlalu pergi meninggalkan bilik tidur itu.
Effa masih berkira-kira jika dia perlu atau tidak untuk memberitahu Tengku Rizqie. Hari sudah larut malam. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu.
Setelah menenangkan diri sendiri, Effa mengambil langkah menuju ke arah dapur yang tidak jauh dari pintu utama.
"Have a seat," tegur Aidan.
Effa mengambil tempat agak jauh dari Aidan dan Refry. "Shery mana?" tanya Effa tegas.
"Shery ada hal dekat rumah mama," jelas Aidan.
"Kalau macam tu-"
Effa ingin berdiri tetapi ayatnya dicantas oleh Refry.
"Kalau macam tu, lepak je la dengan kita orang dulu. Tak lama lagi kan nak kahwin dah. Lepas ni susah dah nak jumpa," kata Refry. Jari bermain bersama gelas kaca di hadapannya untuk mengelak bertentang mata dengan Effa.
"Mana tetamu kau tadi, Aidan?" tanya Effa sambil melabuhkan punggung di kerusi meja makan sederhana mewah itu.
"Ada dekat ruang tamu."
"Aku balik dulu la. Mak aku bising nanti," kata Effa ingin berlalu pergi kerana kurang selesa dengan keadaan sekeliling.
"Minum la dulu. Penat aku buat," pelawa Aidan.
"Terima kasih."
Effa meneguk juga sekali. Dua kali. Akhirnya, habis. Tiada setitis yang tinggal. Air kegemarannya caramel macchiato. "Sedap. Aku balik dulu."
"Baik, hati-hati. Jangan masuk mulut buaya," perli Aidan. Mulut buaya? Sini semua darat. Laut pun tak nampak. Mana buayanya?
Kepala terasa agak berat. Dia hanya membiarkan. Dia ingin pulang kerana hari sudah lewat malam.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...