You are enough just as you are- Tengku Rizqie
Raja Darel merempuh masuk ke pejabat Tengku Rizqie bersama Tengku Hedwin serta Tengku Arvaz. "Bro!" jerit Raja Darel. Tangan diluaskan ke langit.
"Aikkk..." berkerut seribu dahi mereka bertiga apabila kelibat Tengku Rizqie di meja pejabatnya tidak kelihatan.
"Dia tak ad- Arghhhh!!!"
Raja Darel menutup matanya menggunakan kedua telapak tangan.
Tengku Rizqie menjeling sahabat baiknya. Masa macam ni la nak datang pun. Effa senyum sengih melihat wajah tidak puas hati suaminya. Baru ingin bermanja sudah dikacau.
"Oi oi... kat rumah la oi," kata Raja Darel. Kaki tetap menapak ke arah sofa empuk itu. Tengku Hedwin hanya menggelengkan kepala. Tidak pelik untuk orang sudah berkahwin. Dia juga dua kali lima sahaja ketika bersama Camella.
Mereka memandang antara satu sama lain. Effa hanya mengukirkan senyuman ringkas. "Saya balik dulu la," kata Effa ingin mencapai beg bekalnya. Namun, lengannya ditarik lembut menyebabkan dia terduduk semula di sofa itu.
"Sudah la tu, bro. Biar la isteri kau balik. Reis tengah tunggu dekat bawah tu," celah Tengku Arvaz. Dia menjulingkan matanya apabila Tengku Rizqie menjelingnya.
"Fine!" rajuk Raja Darel mengalah.
"Effa sihat?" soal Tengku Hedwin.
"Sihat, alhamdulilah. Zahria dengan Camella sihat? Lama tak jumpa budak comel tu," balas Effa mesra.
"Sihat-sihat. Nanti kalau free datang la rumah. Minta dekat..."
Tengku Hedwin menjongket kening ke arah Tengku Rizqie yang duduk berhadapan dengannya.
Effa hanya menunjukkan jari O.K. Mereka berborak mesra kecuali Tengku Rizqie dan Tengku Hedwin yang hanya menjadi pendengar. Mereka berdua berborak menggunakan bahasa mulut tanpa bunyi. Sebaris nama sudah membuatkan Tengku Rizqie panas punggung. "Refry."
"Haha..." terlepas tawa Effa bersama Raja Darel dan Tengku Arvaz. Mereka kelakar orangnya.
"Saya balik dulu la. Kesian Reis tunggu," kata Effa berdiri daripada kedudukkannya bersama suaminya.
"Let me assist you, love."
Effa hanya mengangguk.
"Kirim salam saya dekat Camella ya," kata Effa dan berlalu pergi selepas mendapat persetujuan daripada Tengku Hedwin.
"Dekat Azy juga. Lama tak jumpa dia," sambung Effa memusingkan tubuhnya ke arah Raja Darel. Sengaja ingin mengusik. Raja Darel hanya mengangguk. Senyumannya juga tidak lekang dibibir. Mereka baru merancang untuk bertunang.
Sepanjang perjalanan ke kenderaan, wajah Tengku Rizqie hanya tegang. "Abang?" panggil Effa setelah mereka keluar dari lift di lobi.
"Yes, darling."
"Abang okay ke? Abang marah ke Dea borak dengan kawan abang?" soal Effa bertubi.
"Okay. Cuma marah sikit."
"Marah?" soal Effa pelik. Dia ada salah cakap ke?
"Dia orang kacau daun abang nak bermanja dengan isteri abang," kata Tengku Rizqie mengukirkan senyuman tipis. Mereka berhenti di pintu belakang kereta mewah itu.
"Mengada."
"Balik hati-hati, ya. Anything, just call me. I will be there," pesan Tengku Rizqie . Effa hanya mengangguk.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...