May Allah always keeps us together- Tengku Rizqie & Effa Nadia
Tengku Alena hanya menjeling. Kaki melangkah berdiri bersebelahan tubuh Effa yang menunduk menahan sakit. "Padan muka kau! Tempat kau selayaknya di bawah telapak kaki aku," selamba Tengku Alena.
"A-apa Alena cakap ni?" Soal Effa sedikit tergagap kerana menahan kesakitan.
Tengku Alena gelak jahat. Kaki ingin melangkah meninggalkan Effa keseorangan di situ. Namun, matanya pula tertumpu pada cecair merah yang mula memasahi lantai putih itu. "Kau mengandung?" soal Tengku Alena. Tidak pula dia sedia maklum Effa itu mengandung. Tiada sesiapa memberitahunya!
Tengku Alena medengus geram. "Well, it's good news, right? You should die too, you know? So... goodluck. See you again in... another world? Don't worry, I'll take care of your husband," kata Tengku Alena bernada sinis. Tengku Alena berlalu ke arah keretanya. Tidak ingin berlamaan di situ. Pasti di tuduh penyebab kematian mereka berdua.
Effa masih terduduk lemah. Dia menahan sakit. Sesekali tangan menekan perutnya. "Telefon!"
Effa mendapat idea untuk menelefon suaminya. Telefon yang berada di poket seluarnya dicapai. Nama suaminya yang disimpan sebagai 'AAAAAAAAAA HUSBAND' bersama emoji love merah memudahkan dia jumpa. Kata Effa kepada Tengku Rizqie sehari selepas bergelar suami, fungsi A yang berada di hadapan supaya nama suaminya berada paling atas. Cair juga hati seorang Tengku Rizqie apabila mendengar kata-kata itu daripada seorang wanita yang dicintainya.
"A-ab-abang."
Effa memanggil suaminya disebalik telefon.
"Ya, baby. Rindu ke? Sekejap lagi abang balik. Baru nak balik," kata Tengku Rizqie. Dia baru ingin berlalu ke arah keretanya untuk pulang ke rumah.
"Ab-abang... sakit. To-tolong De...a" kata Effa sebelum dia tidak sedarkan diri seorang diri.
"Sayang?"
Tengku Rizqie melihat beberapa kali telefon pintarnya yang tiada lagi sebarang bunyi. "Sayang?!"
Alvaro yang sedia di kereta itu juga terkejut sedikit apabila Tengku Rizqie menjerit. Tengku Rizqie bergegas mencari nama anak buahnya yang diarahkan untuk menjaga kawasan perumahan Tengku Geffery sepanjang ketiadaannya di rumah. "Ryan! Kau pecah masuk rumah daddy now! Cari isteri aku!" arah Tengku Rizqie keras.
Tengku Rizqie menapak ke arah kereta yang tersedia untuknya pulang. "Balik rumah sekarang!" arahnya tegas. Alvaro hanya menuruti.
...
"Cik Effa?" soal Ryan.
"Ms. Effa!" jerit Reis pula.
"Mana eh?" soal Ryan. Reis pula mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
"Takkan nak cari kat bilik. Mati kita nanti kena belasah dengan tuan muda," tambahnya lagi.
"Kita cari kat sini dulu la. Kalau takda baru kita cari dalam bilik," cadang Reis.
Ryan bersetuju dengan cadangan kawannya itu. Mereka berpecah kepada dua arah. Seorang ke selatan rumah, seorang lagi ke utara rumah.
"Cik Effa?!" soal Ryan cemas. Darah yang sudah mula kering itu dipandang dengan padangan terkejut.
"Reis! Aku dah jumpa!"
Ryan cuba untuk mengejutkan puan mudanya. Namun, tak berdaya. "Weh! Kau buat apa?!" soal Reis yang baru tiba. Dia juga melutut di tepi Effa cuba untuk menyedarkan isteri tuannya dengan menepuk sedikit pipi itu.
"Kita bawa pergi hospital," kata Ryan cemas. Reis hanya mengangguk. Dia mencempung tubuh itu dan dibawa ke bahagian penumpang. Mak Long, Mak Ngah dan Mak Leha yang tersedar kekecohan itu mula menapak ke kenderaan itu.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...