Chapter 14

3K 101 1
                                    

Careful , or you'll end up in my life- Tengku Rizqie

"Along, kita singgah kedai buah sekejap. Beli buah tangan untuk Effa," kata Tengku Aileen.

"Mummy nak beli buah apa?"

"Campur-campur la. Mummy tak tahu Effa suka buah apa."

"Biar along turun la beli. Mummy tunggu dalam kereta je."

Tengku Rizqie tidak mahu menyusahkan mummynya. Tengku Aileen mengiyakan sahaja.

Tengku Rizqie membeli pelbagai jenis buah. Normal untuk seseorang perempuan suka. Manis.

"Haa... along beli buah apa?" tanya Tengku Aileen setelah Tengku Rizqie meletakkan buah-buahan tersebut di seat belakang.

"Macam-macam ada. Along rasa Effa suka," jawab Tengku Rizqie yakin.

Tengku Aileen senyum melihat tingkah laku anak sulungnya.

Mabuk cinta. Kira anak sulungnya ini masih normal la kan? Ingat gay.

...

"Bagi salam along," tegur Tengku Aileen apabila tiada yang membuka pagar setelah menekan butang loceng.

"Assalamualaikum!" jerit Tengku Rizqie.

"Waalaikumusalam," jawab seseorang lalu pagar dibuka.

Muncul wajah yang dicari, Effa. Tengku Aileen berjalan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan rumah itu.

"Hello, aunty," sapa Effa.

Tengku Aileen menyambut tangan Effa yang ingin bersalam dengannya. Tengku Aileen menarik Effa ke dalam pelukannya sambil menahan sebak.

"Effa sihat? Aunty rindu dekat Effa," kata Tengku Aileen sebak.

Tengku Rizqie hanya menjadi pemerhati.

"Sihat aunty. Macam ni la."

Senyum ceria seperti biasa yang dia lakukan setiap kali bertemu dengan tetamu. Totally fake.

"Jom masuk, panas dekat luar," ajak Effa.

Seseorang menghulurkan tangan kepada Tengku Aileen membuatkan Tengku Aileen tersenyum kembali.

"Siapa ni?" soalnya.

"Alis. Elmira Alissya."

"Ooo... cantik. Dulu aunty jumpa masih kecil je. Sekolah rendah."

Pipi Elmira memerah seperti ditampar apabila dipuji. Effa mencuit sedikit bahu adiknya apabila tersipu malu.

"Salam la. Jangan nak tersengih pula," kata Effa gurau.

Elmira terus sahaja menunduk untuk menyalam tangan tetamunya.

"Dia ni memang aunty," sambung Effa.

Tengku Aileen ketawa kecil melihat gurauan adik beradik itu.

"Hai, Dea," sapa Tengku Rizqie lembut apabila tubuh ibunya dan Elmira sudah hilang dari pandangan.

"Sorry?"

"Nadia. I call you, D.E.A," kata Tengku Rizqie. Dia mengeja satu per satu huruf itu supaya lebih jelas.

"Hai. Kenapa panggil I macam tu? Panggil Effa je," tegur Effa mendatar.

Kebiasaanya orang sekeliling memanggilnya Effa atau seumpama dengannya. Tidak pernah dia biasakan untuk memanggil dirinya sebagai Nadia. Cuma... seingat dia dulu sewaktu umur 7 tahun, ada seseorang yang memanggilnya Dea dari arah jauh. Dia tidak ingat siapa ketika itu kerana sibuk bermain pada waktu petang di halaman rumah.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now