You have no idea how important you are to me- Tengku Rizqie
Akhirnya, setelah 15 minit mencari. Tiada kelibat Tengku Rizqie. Effa mengambil keputusan untuk pergi ke parking. Tempat di mana kereta lelaki itu di letakkan. Tidak jauh di hadapan pintu utama dia masih melihat kereta mewah itu tidak beredar bermakna lelaki itu masih ada di pusat membeli belah itu.
Effa mendekatkan diri ke arah kereta itu. Ternyata terdapat pemandu yang sedang duduk melihat ke arahnya. Tajam pandangan itu. Effa dengan lembut membuka pintu dibahagian penumpang. Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Pandang Tengku Rizqie masih tidak beralih. Effa memusingkan badannya menghadap lelaki itu.
"Dah lama ke you dalam kereta?" soal Effa.
Diam.
"I cari you tadi tapi takda. Lepastu I jumpa Haziq. Dia belanja I minum," jujur Effa. Tidak berselindung.
Senyap.
"You..."
Sedar akan wajah Tengku Rizqie yang seperti memarahinya. Dia terpandang dua cawan kopi di tengah-tengah antara mereka. Mulut mula terkunci. Lelaki itu belikan kopi untuknya? Jadi...
"Un-untuk I?" soal Effa. Hati mula terasa serba salah.
Tengku Rizqie memulakan pemanduannya ke rumah keluarga Effa untuk menghantarnya pulang.
Effa mencapai cawan kopi yang tertulis 'my little girl'. Satu lagi cawan tertulis 'your beast'. Panggilan yang diberikan Effa kepada lelaki itu. Mata tanpa sedar mengalirkan air mata tetapi segera diseka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tengku Rizqie yang perasan itu mula mengukirkan senyuman. Tahu cuak.
"I minta maaf. I tak tahu you belikan air untuk I," kata Effa bermain dengan cawan kopi yang dipegangnya. Ibu jari menyentuh perlahan nama yang tertulis itu. Tersentuh hatinya.
"I awalkan flight. Next week. Take care of yourself."
Sengaja dia awalkan untuk ke Singapura. Ingin segera pulang sebelum hari pernikahan.
"Haa?"
Effa agak terkejut dengan kenyataan itu. Sebab dia ke lelaki itu awalkan? Terasa dengan dia? "Tadi you kata n-" kata-katanya di potong.
"Itu tadi. Lagipun you ada Haziq kan dekat sini?" perli Tengku Rizqie.
"You marah ke?"
"Tak. Suka."
Bibir dilebarkan. Senyuman tipu. Sengaja mahu menguji tunang disebelah.
Effa hanya bermain dengan kopi di tangannya. Dia tahu dia salah. Effa hanya diam sepanjang perjalanan. Fikiran memikirkan cara untuk memujuk lelaki itu. Tetapi masih tidak mendapat ilham yang terbaik.
Effa meminta menghantarnya pulang ke rumah Encik Zainal sahaja. Lagipun mereka berada di Kuala Lumpur yang berada di waktu puncak. Sesak jalan. Rumah Encik Zainal lebih dekat berbanding rumah keluarganya.
Tengku Rizqie berhenti tepat di lobi rumah penthouse Encik Zainal. Mata masih memandang ke hadapan walau kereta tidak lagi bergerak. Effa yang masih serba salah memulakan perbualan.
"You... jangan la marah. I minta maaf," badan dipusingkan sedikit supaya menghadap Tengku Rizqie disebelah.
Diam.
Effa mengambil cawan yang berisi air milik Tengku Rizqie dan dihulurkan. "Jom minum sama-sama. Nanti lama I tak dapat jumpa you."
Namun, lelaki itu hanya diam. Hati semakin berasa sedih. "Takpa la, I masuk dulu," kata Effa meletakkan lemah cawan yang dipegang itu ke tempat asalnya semula. Tangan mencapai beg dan air miliknya. Dia memandang Tengku Rizqie kali terakhir sebelum keluar meninggalkan kereta itu.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Roman d'amour𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...