They call him dangerous, but he was my safe- Effa Nadia
"Bila nak gerak ni? Kau tau tak kejap lagi sesak," marah Tengku Rizqie.
"Dokumen yang diperlukan belum sampai, Tengku," jelas Eddy.
"Aku dah bagitau dari semalam kan?"
"Maaf, Tengku," ucap Eddy. Memang silapnya kerana terlepas pandang hal penting seperti itu. Dia menunduk sedikit tanpa meminta maaf.
Seorang lelaki berlari ke arah kereta Mercedes G Wagon di lobby itu. "Maaf, ni dokumen dia, Tuan."
"Terima kasih."
Eddy segera masuk ke perut kereta. Dia memberi isyarat kepada Ryan bahawa semuanya sudah selesai.
Ryan memandu kereta itu dengan laju tetapi masih berhati-hati.
"Berhenti dekat perhentian rehat, aku nak solat sekejap," arah Tengku Rizqie mendatar.
Ryan hanya mengikut kehendak tuannya. Walaupun Tengku Rizqie nampak seperti seorang yang kaki clubbing and party tetapi dia tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Dia menjaga solatnya dengan baik. Didikan ibu bapanya sudah cukup untuknya tidak melakukan perkara yang dilarang Tuhan.
"Wey, kau makan apa?" tanya Shery.
"Nasi la. Lapar ni."
"Aku pun lapar," jawab Shery bersependapat. Dia menggosok perutnya sedikit.
"Kak, saya nak nasi dengan lauk tu," pinta Effa. Dia menunjuk ke arah lauk ayam masak cili api.
"Boleh, satu ke dua?"
"Satu je, kak."
"7 ringgit, dik."
"Baik."
Effa menghulurkan wang ringgitnya kepada pelayan wanita itu dan berlalu pergi ke arah meja yang kosong.
Sementara menunggu Shery, dia memandang sekeliling. Tidak la begitu ramai orang kerana hari bekerja. Dia lebih suka bercuti ketika hari orang lain bekerja bukan pada cuti sekolah terutamanya.
"Effa! Kau tau tak ada orang tu dia hensem gila, wey!" jerit Shery sambil mengambil tempat di hadapannya.
"Kau pantang nampak lelaki, semua kau kata hensem," perli Effa.
Effa sudah masak dengan perangai kawan dia ini. Dia sudah mengenali Shery sejak mereka berada di sekolah rendah. Berlainan universiti memisahkan mereka untuk sering bertemu.
"Tak, ni memang hot gila. Haa tu, belakang kau."
Shery menunjuk ke arah lelaki yang bertubuh tegap itu.
"Mana?"
Walaupun pada mulanya tidak mahu memandang, apabila ditunjuk tetap juga mahu melihat. Effa ni tak nampak ke tak pandai menilai?
"Itu!"
Shery tidak berputus asa sehingga Effa dapat melihat lelaki itu. "Yang pakai baju hitam."
Effa mengecilkan mata untuk memudahkan dirinya untuk melihat lelaki yang dikatakan Shery.
"Lelaki tu?"
Effa menunjuk ke arah lelaki yang tinggi lampai itu.
"Haah. Hensem kan wey?"
"Aku macam pernah nampak dia la. Kat mana?"
Effa mengaru dagunya yang tidak gatal. "Hensem la sikit. Refry hensem lagi."
Effa memusingkan semula badannya menghadap Shery.
"Hurm... kan best kalau dia boyfriend aku."
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...