Chapter 3

4.3K 188 4
                                    

Evil comes if you call my name- Tengku Rizqie

"Ma, Haziq nak pergi rumah Effa. Nak ikut?" tanya Haziq kepada ibunya.

"Tak la. Nak buat apa pergi sana? Bukan ke Effa baru habis belajar?"

"Haah. Dia free sekarang. Belum kerja. Saja nak jumpa. Lama tak borak."

"Jangan macam-macam. Haziq kan dah jadi tunang orang."

"Ye, ma. Haziq pergi dulu," jawab Haziq acuh tak acuh.

Cousin kesayangan🤍
"Effa, Haziq datang Ipoh. Nak jumpa."

Mesej di hantar kepada sepupunya itu.

Dia tidak membuang masa. Haziq tiba di Ipoh pada pukul 3 petang dan terus check-in hotel. Ya, dia ingin bermalam di Ipoh beberapa hari.

"Assalamualaikum," sapa Haziq menerusi panggilan telefon bimbitnya.

"Waalaikumusalam."

"Haziq dah sampai ni. Dalam bilik. Nak jumpa luar ke dekat rumah?"

"Luar."

"Haa okay. Where?"

"Effa share location," cadang Effa. Haziq hanya setuju.

Tibanya dia di kedai makan itu, dari jauh dia sudah nampak kelibat sepupu kesayangannya.

"Hai. Lama ke tunggu?" tanya Haziq sambil duduk di hadapan Effa.

"Tak. Baru je. Kenapa nak jumpa? Kenapa datang sini?" soal Effa bertubi-tubi soalan yang diberi Effa.

"Saja je. Bosan duduk KL. Sihat?"

"Sihat alhamdulilah. Mama dengan papa sihat?"

Effa sudah terbiasa dari kecil memanggil makcik dan pakciknya itu sebagai ibu bapanya. Sejak kecil dia selalu bermalam di rumah mereka kerana ingin bermain dengan sepupunya itu. Haziq ialah satu-satunya anak yang mereka ada. Jadi mereka menganggap Effa sebagai anak sendiri bukan anak buah semata-mata.

"Sihat. Tadi Haziq ajak mama tapi dia busy."

"Faham."

"Ni air untuk Haziq ke?"

Effa hanya mengangguk.

"So, kenapa datang sini? Sejak bila rajin datang melawat?"

"Saja. Dulu kita rapat, but..."

"Talk about yourself?" soal Effa. Suaranya seperti menyindir. Haziq tidak mengerti. "Kita rapat sebab perangai Haziq yang tak riak tu, tapi look at yourself now."

"Ya, Haziq faham. I'm sorry."

"Cakap je la cepat nak apa datang sini."

"Jom balik kampung sama-sama. Nak release tension."

"Tak nak. Pergi balik sorang. Haziq kan cucu kesayangan nenek."

Puan Jasmin merupakan bapa kepada Encik Zaryn. Orang tua itu sering menyebelahi Haziq tanpa Effa tahu sebab yang sebenarnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki itu pasti akan mendapat sokongan daripada Puan Jasmin. Satu tahap, Effa sudah tidak peduli anggapan orang tua itu kepadanya.

"El, kakak pergi mana?" tanya Daylon kepada adiknya.

"Entah. Dia kata nak keluar kejap jumpa kawan," jawab Elvina sambil menyuap keropok ke dalam mulut.

"Hishh lama ke? Abang nak minta dia ajar ni," kata Daylon sambil menunjuk ke arah kertas yang penuh dengan contengan itu.

Elvina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now