You walk in, and my heart beats different- Effa Nadia
"Abang, malam ni saya ajak Leen dinner sama. Abang okay ke sebab Geff takda," tanya Puan Enjelina risau suaminya tidak selesa.
"Abang okay je. Lagipun niat mereka datang nak tengok Effa. Jauh pun sanggup datang."
"Alhamdulilah."
"Malam ni masak apa?"
"Biasa-biasa je. Tak tau la kena ke tak dengan tekak diorang. Effa buat pizza juga."
"Haa okay la tu. Awak dah cakap dengan Effa pasal Rizq sebelum dia sakit sebelum ni?" tanya Encik Zaryn. Dia tidak mahu pihak sana terasa hati dengan anaknya itu.
"Belum. Saya cuma bagi hint je. Leen ada cakap dia faham. Rizq bagi masa untuk Effa fikirkan. Nanti la bila dah stabil sikit saya cakap dengan dia."
Encik Zaryn juga tidak mahu menggangu emosi Effa. Dia tahu Effa sukar untuk menerima keadaanya sekarang. Perkara yang tiba-tiba berlaku tidak mudah untuk Effa terima.
...
"Rizq, jemput makan. Jangan segan-segan. Ini je la yang aunty pandai masak. Makanan kampung aje. Effa reti la sikit buat pizza, rasa tak tahu la macam mana," jelas Puan Enjelina risau tetamu tidak selera.
"Eh, saya okay je aunty. Pizza pun nampak sedap."
"Makan la," kata Effa.
Tengku Rizqie melemparkan senyuman tipis kepada yang mengarahnya. Effa turut membalas senyuman nipis itu.
Selesai mereka makan, Encik Zaryn mengajak tetamunya berehat di ruang tamu tetapi tidak bagi Tengku Rizqie. Dia ingin berborak dengan seseorang. Private.
Sedang sibuk Effa mengemas meja, seseorang datang dan memberi salam.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Pandai pun bagi salam," perli Effa. Teringat kembali kejadian kakinya tercucuk kaca di rumah Tengku Geffery beberapa bulan yang lalu.
"You nak apa? Air?" soal Effa.
"Nak borak. Dah lebih 10 tahun kita tak jumpa."
"Nak borak apa. Kalau suruh kerja, I tak nak."
"Pizza tu sedap. Boleh buat lagi lepasni?"
"Boleh. Kalau my mom pergi rumah family you, I buatkan," jawab Effa. Diaa tidaklah begitu sombong. Tengku Rizqie juga kawan ketika mereka masih kecil.
"I'll wait."
"Dah pergi la duduk depan sana. Jangan kacau I," arah Effa. Rimas dia apabila ada orang memerhati. Membantu pun tidak.
"Can I have your phone number?" soal Tengku Rizqie berani.
Effa hanya senyap. Tidak menghiraukan pertanyaan tersebut.
"Just in case I nak datang sini sendiri without my mom."
"Aunty Leen ada nombor I. Minta mummy you."
"It's not same, little girl."
Effa menjulingkan mata ke atas.
"Don't call me that. Only for my husband."
Tangan mengambil telefon bimbit milik Tengku Rizqie dan menaip nombor.
"So, how can I be your husband?"
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Storie d'amore𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...