Chapter 58

2.5K 88 0
                                    

All the pretty stars shine for you my love- Tengku Rizqie

Pagi yang cerah itu membuatkan Effa terjaga. Dia menutup langsir yang terbuka sedikit sehingga memasuki cahaya matahari yang menyinari itu. Tengku Rizqie masih lena dibuai mimpi. Tidak mahu menganggu kerana dia memahami kepenatan yang dirasai suaminya.

Effa memboloskan diri ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Selesai membersihkan badan bersama air yang bersih. Dia mengenakan pakaian ringkas. Hanya t-shirt dan seluar palazo. Jam sudah menunjukkan pukul11 pagi. Pasti ibu bapanya sudah bersarapan terlebih dahulu. Ini sudah masuk tengah hari. Effa menutup pintu secara perlahan supaya tidak menyedarkan Tengku Rizqie yang masih nyenyak tidur.

"Morning, mother," kata Effa ceria ketika menuruni anak tangga dari tingkat 3 ke tingkat 1 yang terletaknya dapur. Manakala, ruang tamu rumah itu terletak di tingkat 2 bersama sebuah bilik milik Daylon dan tetamu. Tingkat 3 dipenuhi bilik miliknya bersama bilik milik Emelia dan Elvina. Bilik milik ibu bapanya berada di tingkat 1.

"Morning?" soal Puan Enjelina bersama senyuman. Effa hanya sengih tidak bersalah. Dia memeluk tubuh ibunya mesra. Puan Enjelina sedang mengupas bawang untuk dimasak.

"Ibu masak apa? Lapar la," kata Effa mengusap beberapa kali perutnya yang sudah kosong.

"Pergi la tengok sana tu."

Puan Enjelina memuncungkan bibirnya ke arah tudung saji mengkuang yang menutupi hidangan sarapan mereka.

Effa melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu. Bauan nasi goreng itu amat digemari. Matanya membulat apabila tekaannya betul. Nasi goreng cili api bersama ayam goreng kunyit bawang putih. Puan Enjelina tersenyum melihat riak wajah anaknya. Kegemaran anaknya pasti dia tahu. Effa menyuap nasi goreng itu rakus tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang berbunyi perlanggaran periuk dan senduk di dapur.

"Kak, mana suami?" soal Puan Jasmin yang baru sahaja menuruni tangga itu.

"Dekat bil-" kata-katanya tersekat apabila melihat bayang suaminya yang berada di belakang Puan Jasmin.

"Itu," kata Effa menunding ke arah Tengku Rizqie yang sudah bersiap kemas.

"Maaf, ibu. Lewat pula bangun," kata Tengku Rizqie. Naik segan pula apabila dia sedar, jam sudah menunjukkan pukul11.45 pagi.

"Takpa. Ibu faham pengantin baru penat. Ini majlis semua dah habis. Rehat la puas-puas sebelum masuk kerja," kata Puan Enjelina.

Tengku Rizqie mengambil tempat di sisi isterinya. Perutnya juga turut berasa lapar menghidu haruman nasi goreng. Sejak berkahwin, hampir setiap hari dipaksa isteri untuk makan nasi. Hancur diet!

"Eh kak. Kau suap perut kau je," tegur Daylon yang baru tiba di dapur itu. Effa hanya menjeling. Dia terlupa dia perlu menghidangkan nasi goreng itu kepada suami. Boleh je buat sendiri kan? Tapi jika hidangkan, boleh dapat pahala. Effa mengambil sedikit nasi goreng dan ayam untuk Tengku Rizqie.

"Terima kasih, sayang," ucap Tengku Rizqie. Perkataan hujung itu dikata separa berbisik. Segan jika bermanja di situ.

Keluarga Puan Enjelina tidak kering gusi cuba berbual dengan ahli baru keluarga mereka. Mahu memastikan keselesaan menantu barunya itu sentiasa terjamin.

Ding Dong!

Kemesraan mereka dicantas apabila bunyi gema di dalam rumah menyentak gegendang telinga.

"Kak," panggil Encik Zaryn yang baru menuruni anak tangga itu. Encik Zaryn ketika cuti ini sudah membiasakan diri mencuci kereta.

"Ya?" jawab Effa yang sedang sedap menjamu selera tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ini sudah kali ketiga menambah nasi ke dalam pinggan.

Effa pernah memasaknya sendiri seperti resipi yang diberikan oleh ibu tercinta. Namun, air tangan setiap manusia mempunyai rasa yang berbeza.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now