Chapter 6

4K 122 13
                                    

You belong to me- Tengku Rizqie

"Esok nak gerak pukul berapa?" tanya Shery.

"Lapan? Boleh  hunting banyak benda," balas Effa.

"Boleh. Lapan."

"Okay, goodnight."

"Night."

Effa menekan butang lift ke tingkat 23. Dia berhenti di bilik Shery terlebih dahulu. Pintu lift terbuka luas untuknya.

"23, please," arah Effa kepada lelaki di dalam lift itu. Effa hanya memerhati. Dia melihat lelaki itu seperti dia pernah lihat sebelum ini. "You..."

"What?"

"Saya macam pernah tengok. Dekat mana?"

Tengku Rizqie hanya membiarkan kata-kata perempuan itu. Dia juga ingat perempuan itu lah yang membelanjanya caramel macchiato without whipped cream tempoh hari. Namun, malas untuk dia berborak lebih lanjut.

"It's your level."

"Thanks."

Effa berjalan dalam kebingungan. Ya, dia pasti dia pernah melihat lelaki itu. Hensem jugak la bila tengok dekat. Patut la Shery minat.

...

"Bilik 2308," kata Effa kepada staf di kaunter. Pagi ini dia bersarapan seorang kerana Shery bukan seorang yang suka bersarapan.

"Miss, boleh duduk sini ya," balas pekerja lelaki itu bersama senyum manis.

"Thank you," balas Effa.

Effa mengambil sedikit nasi goreng dan nugget serta air epal kegemarannya. Sedang dia menikmati kelazatan makanan itu, dia nampak kelibat lelaki yang berada di lift yang sama dengannya.

Pada mulanya, dia hanya membiarkan. Lelaki itu melabuhkan punggung disebelahnya membuatkan dirinya ingin mengintai wajah sebenar melalui jarak yang dekat. Effa berfikir sejenak setelah mengecam wajah lelaki itu.

"You lelaki yang saya salah minum air tu kan? Lelaki yang order caramel macchiato without cream?"

Tengku Rizqie hanya menjongketkan keningnya. Ya, betul la lelaki tu. Dekat airport masa Effa tengah tunggu Shery yang ingin pulang ke Ipoh setelah tamat pengajian di Sabah.

"Kawan saya minat awak. Kalau awak sudi bagi la nombor telefon awak dekat dia. Bukan saya yang minta tau. Dia yang nak. Dia malu nak minta," jelas Effa supaya tiada salah faham antara mereka.

Diam.

"Okay."

Effa bercakap sendirian apabila tiada balasan dari jiran sebelah.

Tengku Rizqie menghabiskan makanannya dan ingin berlalu pergi. "Why not you je yang ambil nombor telefon I? You Dea kan?"

"Dea? No. Salah orang."

Tengku Rizqie ingat akan Effa bukan hanya kerana perebutan air sahaja. Effa merupakan kawan baiknya ketika mereka masih kanak-kanak. Kenapa Effa tak ingat dia?

'Mummy,' panggil Tengku Rizqie.

'Ya.'

'Along nak pergi office ni.'

Tengku Aileen meletakkan telefonnya di atas meja sehingga menampakkan seorang gadis yang tidak dikenali oleh anaknya.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now