I see you with my heart not with my eyes- Tengku Rizqie
"Ci-Cik Effa! Perlahankan kereta ni!" jerit Alvaro. Hilang kemachoan Alvaro apabila dia menjerit ketika Effa memandu laju di jalan yang lurus itu. Kereta Porshe 992 gt3 rs milik suaminya menarik minatnya untuk memandu.
Tengku Rizqie tidak membenarkan Effa memandu kerana dia amat mengenali jiwa kelajuan isterinya. Makanya, Alvaro menjadi sasaran untuk menjadi pemandu peribadi Effa. Namun, bukan Effa jika tidak berdegil. Sekali Effa memujuk Alvaro, lelaki itu membenarkan dan mengajar cara untuk mengemudi kereta mewah itu. Tekaan Alvaro meleset apabila dia menganggap puan mudanya akan membawa dengan berhati-hati.
"Awak tidur la, Al. Bising la," marah Effa. Bukannya laju sangat. 190km/j sahaja.
Alvaro menarik nafas panjang. Kini, dia sedar mengapa arahan Tengku Rizqie sebegitu.
'Don't ever try to give my wife drive. Including her own car,' arah Tengku Rizqie.
'Tapi kenapa, Tengku? Cik Effa bukan suka memandu sendiri ke?' soal Alvaro.
'Dia bini aku ke bini kau?' soal Tengku Rizqie dingin.
Alvaro sengih tidak bersalah.
'Just, don't! Straight roads are for fast cars, turns are for fast drivers, and my wife is both of them,' kata Tengku Rizqie tegas. Alvaro hanya mengangguk.
"Saya belum kahwin lagi, Cik. Saya tak nak mati sekarang," kata Alvaro. Dia tidak mengalihkan pandangan daripada memandang ke sekeliling. Risau jika perkara tidak diingini berlaku.
"Siapa kata kita nak pergi mati?" soal Effa selamba. Dia memberhentikan keretanya di lampu isyarat merah. Effa memandang sekilas sebelum dia memecut laju setelah lampu isyarat bertukar hijau.
"Aaa! Takutnya!"
Effa hanya membiarkan jeritan kecil Alvaro. Selang beberapa minit, mereka selamat tiba di sebuah pusat membeli belah dengan selamat. Kereta mewah itu diparkir kemas di lot parking. Effa membuka tali pinggang kaledarnya. Dia tergelak kecil melihat wajah cuak Alvaro di sebelah.
"Awak kenapa takut sangat?" soal Effa. Dia sudah boleh agak jawapannya. Namun, sengaja mahu bertanya.
"Saya tak pernah duduk dengan wanita yang bawa kereta selaju itu," kata Alvaro jujur.
Effa melepaskan tawa kecil bersama gelengan. "Siapa suruh awak ikut? Saya boleh pergi sendiri."
Mereka berdua mengeluarkan diri daripada kereta mewah itu untuk memberi barang keperluan rumah. Alvaro setia membuntuti puan mudanya. Tidak terlalu dekat untuk memberi keselesaan kepada wanita itu. Sesekali dia juga tolong membantu menolak troli yang sudah mula diisi barang yang dicari.
Ketika Effa sedang ralit memilih ikan segar yang terhidang, telefon di dalam beg tangannya berdering minta diangkat. Effa segera membasuh tangannya sebelum mencapai telefon bimbitnya.
Abang Reza
Effa mengangkatnya tanpa ragu-ragu. "Hello," sapa Effa kepada pemanggil.
"Effa! Effa lari! Jangan keluar rumah!" jerit Raja Reza disebalik corong telefon. Effa berkerut hairan. Terhenti pergerakkannya di tengah-tengah pusat membeli belah itu.
"Apa abang cakap ni?" soal Effa semula.
"Jangan keluar! Dengar cakap abang."
Tit!
Panggilan telefon dimatikan oleh si pemanggil. Effa memandang skrin telefonnya yang sudah bertukar gelap. "Balik?" soal Effa sendirian. Dia memandang Alvaro yang berada tidak jauh darinya bersama troli. Effa berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. Dia menyambung membeli ikan. Barang terakhir sebelum dia pulang ke rumah.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...