Chapter 70

2.3K 83 1
                                    

I will always be your prince charming because you're my princess charming forever and ever- Tengku Rizqie

"Sayang," panggil Tengku Rizqie untuk mengalihkan perhatian isterinya yang ralit bermain dengan kucing persian betina yang diberikan.

"Sayang sini la," panggil Tengku Rizqie apabila isterinya tidak berganjak.

Effa mengalah lalu mendukung kucing itu dan dibawa bersama bersebelahan suaminya.

"Cuba letak dulu Fur tu," kata Tengku Rizqie. Rimas pula diberi perhatian lebih kepada haiwan berbanding dirinya. Fur ialah nama kucing yang diberikan oleh Effa sendiri kerana bulunya yang lebat itu.

'Baby, close your eyes,' pinta Tengku Rizqie bersama tangannya yang disembunyikan di belakang badan. Effa hanya menuruti tanpa ragu-ragu.

'Another suprise?' Teka Effa. Tengku Rizqie mengoyakkan senyumam manis di bibir.

'One... twooo... three! Open your eyes!'

Membulat mata Effa apabila melihat seekor kucing di pegangan suaminya. Berbulu lebat berwarna putih. Mata biru yang menyerlahkan lagi kecomelan kucing itu. Dukungan kucing itu kini sudah bertukar tangan. Tengku Rizqie memeluk bahu isterinya yang sedang meneliti setiap inci kucing itu.

'Sayang nak bagi nama apa?' Soal Tengku Rizqie.

'Hurmmm...' Effa berfikir sejenak.

'How about... Fur?!' Jawab Effa.

Tengku Rizqie berkerut seketika. 'Kenapa Fur?'

'Sebab bulu dia cantik. Dea suka! Mana abang beli?'

'Rahsiaaa...'

Tengku Rizqie separa berbisik di telingan kiri isterinya. 'Mana boleh bagitahu. Nanti tak suprise.'

Effa melepaskan tawa kecil. 'Terima kasih, abang. Dea sayang abang.'

'Abang sayang isteri abang juga. Jangan sampai lebihkan kucing berbanding suami dan anak dalam kandungan ni ya, sayang?'

Effa hanya mengangguk.

"Iyalah suamiku sayang," jawab Effa melepaskan kucing yang didukungnya ke atas lantai.

"Kenapa suamiku sayang?" Soal Effa semula. Kini perhatian sudah sepenuhnya kepada suami.

"Petang nanti kita balik rumah mummy nak? Dia orang belum tahu lagi tentang cucu dia orang ni," kata Tengku Rizqie lembut. Tangan mengusap lembut perut isterinya yang beralaskan dress separas lutut.

"Ermmm..."

Effa menggigit bibir bawahnya. Kurang setuju.

"Kenapa? Isteri abang tak nak balik rumah mummy dah ke? Ada orang lukakan hati isteri abang?" Soal Tengku Rizqie lembut. Mata tidak lepas daripada memandang wajah isterinya. Tangan kanan memeluk pinggang Effa. Manakala, tangan kiri mengusap perut kempis itu.

Effa menggeleng. "Takut," jawab Effa pendek.

Tengku Rizqie menjongketkan keningnya pelik.

"Nanti orang kata Dea goda abang," kata Effa wajah sudah mula rasa panas membahang.

Tengku Rizqie melepaskan tawa. "Kalau macam tu, takae. Nanti abang cakap abang yang goda sayang."

Effa menjeling lalu mencubit lengan kiri suaminya. Tawa Tengku Rizqie masih tersisa. "Ingat kelakar?" Soal Effa. Menyampah!

"Normal kalau isteri abang ni mengandung sebab sayang ada suami. Jangan risau. Abang takkan biarkan isteri abang dihina atau dicaci. Who ever try to that, it means they have to face me. No one gonna hurt you until my last breath," kata Tengku Rizqie melepaskan ciuman di pipi kiri isterinya.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now