- 60 -

10 4 65
                                    

Brak!!

"MUMMY ! Kita kena buat sesuatu mummy. Syarikat kita dalam masalah malah mummy duduk termenung dekat sini. Where's my very determined mummy? "

Sunghoon memegang bahu Sunmi setelah melihat Sunmi yang dari tadi mengabaikannya. Dia menatap wajah kosong ibunya.

"Mummy? Are you here? " Sunmi memandang Sunghoon sebelum mencengkam lengan anak lelakinya itu.

"Hoon.. Mummy nak jumpa Mayra."

"Apa yang mummy random sangat ni? Mayra dah tak adalah mummy. Perempuan tu dah mampus!" Sunmi memandang Sunghoon dengan tajam sebelum menampar lelaki itu. Sunghoon memegang pipinya dan memandang Sunmi dengan riak wajah yang terkejut.

"WHAT'S WRONG WITH YOU, MUMMY?! WAKE UP! " Sunmi secara tiba-tiba ketawa sebelum memeluk bantalnya.

"Hoon. Janganlah jerit-jerit macam ni. Kesian anak mummy ni takut." Sunmi memeluk bantal dengan erat dan mengusap bantal tersebut dengan lembut.

"Dah gila ke orang tua ni?" Sunghoon mengambil telefon pintar dari dalam poket seluarnya. Dia menjawab panggilan yang diterimanya.

"Tuan Sunghoon! Tuan dah tengok ke berita?"

"Kenapa? Penting sangat ke berita tu?"

"Saham Lee Company jatuh menjunam akibat video rasuah Puan Sunmi dah tersebar. Sekarang ramai pemegang saham dekat syarikat kita tarik diri."

"Hah?!" Sunghoon segera membuka berita dari dalam telefonnya. Matanya membutang apabila melihat komplikasi video ibunya merasuah beberapa orang tersebar luas di laman sosial.

"Kau... Kau yang buat lepastu aku yang kena tanggung! Sial!" Sunghoon sempat menunjal kepala Sunmi sebelum beredar dari situ.

"SIAL! SIAL! SIAL!" Sunghoon mengusutkan rambutnya sambil berteriak dengan keras. Dia harus membaik pulihkan keadaan sebelum syarikat itu tidak dalam diselamatkan langsung.

"Hello Harin. Aku nak kau pujuk pemegang saham yang masih ada untuk stay dengan kita. Upah orang untuk hapuskan semua jejak digital tentang kes rasuah tu."

"Baik tuan. Setakat ni ada dalam lima orang pemegang saham yang masih bersama dengan kita."

"Jangan bagi lima orang tu terlepas. Kita perlukan mereka."



+++

Aria tersenyum puas apabila melihat reaksi dan komen warga-warga di Korea mengenai insiden rasuah Sunmi. Banyak komen negatif dan dia juga mengetahui bahawa saham Lee Company telah menjunam dengan teruk.

"Lega aku dapat bantu korang. Tak sia-sia juga aku jadi orang kepercayaan dia selama ini." Jun tersenyum puas.

"Aku terkejut tahu, tak sangka kau ni abang tiri Seungkwan."

"Aku lagi terkejut Aria bisu ni dah boleh bercakap." Jun segera mencepuk kepala Seungkwan.

"Woi! Cakap tu baik-baik sikit. Jangan malukan aku." Marah Jun. Seungkwan menayangkan wajah yang tidak bersalah.

"Eh tak apalah. Aku ni dah biasa dengan Seungkwan. Kitaorang ni member."

"Member apa sampai nak dekat 6 tahun tak jumpa." Perli Seungkwan. Aria senyum kecil.

"Maafkan aku. Aku ni bodoh sangat sebab taat sangat dekat bekas suami aku tu dulu. Di mata aku dulu, dia orang yang baik tapi tak sangka.. Dialah orang yang membuat diri aku ni menderita dalam diam." Aria mengeluh perlahan. Dia bukannya tidak move on, namun perasaan kecewanya masih lagi menebal dan mencengkam jiwanya.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now