- 61 -

9 3 54
                                    

"Kenapa abang nak suruh mama pinang Aria?" Heeseung memandang wajah Aria yang kelihatan sedikit suram itu. Dia sudah menduga bahawa adik angkatnya itu pasti akan terkejut dengan permintaan itu.

"Sebab abang nak jaga Aria. Aria layak untuk mendapat kebahagiaan."

"Tapi kenapa Aria? Banyak lagi perempuan yang lebih baik dari Aria." Heeseung memegang tangan Aria, dia mengenggam tangan gadis itu dengan erat.

"Abang sukakan Aria sejak dulu. Dengar macam gila, tapi walaupun Aria masih jadi isteri orang dulu. Abang tetap sukakan Aria. Abang tak tahu kenapa abang tak boleh buang perasaan abang ni.." Aria menarik tangannya dari genggaman Heeseung. Heeseung yang menyedari hal itu tersenyum hambar.

"Abang faham. Maaf buat Aria tak selesa." Heeseung terus berjalan masuk ke dalam rumah. Aria membiarkan sahaja Heeseung dan memandang ke langit. Dia melihat langit pada malam itu.

"Kau kena fokus Aria. Kau kena fokus pada keadilan buat diri kau dan juga buat Mayra." Aria menarik nafasnya dalam-dalam dan masuk ke dalam rumah. Dia berjalan menuju ke bilik dan melihat Jihyun dan Minhyun telah pun tidur.

"Tidur dah anak-anak ibu ni." Aria mencium dahi Jihyun dan Minhyun. Dia merebahkan badannya di katil.

Dia mengeluh apabila mengingati kembali hasrat Heeseung. Seketika dia teringat mendiang Yeonjun.

"Tak boleh. Selagi Sunghoon masih berlegar di luar sana. Dia tak boleh tahu yang abang sukakan aku. Aku tak nak abang alami nasib yang sama dengan Yeonjun.."

Aria mengambil telefon pintarnya apabila menerima panggilan masuk.

"Hello Jake? Kenapa ni?"

"Aku ada benda yang nak bagitahu kau." Kata Jake dengan serius.

"Nak bagitahu apa?"

"Datang dekat rumah aku. Jangan risau, Jun pun ada dekat sini."

"Eh kau dah balik Seoul ke?"

"Baru sampai."

Mendengarkan intonasi Jake yang sangat serius itu membuatkan Aria bersetuju untuk bertemu dengan mereka. Aria segera bersiap dan menuju ke rumah Jake.

Setelah tiba, dia melihat wajah Jake seakan menahan amarah. Lelaki itu ditenangkan oleh Jun.

"Kenapa ni?" Tanyanya setelah duduk berhadapan dengan Jake. Jake memandang Aria dengan mata yang berair.

"Mayra... PEREMPUAN TAK GUNA TU YANG BUNUH ISTERI AKU!" Amuk Jake.

"Huh? Perempuan mana?" Aria masih lagi terpinga-pinga, tambahan pula dengan Jake yang mulai mengamuk.

Jun memutarkan kembali audio dari komputer ribanya dan membiarkan Aria mendengar rakaman suara itu. Aria membulatkan matanya apabila rakaman suara itu merupakan rakaman suara Mayra dan Sunmi.

"Hasil bedah siasat dah pun keluar. Mayra memang bukan bunuh diri seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak polis. Ada sisa cecair 'Norethisterone' di dalam tubuh Mayra."

"Rakaman suara ni jelas menunjukkan perempuan tak guna tu nak gugurkan kandungan Mayra tapi Mayra struggle untuk selamatkan Minhyun sampai akhirnya dia kehilangan banyak darah dan meninggal di tempat kejadian." Terang Jun dengan panjang lebar.

"AKU NAK BUNUH PEREMPUAN TU!!" Jun memegang Jake dengan erat.

"Biar mahkamah dan tuhan yang hukum dia. Kau jangan buat kerja gila Jake. Kau kena ingat, amanah kau Jihyun dan Minhyun." Jake terduduk sebelum menangis teresak-esak. Dia tidak dapat menahan sebak. Lagi-lagi bila mengetahui kejadian sebenar disebalik kematian isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now