Dato Azman duduk termenung diatas sofa empuknya di ruang tamu. Jam sudah menunjukan pukul 3 pagi. Dia masih tidak mahu pejamkan mata kerana menanti kepulangan anak tunggalnya. Rayza namanya, baru berumur 18 tahun tapi tidak berminat sambung belajar lagi. Dato Azman kesal kerana terlalu manjakan anaknya itu. Rayza atau lebih mesra dipangil Ray kini hampir diluar kawalannya. Tak disangka skrip dalam cerita 'Anak Ku Sazali' juga tertulis dalam perjalanan hidupnya.
Sedang melodi lagu tema dalam cerita 'Anak Ku Sazali' tergiang-ngiang dalam kepala Dato Azman, pintu rumahnya terbuka perlahan. Ray masuk ke rumah bagaikan agent Spy terlatih. Dia tidak mahu ayahnya sedar akan kepulangannya. Perlahan-lahan dia menaiki tangga rumahnya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas.
"Baru balik? ! " Suara Dato Azman meninggi menghentikan pergerakan Ray diatas tangga.
"Dammnnnn .. Busted ... " Getus hati Ray
"Sudah .. pergi tido dulu .. besok ada benda daddy nak discuss .. " Sambung Dato Azman lagi sebelum anaknya sempat menjawab.
Ray tersenyum mendengar arahan ayahnya itu. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu mendengar leteran ayahnya pada lewat malam ini. Badannya juga sudah cukup penat setelah hampir Sjam berparty dengan rakan-rakannya. Ray sedar besok dia bakal di soal siasat panjang oleh daddynya itu. Dia terus bergerak menuju ke biliknya mengikut arahan Dato Azman.
Matahari sudah terbit tinggi. Ray baru bangun dari lenanya. Dia bangkit dari katilnya untuk menyegarkan badan di bilik mandi sebelum turun ke dapur untuk mengisi perutnya yang sudah bergendang. Usai mengisi perutnya, Ray terus menuju ke biliknya semula. Ketika dia menaiki tangga di rumahnya, tiba-tiba ..
"We need to talk Ray .. " Suara Dato Azman mematikan langkah Ray lagi
"Shit.this is a bad day .. " Gumam hati Ray.
"Daddy tak kerja hari ni?" tanya Ray sambil tersengih-sengih duduk di sofa depan ayahnya itu.
"Nope .. We need to talk .. " Jawab ayahnya serius.
"Aaa .. Pasal malam semalam?" Ray cuba meneka.
"No .. Pasal Ray .. " balas Dato Azman.
"Ray? Kenapa Ray?" remaja itu kehairanan.
"lngat lagi dengan Ustaz Fauzi??" Tanya ayahnya pula.
"Ustaz mana pulak ni? Ape kene mengena dia dengan Ray??" soalan ayahnya menambahkan lagi persoalan di kepala Ray yang masih tidak terjawab. "Dia kawan daddy .. Pernah jadi Ustaz kamu juga .. Madrasah dekat kampung dulu .. tak ingat?" terang ayahnya kembali. "Oooo .. Mana la Ray ingat... tak sampai setahun Ray belajar kat sana .. diorang yang buang Ray dlu .. !!" Ray terasa sedikit emosi, namun dia masih mengawal suaranya sebagai tanda hormat pada orang tuanya. "Diorang buang kamu dulu sebab kamu nakal sangat! ! " Dato Azman meninggikan suara pada anaknya. Ray hanya menunduk kebawah kemudiannya. "Sudah .. Daddy dah buat keputusan .. Daddy nak kamu tinggal dengan Ustaz Fauzi mingu depan.. belajar cara hidup kampung .. tolong Ustaz Fauzi uruskan madrasahnya .. selama setahun .. Muktamad!!' tambah Dato Azman lagi. "What?!!" Ray terkejut. "Kamu boleh bantah, tapi no more allowance from me .. no more credit card .. no more car or bike .. You must stay there for 1 whole year .. kalau Ustaz Fauzi bagi review positif pada kelakuan kamu, baru daddy bagi balik semua kemudahan kamu .. faham??!" bentak Dato lagi. "But daddyy ... !" Ray cuba meRayu lagi "You got 1 week .. fikir elok-elok ... " kata Dato Azman sebelum bangkit meninggalkan anaknya di ruang tamu.