Persis Model

5.6K 42 0
                                    

Sesudah Amylia mengenakan pakaianya, dia menggayakan pakaiannya persis model dihadapan cermin bilik persalinan itu. Sudah lama dia tidak menggayakan pakaian sesendat itu. Dia sendiri berasa bangga dengan tubuh badannya namun perasaan bangga itu datang seiringan dengan perasaan malu. Dia berasa gemuruh untuk memperagakan baju yang mengikut bentuk badannya didepan Ray. 

Setelah membulatkan tekadnya demi meyakinkan Datin supaya membeli bajunya, Amylia akhirnya keluar dari bilik persalinannya untuk memperagakan pakaiannya kepada Ray. Baju kurung itu melekap kemas pada tubuhnya hingga menampakkan bentuk badannya kepada Ray. Lebih mendebarkan lagi, baju kurungnya yang diperbuat daripada kain lace jarang itu mampu memberikan ilusi bentuk badannya di sebalik busananya walaupun ada lapisan kain inner di dalamnya. Kain inner yang seiras dengan warna kulitnya juga membuatkan baju itu kelihatan begitu seksi digayakan oleh Amylia. Walaupun Amylia bmerasa gemuruh, dia cuba memberanikan diri didepan Ray.

"Hrmmmmm .. so macam mana?" tanya Amylia

Ray tidak terus menjawab soalan wanita didepannya itu, dia tekun memerhatikan busana yang dipakai Amylia itu. Ray berjalan mengelilingi Amylia sambil memerhatikan setiap lekuk tubuh badan wanita itu. Dia tahu Amylia berasa sungguh malu diperhatikan begitu sehingga wanita beranak 1 itu tunduk kebawah. Sambil memerhati, sengaja Ray membelek-belek hujung baju pada tubuh Amylia sehingga membuat wanita itu semakin berdebar.

"Hrmmm ... Cantik ... tapi thats not my call.. I need to snap your picture with the dress and sent to my mom .. " kata Ray setelah puas meneliti tubuh Amylia.

"Ooo .. Ookey ... " jawab Amylia tergagap.

"Kenapa tunduk je ni? Nampak bongkok la .. tak lawa .. posing la sikit.. macam yang awak biasa posing dalam FB tu" Ray bersuara sambil cuba mengambil gambar Amylia.

Amylia memejamkan mata. Selama ini memang dia biasa memperagakan pakainnya sendiri, tetapi dengan saiz yang lebih longgar. Perasaan malu mula menguasai dirinya. Namun rasanya sudah terlambat untuk dia mengundur diri. Dia mengumpulkan segala keberaniannya untuk melakukan posing yang dipinta oleh Ray. Dilentikkan sedikit badannya sambil kedua tangannya diletakan pada pinggangnya. Matanya dibuka sambil mengukirkan senyuman kepada Ray.

"Good .. ," ucap Ray sebelum mengambil gambar dari pelbagai sudut tubuh Amylia. 

Walaupun Amylia mengukirkan senyuman, namun perasaan malunya saat mempamerkan pose sedemikian untuk dirakam gambarnya semakin menebal. Namun gaya Ray yang asyik memuji pakaiannya itu seakan-akan tidak tertarik pada bentuk badannya membuatkan dia sedikit selesa membiarkan Ray terus mengambil gambarnya dari pelbagai sudut.

"Hrmmmm .. good .. awak nampak natural dalam gambar .. pernah jadi model ke?" Ray memuji.

"Hrmmmm .. model tuk koleksi baju saya sendiri pernah la .. biasa-biasa je .. " jawab Amylia.

"Alright.. saya nak tengok awak pakai kebaya tu pulak .. " kata Ray sambil menghulurkan baju seterusnya.

Amylia menyambut pakaian yang dihulurkan itu. Tanpa banyak soal lagi dia terus masuk ke bilik persalinan lagi. Dia ingin sesi bergambar dengan Ray selesai segera namun agak sukar untuk menyalin baju yang mengikut tubuh badannya itu. Walaupun pada mulanya dia merasa sangat malu, namun cara Ray melayannya seperti jurugambar profesional membuatkan perasaan segannya merosot sedikit demi sedikit.

AlphaWhere stories live. Discover now