Sejurus kedua lelaki itu keluar dari rumah, Kak Mas mengajak Ustazah dan Kak Ira menyediakan barang-barang untuk ditumis pada kenduri kesyukuran sempena kenaikan pangkat Abang Man.
Anak-anak Kak Mas juga turut membantu. Setelah lama mengupas bawang, memotong daging dan memotong sayur, Kak Mas menanggalkan tudungnya kerana merasa rimas buat kerja dengan tudung labuhnya.
"Waaaa ... Rambut Kak Mas merah!! Abang Man mintak ke?" Ustazah Roshana meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat rambut sepupunya yang terdedah itu.
"Lama dah dia dye ram but tu .. tapi takpe la .. laki suruh kan .. hehehe .. " Sampuk Kak Ira.
"Hehehehe .. Abang Man suka kaler ni .. nampak garang ... Aummmmm!!" Jawab Kak Mas pula sambil menunjukkan gaya cakar harimau pada Ustazah.
Merah padam muka Ustazah melihat gaya nakal sepupunya itu. Terbahak-bahak kedua anak Kak Mas melihat gaya harimau ummienya. Ustazah berharap mereka tidak paham akan maksud sebenar perbualan mereka.
"Ana tak panas ke? Rimas la pulak akak tengok Ana buat kerja bertudung litup bagai.." Komen Kak Mas pula.
"Hrmmm rimas la jugak .. dapat pulak tudung ni pakai dari pagi tadi lagi.." Ucap Ustazah jujur.
"Dah tu, yang pakai lagi buat apa? Tanggal la .. ! bukan ada sapa pun" Suara Kak Mas sedikit tegas, tapi masih dalam nada berseloroh.
Ustazah bertikir sejenak. Setelah mengenangkan Ray dan Abang Man sudah keluar rumah, dia pun menanggalkan penutup kepalanya sebelum disidaikan kain tudungnya di kerusi meja makan.
"Haaa ... kan nampak selesa sikit tu .. Ana jangan ikutkan sangat dengan Kak Ira tu .. dia dengan suami dia pun, dia pakai tudung ... hahahaha" Ucap Kak Mas lagi.
"Hahaha .. nak buat macam mana? Laki kita suka kita pakai tudung .. ikut je la .. hahaha .. " ucap Kak Ira pula.
Terpinga-pinga Ustazah mendengar perbualan dua beradik itu. Namun dia tidak berani untuk menanyakan hal itu lebih lanjut. Dia cuba buat-buat faham dengan turut ketawa bersama. Tanpa mereka sedari, sudah hampir 1 jam mereka bergotong royong di dapur. Terasa masa berlalu pantas kerana sambil berkerja, mereka saling berbual dan bergurau senda. Waiau pun Kak Mas dan Kak Ira jauh lebih tua dari Ustazah, namun hubungan mereka begitu akrab setiap kali berjumpa.
"Kak Mas .. Kentang-kentang ni nak letak mana?" Tiba-tiba Ray masuk ke dapur dengan sekarung kentang di pikulnya.
Kelam kabut Ustazah mencari kain tudung untuk dililitkan di kepalanya semula. Dia terlalu leka bersembang hingga tidak sedar mereka sudah pulang dari kedai. Ray hanya tersenyum melihat kekalutan Ustazahnya itu. Berbeza dengan Kak Mas, dia kelihatan bersahaja memperlihatkan mahkota rambutnya di depan Ray sambil mengarahkan anak muda itu meletakkan kentang yang dibelinya di besen yang disediakan.
"Abang Man mana Ray?" Soal Kak Mas selepas itu.
"Hrmmm .. Dia keluar balik .. katanya nak jemput kawan dia kejap untuk majlis besok .. " Jawab Ray sambil memunggah kentang kedalam besen yang disediakan.
Ustazah masih terkial-kial membetulkan tudungnya, sementara Ray mengambil tempat untuk mengupas kentang-kentang yang baru dibawanya itu. Ternyata Ustazah kelihatan tidak selesa apabila baru sahaja lelaki bukan mahramnya berjaya melihat auratnya.
"Ustazah kamu tu memang 24 jam pakai tudung ke kat rumah Ray?" Soal Kak Mas pada Ray.
"Kalau ya, kita gang la rupanya Ana .. hahaha .. " Sampuk Kak Ira sebelum Ray menjawabnya.
Ray dan dua anak kak Mas hanya turut tersenyum mendengar Kak Ira berjenaka walaupun mereka sebenarnya agak keliru apa yang cuba disampaikan sebenarnya. Ustazah mengetap bibir mendengar sindiran dari dua beradik itu.
"Ana .. Ana .. Dengan Ray pun nak tutup kepala .. bukan ke dah tinggal serumah? Tak danya Ray ni nak bernafsu dengan kamu sebab nampak rambut awak je .. Islam tu mudah Ana .. Jangan rumitkan .. " Ucap Kak Mas lagi sambil mengibas-ngibaskan rambutnya ala-ala model shampoo.
"Ana tak biasa la kak .. " Jawab Ustazah ringkas. lkutkan hatinya, hendak sahaja dia sekolahkan Kak Mas tentang hukum-hakam mendedahkan aurat didepan lelaki bukan mahram. Namun dipendamkannya hujah-hujahnya itu sebagai tanda hormat pada kedua sepupunya. Dia tidak mahu dianggap tidak sopan cuba menegur mereka yang lebih tua darinya didepan Ray.
Selepas itu mereka tidak lagi mengusik Ustazah. Kak Mas masih lagi membiarkan rambut yang diwarnakannya itu jadi tatapan Ray. Gaya Kak Mas seolah-olah tiada masalah apabila rambutnya dipertontonkan pada lelaki asing. Ustazah sendiri merasa hairan dengan sikap sepupunya itu yang juga bekas Ustazah dahulu.
Sekitar pukul 6 petang, tugas menyediakan bahan tumis untuk majlis besok selesai. Malam itu mereka tidak masak kerana Abang Man membawa mereka semua makan di luar. Setelah makan malam, Ray pula memandu dan membawa mereka bersiar-siar sekitar KL kerana Ustazah sememangnya tidak pernah bersiar-siar di kota raya itu.
Sekitar sepuluh malam baru mereka pulang. Bagi Ustazah, waktu itu sudah dikira lewat untuk dia tidur. Dia merasa sangat keletihan dan meminta izin untuk masuk tidur dahulu. Malam itu Ustazah tidur bersama anak bongsu KaK Mas kerana bilik tetamunya sudah digunakan oleh Ray. Disebabkan badannya yang keletihan, sekejap sahaja dirinya lena.
Sekitar pukul 2 pagi, Ustazah terjaga. Tekaknya terasa kering. Dia bangkit dari katil dengan berhati-hati kerana bimbang puteri bongsu Kak Mas terjaga. Dia memakai tudungnya dahulu sebelum keluar dari bilik kerana bimbang terserempak dengan Abang Man ataupun Ray. Ketika dia hendak menuruni tangga, terlihat lampu ruang tamu masih bernyala.
"Ahhh .... !!! Ahhhhhh ... !!! Ahhhhh ... !!!" Sayup-sayup kedengaran suara Kak Mas di ruang tamu
Ustazah cemas mendengar suara itu. Dia cuba mengintip secara perlahan lahan dibalik celah tangga. Matanya terbeliak melihatkan apa yang terjadi di ruang tamu.
"Mastura!!????" pekik hati Ustazah.