Madrasah itu pada mulanya hanyalah tempat belajar ilmu agama dan mengaji kitab didirikan di sebuah tanah wakaf untuk orang-orang kampung yang berdekatan. Suasana Madrasah sememangnya sungguh indah. Dikelilingi pohon-pohon yang menghijau jauh dari hiruk pikuk kota. Terdapat beberapa perkampungan kecil berhampiran Madarasah. Kedudukannya terletak dikawasan lembah berdekatan dengan air terjun yang indah juga membuatkan lokasinya persis kawasan pelancongan.
Seiring dengan waktu, madrasah itu terus membangun sejak 15 tahun yang lalu. Dari hanya taraf sekolah pondok untuk menuntut ilmu agama, Madrasah berkembang menjadi sekolah yang setaraf dengan sekolah kerajaan. Kini Madrasah sudah pun mempunyai 2 block asrama dan 3 blok untuk pengajian ilmu sekolah. Malah madrasah itu juga kini mempunyai kemudahan-kemudahan seperti sekolah kerajaan lain. Ada perpustakaan, makmal komputer dan juga padang sekolahnya sendiri.
Madrasah itu diterajui oleh Haji Rasyid sejak mula dibina. Beliau adalah seorang yang disegani oleh penduduk kampung. Haji Rashid bersama-sama isterinya membangunkan madrasah itu dari serba kekurangan, hinggalah ke tahap yang boleh dibanggakan sekarang.
Haji Rasyid sudah pun berumur 54 tahun. Berperwatakan tipikal guru agama dengan sentiasa berjubah dan berserban dikepalanya. Kedut-kedut dikulit ditambah pula dengan janggut dimukanya yang sentiasa disisir rapi, menampakkan lagi kematangannya. Bukan sahaja tinggi ilmu agamanya, malah seni pertahanan diri juga turut dikuasainya. Beliau juga juga merupakan antara orang kaya di kampung itu. Bahkan Madrasah itu juga dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh arwah ayahnya sendiri. Namun begitu, sifat sentiasa merendah dirinya membuatkan masyarakat sekeliling sangat menghormatinya.
Hajah Zulaikha pula merupakan isteri Haji Rashid sejak 25 tahun lepas. Berumur 45 tahun namun wajahnya yang bebas dari sebarang kedut menampakan dirinya tidak kalah dengan wanita 30an. Kulitnya yang putih mulus ditambah pula tidak lokek dengan senyuman membuatkan keayuannya makin terserlah. lbu kepada 2 orang putera yang berumur 22 dan 20 tahun ini sentiasa mengenakan pakaian longgar dengan tudung labuhnya. Dia begitu cermat menjaga auratnya, namun tubuhnya sedikit berisi terutama dibahagian dada dan pungungnya membuatkan usahanya hampir sia-sia. Beliau juga merupakan tulang belakang Haji Rasyid dalam menguruskan hal-hal Madrasah.
Selain dibantu isterinya, Haji Rasyid juga dibantu oleh Ustaz Fauzi. Sudah 10 tahun Ustaz Fauzi berkhidmat di madrasah. Walaupun Ustaz Fauzi baru sahaja berumur 37 tahun, namun komitmennya dalam mentadbir madrasah membuatkan dia sering dilihat sebagai penaung madrasah jika Haji Rashid dan Hajah Zulaikha ketiadaan. Ustaz Fauzi juga sudah pun 6 tahun mengahwini Ustazah Roshana namun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Ustazah Roshana juga merupakan tenaga pengajar disitu. Dia bukan lah berasal dari kampung ini. Namun sejak dia ditawarkan bertugas di Madrasah, hatinya telahpun tertawan untuk menetap disini. Dia merasa tenang apabila mengabdikan diri di madrasah itu. Setelah hampir 4 tahun dia mengajar di Madrasah, Haji Rashid meminangnya untuk menjadi isteri pada Ustaz Fauzi. Ustazah Roshana menerima pinangannya dengan berbesar hati. Dia bahagia membina rumah tangga bersama Ustaz Fauzi. Namun jauh disudut hatinya, dia sangat teringin menimang cahaya mata.
Selain Ustaz Fauzi, Madrasah ini turut diterajui oleh Cikgu Zaim. Ustaz Zaim berumur 35 tahun, bertindak sebagai guru pendidikan jasmani pada waktu siangnya dan juga sebagai guru silat pada waktu malamnya. lsterinya Zainab pula berumur 3 tahun lebih tua daripada suaminya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, namun sering membantu
Madrasah jika ada keramaian kerana kepakarannya dalam memasak. Mereka sudahpun 5 tahun berkahwin dan mempunya sepasang anak berumur yang baru berumur 4 dan 2 tahun.
Cikgu Anisah pula merupakan guru untuk subjek matematik dan akaun di Madrasah. Selain mengajar, dia menguruskan hal-hal kewangan Madrasah. Suaminya berkhidmat sebagai pegawai polis di kawasan itu. Tugas suaminya yang terpaksa berkerja mengikut shift membuatkan Cikgu Anisah mensibukan diri di Madrasah. Namun sejak dia sudah pun disahkan mengandung 7 bulan, kegiatan Cikgu Anisah sedikit terbatas di Madrasah.
Ke empat-empat keluarga ini menetap betul-betul di hadapan Madrasah. Rumah ini dibina Haji Rashid supaya memudahkan mereka mentakbir sekolah.
Ada juga tenaga-tenaga pengajar lain yang menetap di kampung berhampiran.Antaranya Ustaz Lokman dan isterinya Cikgu Alisha menetap di rumah peningalan orang tuanya yang
juga berdekatan dengan Madrasah. Ustaz Lokman berumur 40 tahun juga dijodohkan oleh Haji Rashid dengan Cikgu Alisha yang baru berumur 26 tahun pada tahun lepas. Pasangan ini kelihatan begitu kontra dimana Cikgu Lokman yang sedikit berumur itu lebih kelihatan seperti bapa kepada isterinya sendiri. Lebih-lebih lagi, Cikgu Alisha merupakan seorang yang agak lincah orangnya berbanding suaminya yang kelihatan serba-serbi pelahan.
Keseluruhannya, Madrasah ini mempunyai 17 orang tenaga pengajar untuk menguruskan lebih daripada 200 orang murid.