Kuala Lumpur

5.5K 47 1
                                    

Genap 10 hari Ray tinggal bersama mereka, kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Namun pada malam itu, Ustazah Roshana merasa kecewa dengan suaminya setelah dengan tiba­tiba dia diberitahu yang suaminya tidak dapat menemaninya ke rumah sepupunya di Kuala Lumpur seperti yang telah direncanakan mereka sebelum ini.

"Sayang jangan la tarik muka macam tu .. Bukannya abang sengaja tak nak pergi majlis sepupu awak tu .. Pagi tadi tiba-tiba penghulu jumpa abang mintak abang bacakan doa selamat kat rumah dia sabtu ni.." Ustaz Fauzi cuba memujuk.

"Ala .. macam la Ustaz Lokman tak leh wakilkan a bang .. " Rajuk Ustazah Roshana lagi.

"Sayang kene paham .. Tak pernah kut penghulu jemput abang bacakan doa untuk majlis dia .. lni lah masanya tuk abang rapat dengan penghulu .. Lepas ni kalau apa-apa hal kat madrasah, senang la nak mintak tolong dia .. " Pujuk Ustaz lagi.

"Abis tu kira cancel la pergi KL nanti? Saya dah janji tau nak tolong sepupu saya masak kat sana nanti .. Ni lagi 2 hari sebelum majlis baru nak bagi tau dia yang kita tak jadi pergi??" Suara Ustazah kelihatan benar-benar kecewa.

"Hrmmmm .. Awak pergi jela .. kesian sepupu awak nanti .. " Ucap Ustaz Fauzi

"Tak reti la nak gi KL sorang-sorang .. ! " Suara Ustazah sedikit meninggi tapi masih terkawal. Dia sedar berdosa untuk meninggikan suara didepan suami.

"Sape cakap sayang gi sorang-sorang .. Nanti abang bagi tahu Ray .. suruh dia temankan awak .. OK?" Terang Ustaz Fauzi.

"Eh .. Tak pe ke? Mau ke Ray temankan?" Soal Ustazah kembali.

"Ok punya .. Pandai la abang cakap kat Ray nanti .. " Ustaz Fauzi meyakinkan isterinya. 

Tidak Ray sangka, dia harus kembali ke KL setelah tak sampai 2 minggu di Madrasah. Sungguhpun bukan pulang ke rumahnya namun KL tetap KL. Seawal 7 pagi bas mereka bertolak, Pukul 12.00 tengah hari baru masuk KL. Ray menyangkakan dirinya tidak akan jejakkan kaki ke negeri bertuah ini dalam masa setahun seperti mana yang telah dipersetujui olehnya dengan bapanya tempoh hari. Namun tidak la lama Ray di KL. Sampai sahaja di TBS, Ray dan Ustazah dijemput oleh Abang Man iaitu suami kepada sepupu Ustazah untuk di bawa kerumahnya di Bangi.

Sepanjang perjalanan ke rumah sepupunya itu Ustazah hanya menjadi diam mendengar Ray bersembang rancak dengan Abang Man yang sudah pun menjangkau 41 tahun umurnya. Walaupun Ray jauh lebih muda daripada lelaki disebelahnya itu, namun tenyata anak muda itu pintar mencari topik dalam berbual. Berbeza sekali dengan suaminya. Ustaz Fauzi hanya petah berbicarakan hal agama. Suaminya sering diam sahaja ketika bertemu dengan lelaki yang baru dikenalinya.

Sesampai sahaja didestinasi dituju, Ustazah disambut mesra oleh sepupunya di laman rumah. Mereka berpelukan melepas rindu. 


"Lamanya tak jumpa Ana!! Terima kasih sangat-sangat sebab sudi datang dari jauh .. " ucap sepupu Ustazah.

"Takpe .. lagipun dah janji kan nak datang .. kene la datang .. lagipun Ana rindu dengan Kak Mas .. " balas Ustazah. 

"Owh ya, Abang Fauzi kirim salam .. dia mintak maaf sebab tak dapat datang sekali.." Tambah Ustazah lagi.

"Waalaikumusalam .. takpe la .. lagipun dia ada hal..Ana datang ni pun akak syukur sangat.." jawab Kak Mas pula.

Ray dan Abang Man hanya memerhatikan sahaja dua saudara yang sudah lama tidak bertemu itu beramah mesra. Dalam diam Ray sempat meneliti tubuh sepupunya itu .. Walaupun Kak Mas dianggarkan seumur dengan suaminya sendiri, namun kecantikannya masih tidak luput. Sama seperti Ustazah Roshana, sepupunya juga mengenakan tudung labuh. Namun begitu, Ray keliru dengan pemilihan pakaian wanita itu kerana busana yang dipakai Kak Mas itu kelihatan agak kekecilan. Terasa kontra sekali dengan tudung labuh yang dipakainya berbanding baju kurung moden yang jelas mempamerkan setiap lekuk tubuh matang wanita itu. Ray semakin keliru apabila sebelumnya dia dipahamkan yang Kak Mas kuga pernah bergelar Ustazah. Baru dua tahun sahaja dia menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Perghhh .. Kak Mas punya dressinnggg!! Konflik identiti ke?? Tapi rasa macam pernah tengok pulak perempuan ni..tak ingat la pulak .. " bisik hati Ray

Setelah beramah mesra di halaman rumah, Ray dan Ustazah diperlawa masuk ke dalam rumah pula. Ray dan Ustazah mengerjakan kewajipan solat Zohornya terlebih dahulu di bilik yang disediakan sebelum mereka kembali keruang tamu. Ustazah kembali rancak bersembang dengan sepupunya itu sedangkan Ray pula bersembang dengan abang Man.

"Eh, anak-anak mana?" Saal Ustazah. 

"Ada .. dekat rumah Kak Long Ira .. Kejap lagi diorang datang la tu .. sebab tu saya duk dekat luar je tadi tunggu korang .. hihi.." Ucap sepupunya.

"Asalamualaikum" suara riuh diluar rumah itu.

Serentak isi rumah itu menjawab salam. Rupa-rupanya anak-anak abang Man sudah pun pulang bersama akak ipar dan suaminya. Ray mula kagum dengan keluarga Ustazah Roshana. Kak Ira juga bertudung labuh dan wajahnya kelihatan tidak dimamah usia. Ray mula membayangkan seluruh keturunan Ustazah semuanya bertudung labuh atau berserban ketika itu. Namun begitu, Ray tetap merasa masih janggal dengan gaya pemakaian Kak Mas. Bertudung labuh, tetapi seksi.

Ustazah semakin rancak berbual. Kalau tadi hanya sembang berdua. Kalini mereka bersembang bertiga. Namun dalam kerancakan mereka bersembang, dalam diam Ustazah mencemburui kehidupan Kak Mas. Bukan lah Ustazah mencemburui akan kemewahan sepupunya itu, tetapi dia sangat mengidamkan untuk mempunyai zuriatnya sendiri.

Ustazah mula membuat kira-kira. Umur Kak Mas sudah pun menjangkau 40 tahun. Dia sudah pun beranak 2, 15 tahun dan 13 tahun umur anak-anaknya. Kira ok lah kut. Sebab kalau anak bongsu mereka habis sekolah pun, Kak Mas masih lagi belum mencecah umur 50 tahun. 


Berbeza dengan Ustazah, sekiranya dia ditakdirkan mendapat cahaya mata pada tahun ini. Umur Ustazah bakal mencecah 50 tahun ketika anak pertamanya berada di tingkatan 5. Ustazah mula cemas dalam diam.

Ustazah juga tahu yang Kak Ira juga masih belum dikurniakan cahaya mata seperti dirinya walaupun sudah berumur 45 tahun. Namun baginya, Kak Ira tetap beruntung kerana dapat menumpang mencurah kan kasih sayangnya pada kedua anak buahnya yang duduk berdekatan dengannya.

"Sayang, I dengan Ray nak gi kedai ya, tadi cakap ubi kentang tak cukupkan?" Suara abang Man menghentikan lamunan Ustazah. 

"Ok bang .. hati-hati .. Cuuppppp ... " Ucap kak Mas sebelum memeluk tubuh suaminya dan dikucup pipinya.

Terkejut Ustazah Roshana dibuatnya. Bukan sahaja terkejut kerana Kak Mas berani mengucup dihadapan tetamu lain, malah aksi abang Man selepas itu yang dengan santainya mengusap-usap punggung isterinya selepas itu. 

Ustazah tergamam. Merah padam muka Ustazah melihatkan aksi sepupu dan suaminya itu. Dia cuba sedaya upaya untuk membuat reaksi normal memandangkan Kak Ira dan anak-anak Kak Mas kelihatan santai sahaja. 

AlphaWhere stories live. Discover now