Sejak dari malam itu, Ray sering menghubungi Amylia melalui Whatsapp. Namun Ray bukanlah seperti kebanyakan lelaki yang mahu menawan hati wanita dengan pesananpesanan ringkas yang cliche kepada sasaranya. Ray sering mengajak Amylia berbincang tentang hal-hal berkaitan perniagaannya.
Pada mulanya Amylia hanya melayan pesanan-pesanan ringkas itu sekadar ala kadar. Namun lama-kelamaan kamatangan Ray dalam membincangkan topik-topik yang diminatinya membuatkan dia berasa selesa untuk berkawan lebih rapat dengan pemuda yang jauh lebih muda daripadanya itu.
Sedar tak sedar, sudah semingu mereka saling berbalas pesanan setiap hari. Malah kadangkadang mereka berbual melalui telefon juga. Mereka semakin akrab. Daripada sering bercerita tentang perniagaan, mereka beralih kepada topik yang lebih peribadi pula. Amylia juga selesa menceritakan masalahnya kepada Ray.
Pada mingu ketiga, Ray mula mengurangkan kekerapan menghubungi Amylia. Selalunya Ray yang sentiasa memulakan perbualan dahulu, namun kini sudah lebih 2 hari Ray menyepi. Amylia berasa gelisah menanti Ray menghubunginya.
"Hrmmm ... diam je Ray ni.. selalu ada je dia whatsapp .. kenape tetiba diam? Rasanya dah dekat 3 hari dia tak contact..haishhhh ... "keluh Amylia seorng diri sambil meluruskan pinggang setelah penat seharian menguruskan perniagaannya.
Jauh disudut hati Amylia, dia sudah merindui Ray. lkutkan hatinya, semalam lagi dia sudah menelefon Ray. Namun egonya menghalang Amylia berbuat demikian. Dia tidak mahu dianggap terhegeh-hegeh kepada lelaki muda muda itu. Lebih-lebih lagi dengan status jandanya itu. Dia sudah muak dengan stigma masyarakat melayu yang sering melabel golongan janda sebagai perempuan sundal. Sedang dia mengelamun tentang Ray, tiba-tiba handphonenya berdering. Terpapar nama Ray di layar telefonnya. Hati Amylia melonjak gembira ketika menjawab pangilan itu.
"Assalamualaikum ... " sapa Amylia lembut.
"Waalaikumusalam ... lembutnya suara awak ... hrmmm .. " Ray mengusik.
"Eleh .. ngada-ngada ... saje je kan?!! Mana hilang? lngatkan dah lupa kita .. " balas Amylia dengan sedikit nada malu sebelum berpura-pura merajuk.
"Eh mana ada lupa ... but sory ... saya busy sikit dua tiga hari ni.. rindu saya ea?hihihi.." Ray menggoda.
"Mana ada!! Nyaris nak lupa awak ada la .. !" Nada Amylia sedikit meninggi untuk menutup rasa malunya kerana merindui lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
"Ala ... Marah pulak dia ... sory-sory ... " Pujuk Ray.
"Sory je?? hrmmm ... Sory naik lory la ... hihihi" Amylia cuba melawak.
"Ok-ok .. Khamis ni saya belanja awak makan nak??" Ray terus memujuk.
"Makan je?" Amylia masih merajuk seperti kanak-kanak kecil.
"Ok .. Lepas makan, saya bawak awak jalan-jalan ... Tengok wayang ... Jalan-jalan lagi ... pastu makan lagi ... Sampai awak penat...hahahaa .. " balas Ray panjang lebar
"Waaaa ... Mmacam dating pulak .. hihihi" ketawa Amylia dengan nada manja.
"Ya sayang ... 1 whole day, I'm yours .. Kkite dating 1 hari..hehehehe .. " Sahut Ray
"Amboi.. terus pangil sayang pulak?? ! " Sergah Amylia
"Yelah .. kan nak pergi dating .. Haruslah pangil sayang .. Sayang jadi girlfriend Ray untuk 1 hari tu .. " jawab Ray bersahaja.
"lshk .. tak nak la .. nanti orang tengok saya keluar dengan awak .. Nampak macam mak keluar dengan anak pulak .. Malu la nak bersayang-sayang bagai .. hehehe" Amylia meluahkan rasa malunya, tapi nadanya seakan-akan teruja.
"Tak la .. Sayang jangan la dressing macam mak-mak orang .. sayang cantik la .. Nanti kite keluar nanti, mesti ramai jelez dengan Ray .. Sebab Ray keluar dengan perempuan cantik macam sayang .. " Ray bijak bermain kata-kata.
"OK ... but 1 hari je tau .. saya nak awak layan saya macam GF awak ... tengok sangup ke tak awak dating dengan Mak anak 1 ni.. hihihi.." Amylia mula mengikut rentak gila-gila Ray.
"Lebih dari sangup kalau dengan sayang .. hehehe .. " segera direspon Ray.
"Hehehe .. Thanks Ray .. Lagi 2 hari lag, kita jumpa ya .. Kita date .. hehehe ... " Balas Amylia dengan nada mengoda.