Saiz M

5.8K 37 0
                                    

2 hari sudah pun berlalu. Amylia begitu teruja menunggu hari yang dijanjikan Ray untuk membawanya keluar dating. Sejak kematian suaminya 3 tahun lepas akibat sakit jantung, tidak pernah sekali pun Amylia keluar dengan lelaki bukan mahramnya berdua. Anaknya yang berumur 4 tahun dihantar ke rumah kakaknya dari semalam lagi semata-mata membolehkan dia keluar lama bersama Ray pada hari ini. 

Walaupun Amylia usahawan pakaian wanita, dia buntu mahu memakai baju apa yang sesuai untuk datenya itu. Dia tidak mahu Ray kelihatan seperti anaknya bila keluar nanti. Pelbagai baju telah dicubanya. Namun dia tidak merasa yakin. Akhirnya dia memilih blause labuh berwarna tua dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam berserta dengan tudung yang sedondon dengan bajunya.

"Hrmmm ... Ok ke ni?" Amylia bertanya dirinya sendiri.

Amylia berasa tidak yakin dengan pemilihan bajunya, akhirnya dia membuat keputusan untuk menghantar gambarnya kepada Ray untuk menanyakan pendapat lelaki yang mengajaknya dating itu. Setelah menghantar gambarnya, Amylia terus menelefon Ray.

"Assalamualaikum .. Ray dapat gambar yang saya hantar?" Amylia terus menyoal.

"Waalaikumusalam .. Dapat.. Sayang nak pakai baju tu ke?" Ray menduga

"Yaa ... Ok tak?" Soal Amylia kembali.

"Aaaa .. Nak jujur?" balas Ray.

"Yes please ... " jawab Amylia ringkas.

"Sayang pakai saiz L kan? Nampak tak sesuai la .. hrmmm .. macam ni la .. Ray pilihkan baju untuk sayang based on baju-baju yang sayang post kat FB tau .. tapi wajib pakai saiz M tau .. " komen Ray

"Alaaa ... Ttaknak la sendat-sendat... Mmalu la ... " balas Amylia 

"Alaaa ... Nak malu apenya?? Kan sayang dating ngan Ray .. Bukan sayang pilih baju dedah­dedah pun .. Sayang ikut cakap Ray ea .. " pujuk Ray.

"Ok Ray .. saya ikut cakap Ray .. " jawab Amylia nada beralah.

10 minit kemudian, Ray menghantar gambar salah 1 koleksinya kepadanya. Amylia menjadi gementar melihat pakaian itu. Walaupun baju itu tidaklah seksi, tetapi untuk memakai pakaian yang lebih kecil yang biasa dia pakai membuatkan dia semakin gemuruh.

Tepat jam pukul 11 pagi, Ray sampai di depan rumah Amylia untuk menjemput pasangan datenya dengan mengunakan kereta BMW 5 series milik daddynya. 5 minit selepas membuat pangilan telephone, kelibat Amylia kelihatan keluar dari rumahnya menuju ke arah Ray. Ray tesenyum lebar melihat pasangannya itu bergaya seperti yang disarankan.


AlphaWhere stories live. Discover now