Malamnya Ray sudah pun rasa sembuh sepenuhnya. Dia kembali mengikut Ustaz Fauzi untuk berjemaah di madrasah pada waktu Magribnya. Ray tak sangka rupa-rupanya berita dirinya demam telah pun diketahui oleh kebanyakan warga madrasah. Ramai juga kagum dengan betapa cepatnya demam Ray kebah.
Jujurnya Ray tidak senang dengan hal ini. Dia tidak suka hal privasinya jadi bahan bicara orang kampung. Namun dia perlu terima hakikat bahawa ini adalah adat tinggal di kampung kecil.
Perkara kecil pun boleh jadi sensasi jika tak kene cara. Ray mengingatkan dirinya supaya lebih berhati-hati agar perkara yang tidak sepatutnya menjadi bahan bualan penduduk kampung.
"Fuh .. Ni baru demam .. kalau kene tangkap basah ni.. masak aku .. " bisik hati Ray.
Selepas Maghrib berjemaah, Ustaz Lokman memberikan tazkirah sementara menungu waktu lsyak. Selepas lsyak, Ray terpaksa menungu Ustaz Fauzi menyelesaikan urusan madrasahnya sebelum beransur pulang. Sedang Ray menungu Ustaz Fauzi diluar surau, bahunya ditepuk dari belakang oleh Cikgu Zaim.
"Tunggu Ustaz Fauzi ke Ray?" Tegur Cikgu Zaim.
"Haah .. Tunggu Ustaz .. katanya ada hal sikit tadi.. Cikgu nak kemana ni? Macam pendekar dah saya tengok?" balas Ray.
"Hahaha .. Ustaz tu biasa la .. Takda Hj Rashid, banyak la dia nak kene uruskan .. Aku nak gi mengajar silat kat budak-budak jap gi.. nanti ko dah sihat betul-betul, leh la join sekali.. badan ko ni sedap bersilat ni.." Ucap Cikgu Zaim sambil menepuk belakang Ray
"lnsyaallah Cikgu .. " Balas Ray ringkas.
Sejurus kemudian Ustaz Fauzi keluar dari surau. Setelah bersembang seketika, Cikgu Zaim berundur diri untuk ke gelangang silatnya sedangkan Ray dan Ustaz Fauzi pula beransur pulang ke rumah. Sesampai sahaja di rumah, Ustazah Roshana menyambut kepulangan mereka dengan menghidangkan air kopi panas dan biskut kering sebagai kudapan lewat malam. Setelah menjamah beberapa keping biskut dan menghirup habis secangkir kopi yang dihidangkan, Ray beransur ke bilik.
Besoknya Ray sudah mula mengikut Ustaz Fauzi pergi ke madrasah. Dari Subuh lagi Ray hanya mengekori kemana sahaja Ustaz pergi. Dari ke surau hinggalah ke kelas. Niat Ustaz membawa Ray hingga ke kelas adalah supaya Ray juga boleh menimba ilmu agama sedikit sebanyak bersama pelajar-pelajarnya yang lain ketika dia mengajar. Bagi Ray, menarik juga dia mengikut aktiviti Ustaz. Terasa kenangannya sebelum ditendang dari madrasah 4 tahun lalu diimbau kembali.
Walaupun bunyinya seakan kenangan pahit. Tapi sebenarnya Ray sangat seronok bersekolah disitu pada mulanya. Tenaga pengajar yang baik, suasana yang tenteram, dan juga rakan-rakan yang menyenangkan. Namun semua itu berubah sekelip mata apabila dia terjebak dengan suatu hal. Ray bertindak mengikut amarahnya dan memukul anak penghulu tanpa memikirkan akibatnya. Disebabkan itu, Ray dibuang sekolah. Ayahnya merasa malu dengan tindakannya itu. Tak disangka, akhirnya harini dia kembali berada di Madrasah yang pernah menyingkirkannya dahulu.
Pada belah petangnya pula, tiada aktiviti yang dibuat Ustaz. Ray hanya bersantai menonton TV di ruang tamu. Sekali sekala kelibat Ustazah Roshana menarik perhatiannya. Walaupun Ustazah sentiasa memakai pakaian longgar, namun bentuk badannya yang montok itu mustahil untuk disoroknya. Ray tetap tenang menghadapi situasi ini, dia tidak mahu cepat melatah.
Makan malam di sini adalah seawal pukul 6.30 petang. Selepas makan, mereka akan kembali ke madrasah hinggalah habis lsyak. Ray terpaksa membiasakan diri dengan jadual makan barunya itu. Bukan sahaja waktu makan, jadual tidurnya juga berubah drastik sejak tinggal disini lagi.
Sudah seminggu lebih Ray menetap di kampung. Perlahan-lahan Ray dapat menyesuaikan diri. Walaupun Ray tidak dapat enjoy seperti kebiasaan yang dilakukannya di bandar, namun dia sedar yang dirinya semakin tenang di kampung ini. Kemesraan orang kampung yang pada awalnya dianggap sebagai menyebok, kini mula disenangi oleh Ray. Pada waktu petang, Ray gemar menyapu laman rumah atau membuat aktiviti fizikal lain.
Pada hujung minggu, Ray berpeluang berjalan-jalan sekitar kampung. Dia menghabiskan masanya menikmati keindahan flora dan fauna yang indah di sekitar madrasah. Baginya kampung itu masih sama seperti yang ditinggalkan pada 4 tahun lepas. Aman dan nyaman. Tempat kegemarannya juga masih belum terusik. Ray bersorak ria saat mendapati sungai yang menjadi tempatnya menyegarkan badan ketika bergelar pelajar Madrasah itu masih tidak berubah. Puas Ray bermandi manda sendirian sehingga matahari sudah meninggi.
Ustaz Fauzi turut lega melihat kelakuan Ray sepanjang anak muda itu diletakkan dibawah jagaannya itu. Sering juga Dato Azman menghubunginya untuk menanyakan hal anaknya itu. Pada Ustaz, Ray bukan sahaja tidak menyusahkannya, sebaliknya banyak kerja rumah yang telah dibantu oleh anak Dato Azman itu. Tak cukup dengan itu, terlihat Ray seakan senang bergaul dengan warga madrasah lain. Lega Dato Azman mendengar komen dari Ustaz Fauzi tentang anak tunggalnya itu.