Demam

5.3K 39 0
                                    

"Knock .. Knock .. Knock .. " Bunyi pintu Ray diketuk. 

"Ray .. Owh Ray .. bangun .. Jorn Subuh kat Madrasah .. !" Suara Ustaz Fauzi sedikit meninggi cuba membangunkan anak muda yang disangkakan masih lena di ulit mimpi. 

Setelah beberapa kali memanggil Ray namun tidak disahut, Ustaz Fauzi cuba membuka pintu bilik Ray sendiri. Pintu terbuka setelah Ustaz cuba memutar tombol pintu kerana Ray sememangnya tidak mengunci pintu biliknya malam semalam. Ustaz Fauzi membuka lampu bilik. Terkejutnya melihat Ray sedang berselubung diatas katil seakan kesejukan. Ustaz kemudian meletakan tangannya didahi anak muda itu.

"Ya Allah .. Panasnya .. Ni demam ni.." Getus hati Ustaz.

"Ray, Ray demam ni.. tengah hari karang, lepas kelas, Ustaz bawak pergi klinik ya?" ucap Ustaz pada Ray setelah mengejutnya dari tidur.

"Eh, tak payah la Ustaz .. demam sedikit je ni.. makan Panadol pun cukup kut.." balas Ray lemah.

"Ok.. kejap, Ustaz cari Panadol kejap .. " Ucap Ustaz sambil bangkit keluar bilik mencari isterinya.

"Sayang .. Ray demam tu .. kene hujan semalam punya hal kut.. Sayang bagi dia ubat Panadol dulu ya .. a bang nak bersiap kejap .. " Ucap Ustaz pada Ustazah Roshana yang sudah bersiap memakai kain telekung untuk ke madrasah.

"Huh? Teruk ke bang?? Bawak gi Klinik la bang .. " Ucap Ustazah Roshana cemas

"Hrmmm .. Memang abang rancang nak bawak klinik pun tengah hari ni.. tapi dia tak nak .. takpa .. awak bagi je dia ubat dulu .. kalau demam dia tak kebah jugak, saya hantar dia jumpa doctor lepas kelas nanti .. lagi pun pagi-pagi buta ni mana ada klinik bukak .. " Terang Ustaz Fauzi.

"OK la bang .. Abang bersiap la dulu .. nak dekat subuh ni.. saya nak bagi ubat Panadol dekat Ray .. " Balas Ustazah Roshana. 

Ustazah mengambil peti ubatnya dan diambil 2 biji Panadol. Kemudian dia membawa segelas air suam untuk diberi pada Ray. Dilihatnya Ray masih lagi berselubung kesejukan didalam selimut. Ustazah menghampiri Ray dan meraba dahi anak muda itu dengan berlapikkan kain telekung.

"Panasnya dahi kamu Ray .. kene pergi klinik ni.. bahaya biar macam ni.." Ucap Ustazah yang kelihatan panik kembali.

"Tak pe Ustazah .. dapat Panadol nanti ok la .. biasa je ni.." Ray cuba menenangkan Ustazah Roshana.

"Hrmmm .. Nah makan ni.."Ustazah Roshana menyuap 2 biji Panadol ke mulut Ray dengan mengunakan sudu, sebelum menyuap gelas air kepadanya pula.

"Gulppp .. Terima Kasih Ustazah .. " Ucap Ray lembut.

"Ok .. Ustaz dengan Ustazah nak pergi Madrasah .. Lepas subuh Ustazah balik ya .. Ustazah tak de kelas pagi ni.. Ray rehat dulu tau .. " Ucap Ustazah sebelum berundur dari bilik Ray.

Sesudah itu terlihat suaminya sudah pun siap memakai serbannya dan bersiap untuk keluar ke madrasah. Ustazah mengikut suaminya keluar untuk menunaikan kewajiban sembahyang subuh secara Jemaah. Sesampai di surau madrasah, para Jemaah sudah pun menanti Ustaz Fauzi untuk mengimamkan subuh.

Sesudah mengaminkan doa selepas subuh oleh suaminya, Ustazah Roshana bergegas pulang ke rumahnya. Dia risau akan kesihatan Ray yang baru sahaja hendak memulakan hidup baru di sini. Sesampai sahaja di rumah, Ustazah Roshana terus memeriksa Ray dibilik. Ray masih lena. 


Pada mulanya, Ustazah berniat untuk membantu Ray menunaikan solat Subuh. Namun tak sampai hati pula hendak mengejut orang sakit tidur. Dirabanya dahi Ray sekali lagi. Nampaknya masih belum kurang demamnya. Ustazah berundur kembali dari bilik Ray dan terus membuat kerja rumah. 

Sekitar pukul 10 pagi, Ustazah Roshana baru selesai menyapu rumah. Dia duduk berehat diruang tamu. Walaupun dia dirumahnya sendiri, dia tetap menutup auratnya dengan sempurna memandangkan Ray juga dirumahnya. Namun begitu, pada Ustazah itu bukan lah masalah baginya. Menutup aurat tidak pernah diangapnya sebagai 1 beban.

Ustazah tetap kelihatan santai diruang tamu dengan kain batik dipingang serta berbaju lengan panjang longgar dilengkapi dengan tudung bawal labuhnya. Hatinya tetap merasa bimbang akan kesihatan Ray. Sedang dia duduk termenung di ruang tamu, telephonenya berdering. Terpapar wajah suaminya di layar skrin phoneya.

"Asalamualaikum .. Sayang .. Ray macam mana?" Suara Ustaz Fauzi kedengaran.

"Waalaikumusalam .. Ntah la bang .. dari tadi tidur je .. Pukul 9 pagi tadi saya check badan dia masih panas macam sebelum subuh tadi.. Risau la bang .. nanti kita bawak dia gi klinik ya?" Terang Ustazah Roshana pada suaminya.

"Hrmmmm .. Takleh biarkan dia tidur je .. Dia kene mandi.. makan .. baru segar sikit badan dia .. Saya ada kelas sampai zohor ni.. risau pulak kalau demam dia makin melarat kalau dibiarkan begitu je .. " ucap Ustaz Fauzi.

"Kalau dia tak larat mandi camne bang?" Soal Ustazah Roshana.

"Awak amik la tuala .. Rendamkan ngan air suam .. Suruh dia lap 1 badan dia .. bagi dia segar sikit.. Awak tolong-tolong la dia sikit.. lap kat bahagian belakang dengan kepala dia .. bahagian yang dia tak sampai.." Saran Suaminya.

"lshk .. Takpa ke bang?" Ustazah Roshana meminta kepastian.

"Takpa .. Ayah dia kan dah amanatkan kita untuk jaga Ray .. Kita kene pegang amanah yang diberikan tu .. Abang bimbang kalau demam Ray makin teruk sebelum gi klinik nanti .. Tak pasal-pasal kene gi Hospital pulak .. " Ustaz Fauzi meluahkan rasa kebimbangannya. 


"Baiklah bang .. Nanti saya akan pujuk Ray mandi dulu .. Kalau dia tak larat, saya lapkan badan dia ya .. " Balas Ustazah Roshana. 

AlphaWhere stories live. Discover now