Seminggu sebelumnya ..
Haji Rashid sedang berceramah mengenai kitab hadis kepada para pendidik di Madrasah selepas menunaikan Solat Asar secara berjemaah. Dia sedang duduk bersila di tenga-htengah surau Madrasah sambil dikelilingi oleh belasan Ustaz dan guru lelaki kusyuk mendengarnya menyampaikan ilmu. Ceramah Haji Rasyid kali ini sedikit santai. Sekali sekala Haji Rasyid menyelitkan sedikit jenaka dalam ucapannya sehingga membuatkan jemaah yang hadir tertawa.
Sedang majlis ilmu sudah hampir separuh jalan, Ustaz Fauzi baru menyertai jemaah untuk mendengar ceramah Haji Rasyid. Namun wajahnya kelihatan murung, Ustaz Fauzi seakanakan tidak menumpukan perhatian terhadap ilmu yang disampaikan gurunya. Haji Rasyid sedar akan kelainan pebantu kanannya itu, namun dia tetap meneruskan ceramahnya. 40 minit kemudian, majlis perkongsian ilmunya pun selesai. Para jemaah bersurai dan pulang kerumah masing-masing. Haji Rasyid juga bersiap mahu pulang kerumahnya. Hajah Zulaikha dan Ustazah Roshana pula menunggu Haji Rasyid untuk pulang bersama di gazebo berdekatan dengan gate Madrasah. Sememangnya Ustazah Roshana sentiasa pulang bersama kerana rumah mereka bersebelahan.
"Assalamualakum Haji..maafkan saya .. ada hal yang nak saya bagi tahu .. " ucap Ustaz Fauzi ketika menghampiri Haji Rasyid yang sedang jalan bertiga untuk pulang kerumah.
"Waalaikumusalam .. ada apa Fauzi?" balas Haji Rashid sambil tetap berjalan.
"Pasal Ray .. " Jawab Fauzi rngkas. Keempat-empat mereka terhenti seketika. Dahi mereka berkerut sebentar seperti mengimbau masa lampau. Ternyata nama itu masih mengingatkan mereka tentang sesuatu.
"Ray? Rayza? Satu-satunya pelajar yang pernah Madrasah buang dulu? Kenapa dia?" Ustazah Roshana bersuara dan mengajukan pelbagai soalan kepada suaminya.
"Ya .. Si Rayza tu .. tadi Dato Azman call..ada benda dia nak saya tolong .. " jawab Ustaz Fauzi.
"Sudah .. bincang dekat rumah saya je .. " kata Haji Rashid dan terus menyambung berjalan kembali sebelum yang lain juga mengikut langkahnya. Sesampai di rumah Haji Rasyid, terlihat dua bagasi besar terletak disudut ruang tamunya. Sebenarnya Haji Rasyid dan isterinya bakal berangkat ke mesir pada besok hari demi melawat kedua putra mereka yang belajar di University AI-Azhar. Selepas itu juga, mereka merancang untuk mengerjakan haji buat kali ke-3.
Hal ini membuatkan mereka bakal meninggalkan madrasah selama hampir 2 bulan. Sepanjang ketiadaan mereka nanti, Haji Rasyid telah pun mengamanahkan Ustaz Fauzi mengetuai madrasah. Ustaz Fauzi berbesar hati menerima amanah itu. Ustaz Fauzi mula menceritakan hal sebenar kepada mereka setelah duduk sebentar di ruang tamu. Mereka terkejut mendengar Ustaz Fauzi menerangkan tentang hasrat Dato Azman yang mahu menghantar Ray untuk diasuhnya selama setahun.
Secara peribadi, Ustaz Fauzi mahu menolak bulat-bulat permintaan Dato Azman kerana dia tahu sifat nakal Ray yang suka membuat masalah itu. Dia percaya kalau dahulunya nakal, pasti sekarang lebih nakal. Jika tidak, pasti Dato Azman tidak akan memintanya mengasuh Ray. Dia bimbang kehadiran Ray bakal mengugat keharmonian madrasah. Dia berharap Haji Rashid dapat membantunya menolak permintaan Dato Azman.
"Tuan Haji ingatkan apa Ray pernah buat? Dia pukul anak penghulu kampung ... Nyaris tok penghulu nak boikot madrasah kita .. sebab tu la kita buang Ray dulu .. kita tak boleh terima balik.." Kata Ustaz Fauzi untuk meyakinkan Haji Rasyid.
"Tapi bang .. mana lah tahu kalau-kalau Ray kali ni nak berubah .. sebagai guru, kite kene bantu Ray.. bukan sisih dia .. " Ustazah Roshana menyampuk dan mengutarakan pendapatnya.
Berbeza dengan suaminya, ternyata isterinya mempunyai pendapat yang berlainan. Dia yakin Ray bukanlah senakal yang suaminya sangka. Malah masih segar dalam ingatannya peristiwa 6 tahun lepas ketika penghulu datang marah-marah kerana anaknya teruk dikerjakan Ray. Ray tidak sekali pun menyangkal tuduhan penghulu, sebaliknya mengaku dia yang menyebabkan budak itu cedera teruk. Tok penghulu begitu berang dan mahu melaporkan hal ini pada polis. Mujur Haji Rashid berjaya menenangkannya dan berjanji akan mengenakan hukuman setimpal pada pelajarnya itu. Selepas tok penghulu pulang, Haji Rasyid mengajak hampir kesemua tenaga pengajar Madrasah untuk berbincang tentang Ray. Kesemua tenaga pengajar bersetuju untuk membuang Ray dari madrasah walaupun Dato Azman adalah salah 1 penyumbang dana terbesar disitu. Hanya Ustazah Roshana dan Hajah Zulaikha yang cuba mempertahankan Ray. Dengan berat hati, Haji Rasyid terpaksa membuang Ray setelah mengikut kata sepakat dari tenaga pengajar lain. Mujur Dato Azman faham akan masalah anaknya dan terus menyumbang pada Madrasah.
"Betul tu Abbi..Madrasah sepatutnya adalah tempat mendidik .. Ummi pasti Ray sangat perlukan suasana aman di Mardrasah untuk berubah kepada lebih baik .. Mungkin dia sudahpun menyesal tentang kesilapan dia yang lepas .. " Tambah Hajah Zulaikha pula seperti mempersetujui cadangan Ustazah Roshana. Haji Rasyid tersenyum, bagaikan pendekar dia mengusap-usap janggutnya sambil memikirkan keputusan terbaik untuk bekas muridnya itu.
"Baiklah .. hrmmmm .. kalau Ustaz Fauzi keberatan untuk mengasuh Ray sendiri, tak apa .. saya akan pinta Ustaz Lokman atau cikgu lain yang mengasuhnya .. Saya tak boleh paksa awak mengasuh budak itu .. sebenarnya, kalau kami tidak merancang lebih awal untuk ke mesir dan menunaikan haji kemudiannya .. pasti saya yang akan mengasuh Ray sendiri di rumah ini. .. sebenarnya, saya merasa bersalah membuang anak Dato Azman dari Madrasah 6 tahun lepas .. ini ialah peluang terbaik saya untuk menebus kesalahan saya .. " Ucap Haji Rasyid lembut.
Ustaz Fauzi merasa serba salah. Dia kemudiannya bersetuju untuk mengasuh Ray sendiri di rumahnya. "Baiklah Haji.. saya akan call Dato Azman semula untuk bersetuju .. " kata Ustaz Fauzi kemudiannya. "Bagus .. tapi ingat pesan saya ... kamu harus mengasuh .. bukan terus menghukum .. bukan untuk Ray sahaja .. tapi untuk pelajar lain di Madrasah juga ... saya amanahkan kamu untuk menjaga Ray dan Madrasah ni baik-baik sepanjang ketiadaan kami.." Ucap Haji Rasyid serius. " inshaallah Haji.. saya akan pikul amanah tu baik-baik .. doakan saya disana nanti supaya semuanya lancar" balas Ustaz Fauzi "Hmm .. Hmmmm .. ".Haji Rashid mengangukan kepala. Setelah selesai berbincang, Ustaz Fauzi dan isterinya pun mengundur diri untuk bersiap solat magrib berjamaah di surau nanti. Besoknya, seperti yang dijadualkan, Haji Rashid dan isterinya berangkat ke mesir meninggalkan Madrasah.