"Bini kau dah mati lah, Leftenan Komander!!" Ucap seorang lelaki dengan ketawa yang cukup galak.
Isa memandang dengan penuh marah. Tangannya juga dikepal dengan cukup kemas. Air matanya juga sudah mengalir lebat.
"Kau jangan cabar aku!!!" Jerkah Isa dan mengangkat senjatanya.
Selepas itu kedengaran bunyi sesuatu yang jatuh menghempap bumi. Darah juga mula mengalir dengan begitu banyak.
'Saya tak kan tinggalkan awak,' bisiknya di dalam hati dengan air mata yang mengalir.
🌻
Bunyi deruan ombak memecah hening pagi itu. Dua orang insan berjalan dengan langkah yang santai di tepi pantai. Udara segar pada pagi itu cukup mendamaikan hati sesiapa sahaja yang menghirupnya.
Kaysa berjalan sambil bermain dengan air laut itu. Sandlenya pula dipegang oleh lelaki di sebelahnya.
Isa memandang ke arah Kaysa dengan rasa cinta. Mereka berdua baru sahaja seminggu bernikah. Dan sekarang mereka berdua bercuti di Pulau Perhentian itu sebagai honeymoon.
"Isa, tengok ni!" Kaysa menayangkan satu cengkerang yang retak di bahagian tengahnya.
"Dah retak." Isa memegang cengkerang yang diberikan oleh Kaysa.
"Awak rasa boleh baiki ke?"
"Macam mana nak baiki? Kan dah pecah dekat tengah," balas Isa.
"Kan. Kalau sesuatu perkara tu memang tak boleh dibaiki, awak nak buat macam mana?" Teka Kaysa tiba-tiba.
"Saya tetap akan usaha untuk baiki kalau benda tu adalah barang kesayangan saya." Isa tersenyum tipis.
"Tapi kan boleh beli baru."
"Baru dan lama tu tak sama. Yang lama lebih bermakna buat kita."
Kaysa terus menarik senyum. Dia berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Isa. Tiba-tiba wajahnya terkena percikan air laut. Kaysa terus membulatkan matanya apabila memandang ke arah Isa yang sudah tergelak.
"Oh...main kasar ya," ucapnya dan membalas semula.
Hanya suara gelak tawa mereka sahaja di pantai itu. Hari juga masih pagi. Tidak ramai pengunjung yang ke pantai pada saat itu.
🌻
Isa menundukkan kepalanya ke bawah. Dia menarik nafas sebelum mengangkat wajahnya kembali. Wajah isterinya ditatap dengan senyuman tipis.
"Ini ke pilihan awak?" Soal Isa dengan rasa yang sukar ditafsir.
"Rasa cinta antara kita berdua dah takde Isa. Sia-sia kalau kita teruskan," balas Kaysa dan tersenyum kelat.
"Jadi awak nak kita berpisah?"
"Itu sahaja caranya daripada kita berdua sakit hati."
Kaysa merenung dalam wajah Isa yang berubah kendur. Wajah penat lelaki itu masih tersisa di wajah.
"Kalau itu yang awak rasa terbaik buat kita berdua. Kita pisah..."
Suasana di dalam ruang makan mereka langsung berubah. Seolah-olah malam berkunjung tiba. Tiada sinar yang hadir saat itu lagi.
🌻
"Adakah rasa sayang ini muncul agak lambat padamu, buah hatiku,?"
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...