BAB 36 🌻

2.4K 194 33
                                    

DI DALAM kereta, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Kaysa mula berasa tidak selesa. Berasa seperti dirinya pula yang membuat salah.

"Kenapa awak senyap?" Soal Kaysa selepas puas menahan diri daripada menyoal.

"Sebab awak senyap. Kalau saya bercakap nanti, awak minta saya senyap pula," balas Isa dengan tenang.

Kaysa terus mencebik. Ada betulnya juga ayat Isa itu. Dia kan memang suka potong ayat Isa.

"Awak suka ke dengan perempuan tadi tu?" Soal Kaysa. Mahu mencari point untuk bergaduh je sebenarnya.

Mereka berdua sudah bergerak ke Ipoh. Isa bercadang untuk membawa Kaysa berjalan-jalan di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada hari esok.

"Tak suka," jawab Isa laju.

"Ya ke? Dia kan anak Kepten. Mesti nama awak akan jadi lebih boom sebab jadi menantu Kepten," uji Kaysa.

"Kepten atau sesiapa pun, darjat mereka tetap sama di hadapan Allah. Kenapa perlu kisahkan nama kita di mata orang lain? Apa yang penting keikhlasan hati kita dalam terima seseorang. Lagipun saya dah ada isteri dekat sebelah saya ni. Buat apa nak cari perempuan lain lagi?" Soal Isa kembali.

"Lagipun perempuan tu cantik. Tak terasa apa-apa ke?" uji Kaysa lagi.

"Maksud cantik yang awak cakap ni adalah tentang nafsu ke Kaysa?" Tanya Isa semula.

Kaysa terdiam. Terasa seolah ditampar dengan soalan sendiri pula.

"Kalau kita tengok kecantikkan seorang wanita itu dengan nafsu, itu bukan cinta namanya. Tapi lebih kepada nak lunaskan keinginan seorang lelaki sahaja. Semua yang bernafas di muka bumi ni semuanya cantik. Ciptaan Allah itu sentiasa sempurna. Hanya mata manusia sahaja yang sering membanding-bandingkan antara satu sama lain. Cuba fikir positif bila kita perhatikan seseorang. Adakah kita ikhlas dengan mereka dalam berkawan atau bercinta hanya kerana paras rupa mereka? Kaysa macam tu ke?" Soal Isa semula.

"Takde lah. Kebanyakkan lelaki kan suka tengok perempuan cantik. Macam awak. Paras rupa kacak. Mestilah awak rasa bangga diri sikit kan?"

"Jadi Kaysa suka dekat saya sebab paras rupa saya ke?"

Soalan Isa bagaikan perangkap buat Kaysa. Kaysa terus menggigit lidahnya kerana tutur katanya tadi.

"Itu bonus sahaja. Tapi saya tertarik dengan awak sebab personaliti awak."

"Personaliti saya ya? Megat, Zaki, Dani dan yang lain cakap saya ni dingin. Hati beku. Tak pandai nak berkata-kata. Jadi personaliti saya yang mana yang berjaya tawan hati Kaysa tu?" Tanya Isa lagi.

"Isa..." Rengek Kaysa apabila dia sudah kehilangan ayat.

"HAHAHA. Saya sengaja je nak uji awak. Tak sangka pula awak checkmate. Tanya saya lagi tentang perempuan tu. Saya kalau setia, memang setia pada yang satu je. Kita dah ada isteri dan suami yang baik pun dah cukup syukur," tutur Isa dan membelok ke arah kanan.

"Sorry Isa. Saya cuma cemburu dengan perempuan tu. Boleh pula dia cakap yang saya ni tak cantik. Kecil hati saya bila mendengarnya," luah Kaysa. Kata-kata Hanna masih berlegar di taman otak.

"Itu hanya kata-kata daripada orang yang berada bawah dari kita. Dia cakap sebab nampak Kaysa ni lebih daripada dia. Maafkan dia ya Kaysa. Saya tak nak isteri saya ni berdendam dengan orang."

"Saya maafkan dia demi awak. Tapi dia tu dah nak 30 tahun pun sepatutnya hormat orang lain. Kena cabai dekat mulut baru tahu. Dia tak kenal lagi siapa Kaysa Jameela," ucap Kaysa sambil menahan geram.

"HAHAHA. Jangan risau, lepas ni saya akan ada dengan awak kalau dia muncul. Saya takkan benarkan dia pisahkan kita dengan benda macam ni."

"Okay. Saya percaya dekat awak. Ini kita dah nak sampai Ipoh ke?" Soal Kaysa dengan rasa teruja.

"Dalam 30 minit lagi sampailah. Kita check in hotel dulu baru kita pergi makan. Boleh? Ke awak dah lapar sangat?" Soal Isa dengan nada risau.

"Saya okay je. Tapi awak boleh tahan ke? Awak tak makan dari tengah hari tadi."

"Boleh je tahan. Don't worry. Kita kan dah biasa berpuasa."

Isa terus memandu dengan tenang di atas jalan raya itu. Kaysa sudah tidak sabar-sabar untuk berjalan-jalan di ibu negeri Perak itu. Malah bersama dengan Isa pula, lagilah dia berasa seronok.

🌻

KAYSA terus merebahkan badannya ke atas katil. Mereka berdua baru sahaja sampai di sebuah hotel yang sudah ditempah oleh Isa. Mujurlah bilik itu agak selesa dan luas.

"Sakit perut lagi ke?" Soal Isa dan duduk di sebelah Kaysa. Tangannya terus mengurut pinggang Kaysa.

"Geli lah Isa," ucap Kaysa dan bangun semula. Jujurnya dia segan dengan cara Isa itu. Dup dap dup dap sahaja jantungnya.

"Sakit lagi perut?" Soal Isa sekali lagi.

"Tak sakit dah. Mungkin sebab awak yang sapu minyak angin pagi tadi," ucap Kaysa dan tersenyum.

"Alhamdulillah. Saya nak bawa awak pergi makan steamboat ni. Saya dah tempah meja kita dekat sana." Isa bangun dan menanggalkan bajunya tiba-tiba.

"Kenapa awak tanggalkan baju pula ni? Kata nak pergi makan steamboat?" Kaysa mula berasa resah.

"Kaysa. Kita berdua masih belum solat Zuhur. Dah nak masuk asar ni. Saya nak pergi mandi," jelas Isa dan menjentik perlahan dahi Kaysa.

Kaysa terus terdiam. Dia hampir terlupa dengan benda wajib itu.

"Ke awak nak mandi dengan saya?" Soal Isa dan merendahkan badannya bagi mengadap Kaysa yang sedang duduk di birai katil itu.

"Awak nak ke?" Balas Kaysa. Sengaja mahu mengusik.

"Saya okay je. Awak fikir saya tak suka ke? Saya lagi suka," ucap Isa dan memegang tangan Kaysa.

"Tak nak. Saya tak nak! Saya bergurau je," ucap Kaysa dengan kalut sambil memukul perlahan tangan Isa di lengannya.

"Tahu takut. Jangan uji kekasih awak ni Kaysa Jameela. Dia dah lama bersabar," tutur Isa dan masuk ke dalam bilik air.

Kaysa terus terduduk di atas katil. Berasa mahu meletup jantungnya saat itu. Kenapalah Isa menjadi semakin romantik sekarang?

Mereka berdua menunaikan solat Zuhur bersama-sama. Selepas itu, Isa berpusing mengadap Kaysa di belakangnya.

"Tak boleh salam lagi. Saya nak jaga wuduk untuk solat Asar," ucap Kaysa dan memeluk telekungnya.

"HAHAHA. Saya baru nak cium dahi isteri solehah saya ni. Tak boleh eh?" Usik Isa dan tersenyum.

"Kalau berlapik bolehlah." Kaysa terus meletakkan hujung telekungnya di dahinya.

"Haa ciumlah sambil berdoa untuk saya," tutur Kaysa dan tersengih.

Isa hanya tergelak kecil dan mencium dahi Kaysa yang beralas dengan kain telekung itu. Selepas itu dia terus mencuit hidung Kaysa.

"Isa!!!" Jerit Kaysa dan memukul dada Isa.

Apa bezanya dia meletakkan kain telekung di dahinya tadi? Wuduknya sudah terbatal saat itu juga.

"HAHAHA. Saya nak pergi ambil wuduk semula," ucap Isa dan terus berdiri.

Sebelum ke bilik air, pipi Kaysa menjadi mangsa kucupannya sebelum tawa Isa bergema sewaktu dia berjalam ke bilik air.

Kaysa terus membebel seorang diri. Mahu tidak mahu dia tetap perlu mengambil wuduk semula. Azan Asar juga sudah berbunyi. Tetapi di dalam hati, dia sudah mahu menjerit suka. Cara Isa itu sahaja sudah membuatkan dia bahagia.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now