KAYSA menyapu ubat di luka yang berada di belakang tubuh Isa. Luka itu juga mula berubah ke warna biru yang menunjukkan tanda lebam. Tangannya juga menggigil saat menyapu ubat tersebut.
Tiba-tiba Isa berpusing sehingga membuatkan Kaysa tersentak. Dia agak terkejut dengan renungan Isa padanya saat itu.
"Don't worry. Saya dah terbiasa dengan semua ni," ucap Isa dan memegang tangan Kaysa.
"Kenapa awak pergi halang crane tu daripada hempap saya? Badan awak penting untuk kerja awak," bebel Kaysa dengan mata yang berair.
"Jantung saya akan berhenti kalau awak yang kena hempap. Saya tak nak awak rasa sakit. Selagi saya mampu untuk lindungi awak, saya akan lakukan," balas Isa dengan lembut.
"Kenapa? Kenapa awak..."
Belum sempat ayatnya habis, air matanya mengalir ke pipi. Dia berasa cukup sedih apabila melihat kesan di belakang tubuh lelaki itu.
"Jangan lah nangis. Saya tak reti nak pujuk. Nak kena peluk ke? Ke nak kena kucup pipi?" Soal Isa dengan nada kalut.
Kaysa terus tergelak kecil apabila mendengar soalan Isa. Malah wajah Isa yang tampak resah itu mencuit hatinya. Dia terus mengambil tangan Isa dan menyentuh pipinya.
"Awak kena lap air mata saya. Dan kalau awak sudi, awak kena peluk saya untuk tenangkan saya." Kaysa tersenyum dengan pandangan kabur ke arah Isa.
Belum sempat Kaysa menjatuhkan semula tangan Isa, tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Isa. Isa terus mengusap lembut belakang tubuh Kaysa. Saat itu juga air mata Kaysa mengalir laju semula.
"Saya akan ada dengan awak lepas ni. Saya janji akan tebus semua masa kita sebelum ni. Saya akan rebut semula cinta awak pada saya yang hampir malap tu. Sebab saya cintakan awak sangat-sangat," ungkap Isa dan mengusap lembut belakang kepala Kaysa.
Kaysa hanya merangkul pinggang Isa dengan tangisan yang masih mendayu. Dia berharap kata-kata itu membuahkan hasil di hujungnya nanti.
🌻
"OKAY dah siap," ucap Kaysa selepas meletakkan ubat di tempat luka Isa.
Hatinya juga berasa sayu apabila melihat beberapa kesan parut lama yang sudah bertatah di belakang badan Isa. Dia sendiri tidak tahu operasi apa yang dilakukan oleh Isa selama ini.
"Terima kasih." Isa terus menyarungkan bajunya semula.
Selepas itu dia memandang ke arah Kaysa yang berwajah muram. Dia sudah pelik saat itu. Takkan Kaysa berasa sedih lagi? Tadi dah menangis 10 minit. Gumamnya sendiri.
"Apa yang awak buat selama ni Isa sampai badan awak berparut?" Soal Kaysa.
"Terlalu banyak kalau nak cerita. Tapi inilah saya. Pejuang dan pelindung untuk negara. Luka macam ni dah biasa saya hadap. Awak jangan risau. Saya ni kebal. Kalau kena gigit dengan harimau pun tak berbekas," ucapnya penuh bangga.
Kaysa membuat muka menyampah. Poyo je.
Selepas itu, Kaysa terus menggigit lengan Isa sekuat hati. Isa terus menjerit sekuat hati kerana terkejut dengan tindakan drastik Kaysa itu.
"Itu. Dah berbekas!" Tekan Kaysa dan berlalu masuk ke dalam bilik air.
Isa terus tercengang apabila melihat kesan gigi di lengannya itu. Kemain dalam Kaysa menggigit. Kulitnya pula agak keras dan tebal.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
عاطفية-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...