BAB 10 🌻

2.5K 140 2
                                    

KAYSA menyalam tangan Puan Jihan. Uminya itu akan pulang ke Kuala Lipis sebentar sahaja lagi. Suasana di stesen bas itu juga sentiasa riuh dengan orang yang datang. Semuanya mempunyai hala tuju untuk berangkat ke sesuatu tempat.

"Sorry Umi. Kakak tak dapat nak hantar Umi balik kampung," ucap Kaysa sambil memegang kedua-dua belah tangan Puan Jihan.

"Tak apa. Umi faham. Kakak kan busy sekarang. Dapat jumpa anak Umi ni pun dah cukup." Pipi Kaysa dielus lembut.

Kaysa tersenyum tipis. Rasa dirinya dikasihi oleh Uminya itu. Sudah lama dia tidak dilayan seperti itu. Usianya juga sudah melepasi angka 30, mahu dimanjakan, dia berasa malu.

"Kakak jaga diri baik-baik ya. Jangan terlalu percayakan orang lain sangat. Umi harap Isa dapat pulang dengan cepat," pesan Puan Jihan.

Pengharapannya cukup tinggi supaya menantunya lekas pulang. Dia hanya percayakan Isa untuk menjaga keselamatan Kaysa saat itu.

"InsyaAllah Umi. Maleeq ada untuk jaga Kakak. Miranda dengan Suraya pun ada." Kaysa cuba menyedapkan hati Puan Jihan.

Puan Jihan hanya mengangguk lemah. Dia dapat melihat Maleeq yang sedang menunggu di kereta milik syarikat Kaysa itu. Hatinya risau jika anak sulungnya itu terkait dengan lelaki itu. Fitnah cukup mudah tersebar pada zaman ini.

"Umi gerak dulu ya. Apa-apa hal call Umi. Jangan call waktu Kakak dah dalam masalah besar," nasihatnya sekali lagi.

"Baik Umi. Umi jaga diri baik-baik ya. Nanti Kayza balik, Umi beritahu Kakak tau," ujarnya untuk mengingatkan Puan Jihan.

"Okay Kakak. Assalamualaikum."

Puan Jihan berlalu pergi ke arah basnya selepas bersalaman dengan Kaysa. Kaysa sempat melambai ke arah Puan Jihan dengan rasa sebak di dada. Dia berasa sunyi selepas melihat Puan Jihan masuk ke dalam bas.

🌻

DI DALAM kereta, hanya bunyi lagi daripada radio sahaja yang berbunyi. Kaysa pula masih serius dengan kerjanya di dalam ipad. Maleeq juga berasa sedikit takut untuk menegur Kaysa yang berada di tempat duduk belakang. Wajah tegang Kaysa itu dapat dilihat dengan jelas dari cermin kereta itu.

"Pelaku tu dah jumpa ke?" Soal Kaysa tiba-tiba.

"Err...masih belum Cik Kaysa. Pihak polis masih cuba mencari. Cctv dekat basement pun tak dapat tunjuk muka dia sebab dia pakai hoodie hitam dengan mask hitam," jela Maleeq.

Itulah laporan yang dia terima pada pagi tadi. Dia yakin pasti Kaysa akan bertanya tentang hal itu.

"Kereta saya pula? Awak tahu tak macam mana keadaan dia?" Soal Kaysa lagi.

"Kereta tu masih dalam bengkel Cik Kaysa. Mereka cakap dalam beberapa minggu baru siap baiki semuanya."

Kaysa mengeluh perlahan. Pemandangan di luar kereta dipandang dalam. Dia tidak mahu menukar kereta lain. Kereta itu dihadiahkan oleh Isa buatnya sebagai hantaran kahwin mereka. Kereta itu terlalu berharga bagi dirinya.

Kereta yang dipandu oleh Maleeq terus meluncur masuk ke kawasan parking syarikat besar itu. Pada pagi itu, Kaysa mempunyai mesyuarat bersama kru-kru produksi lain berkaitan dengan drama baru nanti.

"Terima kasih," ucap Kaysa apabila pintunya dibuka oleh Maleeq.

Maleeq hanya tersenyum tipis. Dia berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi bodyguard buat Kaysa. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pengarah paling muda di Malaysia itu?

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now