KAYSA menayangkan wajah ketatnya sejak duduk di atas katil. Isa sudah berasa pelik. Apa pula kali ini yang mahu diamukkan oleh Kaysa?
"Kenapa muka ketat macam ni?" Soal Isa dan duduk bersila di hadapan Kaysa.
"Saya lapar..." Rengek Kaysa dengan mata yang berair.
Isa terus ternganga mendengar jawapan Kaysa. Dia fikirkan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
"Kejap ya. Jangan menangis."
Isa terus turun dari katil dan bergerak je meja tengah. Kaysa hanya memerhati sahaja perbuatan Isa yang sedang menyelongkar plastik yang dibawa pulang dari kedai tadi.
"Tada!!!" Ucap Isa dengan nada kekok.
Kaysa yang melihat wajah kekok Isa saat menayangkan dua bungkus roti sardin itu terus tergelak. Dia tidak tahu dari mana Isa belajar untuk membuat kejutan kecil itu. Lelaki itu selalunya serius memanjang.
"Jangan lah gelakkan saya. Saya sedang usaha untuk jadi lelaki kelakar," ucap Isa dan duduk di birai katil hampir dengan Kaysa.
"Makan ni boleh ke? Nak cari nasi goreng macam dah lewat sangat ni." Matanya memandang ke arah jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
"Tak apa. Ini pun dah cukup. Terima kasih Isa." Kaysa terus menyuap cubitan roti dan dimasukkan ke dalam mulut.
Roti sardin itu dimakan dengan penuh selera. Isa hanya merenung wajah Kaysa yang sedang menikmati roti sardin yang dibeli. Terasa dihargai dan berguna pula.
"Yang tu awak nak makan ke Isa?" Soal Kaysa dan menunding ke arah satu lagi roti sardin di sebelah Isa.
"Awak makan lah. Saya dah kenyang," ucap Isa dan membuka plastik roti itu lalu disuakan kepada Kaysa.
Kaysa terus tersenyum lebar dan menyambung kunyahannya. Dia berasa seronok kerana dapat memenuhkan isi perutnya.
"Ini air. Nanti tercekik sardin dalam tekak," tutur Isa selamba dengan huluran air mineral.
"Bukannya dia letak seekor ikan sardin dalam roti ni. Dia orang dah hancurkan dah," bebel Kaysa dengan kata-kata Isa tadi.
"Gurau pun tak boleh lah pengarah filem ni," ejek Isa.
Kaysa hanya menjeling tajam sahaja. Geram pula dia dengan si Isa. Tetapi dia bahagia dengan kehadiran lelaki itu.
Selepas selesai mengunyah roti, mulutnya terus menguap. Badannya sudah letih saat itu. Perlahan-lahan Kaysa berbaring semula.
Isa hanya memerhati sahaja. Tiada pula Isa menegahnya kerana berbaring selepas makan. Selalunya lelaki itu akan bising.
"Tidurlah. Badan awak mesti penat kan. Saya dah buat research tadi kalau perempuan tu period, tubuh dia rasa lemah. Jadi saya tak nak marah awak sebab baring lepas makan. You can sleep now," jelas Isa dan membetulkan comfoter di tubuh Kaysa.
Kaysa mula berasa terharu. Dia tidak sangka Isa sanggup membuat carian di internet. Usaha lelaki itu sentiasa di luar jangkanya saat ini.
"Awak pun baring sebelah saya. Awak mesti penat sebab tunggu saya dekat set pengambaran hari ni," ujar Kaysa dan menepuk sebelahnya yang kosong.
Isa hanya mengangguk dan berbaring di sebelah Kaysa. Tetapi tangan kirinya menongkat kepalanya dan tubuhnya mrngadap Kaysa di sebelah kanannya.
Kaysa menoleh ke arah Isa dan mengerutkan dahi. Apahal pula mamat ni?
"Kenapa tak baring elok-elok? Nanti lenguh tangan awak," tutur Kaysa.
"Saya nak tengok wajah isteri saya ni puas-puas. 2 tahun sebelum ni saya dah sia-siakan semua tu. Jadi sekarang adalah peluang untuk saya tengok."
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...