"ESOK mungkin aku balik Kuala Lumpur. Kenapa Su? Kau takut eh?" Usik Kaysa saat menelefon Suraya.
Sejak dia pergi ke Cameron Highland, Suraya sentiasa menghantar mesej untuk bertanya tentang keadaannya.
"Ish kau ni. Aku prihatin pun tak boleh ke? Merajuk lah," rajuk Suraya mula hadir.
"Eh kau. Jangan nak merajuk ya. Esok aku balik lah jumpa kau. Tapi mungkin aku tak duduk rumah kau dah lepas ni," ujar Kaysa dengan rasa serba salah.
"Takpe. Aku faham. Kau mestilah nak bermanja dengan abang kesayangan kau tu kan. Gue ngerti kok," ucapnya dengan bahasa Indonesia.
"HAHAHAH. Kau jangan nak jadi ulat bulu eh. Aku cuma ikut apa yang berlaku sekarang. Lagipun Isa nampak macam dah berubah sikit," tuturnya dengan nada sedikit berbisik.
Walaupun dia duduk di beranda luar rumah, dia juga perlu berhati-hati. Tambah pula Isa sudah siap membersihkan diri. Risau lelaki itu muncul tiba-tiba.
"Alhamdulillah kalau macam tu. Aku approved kalau Isa tu berubah. Kalau dia tak berubah, aku buka gelanggang jentik kepala sampai lebam," selorohnya.
"Melampaulah kau. Aku nak kena masak ni. Nanti kita jumpa ya."
"Okay Kay. Jaga diri. Kirim salam dekat Umi Jihan dengan adik kau," pesan Suraya.
"Untuk suami aku? Tak nak kirim salam ke?" Soal Kaysa. Pelik.
"Itu kan suami kau. Nanti kau jealous, aku pula yang dipancung. HAHAHA. Bye Kay. Assalamualaikum," laju Suraya mematikan panggilan itu.
Kaysa hanya tergelak dengan ayat Suraya. Mungkin dia akan cemburu. Selepas itu, Kaysa terus masuk ke dalam rumah.
🌻
"KAKAK. Kakak."
Muncul Kayza dengan wajah yang ceria. Kaysa dan Isa yang sedang duduk berehat di ruang tamu terus menoleh ke arah Kayza.
"Nak apa?" Soal Kaysa.
"Jom mandi sungai nak tak?" Ajak Kayza dengan wajah yang penuh berharap.
"Tak nak lah. Kakak period. So tak best," ucap Kaysa dan menayangkan muka bosan. Dia tidak suka melakukan aktiviti lasak sewaktu dia datang bulan. Leceh.
"Alah. Adik bosan lah duduk rumah. Cuti sem ni pun berbaki dua minggu je lagi," ucap Kayza dan berbaring di sofa panjang.
"Jom abang teman." Isa mula menerima cadangan Kayza.
"Huh? Abang serius ke ni? Takkan abang nak tinggal Kakak sorang-sorang pula?" Kayza sudah teruja.
"Awak ikut sekali lah. Main air dekat tepi je. Bolehlah Kaysa. Sekali ni je," rayu Isa dengan senyuman yang cuba dilebarkan walaupun nampak kekok.
Kaysa mengeluh perlahan sebelum bersetuju. Kayza terus menjerit riang. Akhirnya kakaknya menerima ajakan mandi sungai.
"Kau pergi call Umi dulu. Beritahu dia. Nanti Umi risau pula," pesan Kaysa dan berdiri.
Selepas itu, dia terus masuk ke bilik untuk menukar baju. Isa dan Kayza di ruang tamu sudah tersenyum kerana berjaya memujuk Kaysa.
🌻
"WUHU!!!" Jerit Kayza dan terus melompat masuk ke dalam sungai. Isa juga mengikut jejak Kayza.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...