ISA terus berjalan masuk ke dalam balai polis. Irshad yang sedang memberi arahan kepada anak buahnya terus berhenti saat melihat kedatangan Isa.
"Isteri aku dekat mana Shad?" Soal Isa dengan wajah yang cukup risau.
"Sabar Isa. Pasukan aku tengah usaha nak jejak dia," ujar Irshad dengan nada tenang. Walaupun jiwanya sendiri sudah resah.
"Isteri aku dekat mana Shad!!!" Jerkah Isa sekali lagi sehingga membuatkan pegawai yang lain tersentak.
"Kau cakap dengan aku Shad. Mana bangsat tu bawa lari isteri aku. Mana dia bawa buah hati aku, Shad!!" Tekan Isa lagi. Kali ini air matanya sudah menitis ke pipi.
"Isa. Tarik nafas. Aku tahu kau tengah cemas. Tapi tolong fikir rasional. Kita orang tengah usaha nak jejak dia sekarang. Istighfar Isa," pujuk Irshad sambil memegang bahu Isa.
"Isteri aku, Shad. Dia perempuan Shad. Dia wanita yang perlu aku lindungi. Aku tak nak kehilangan dia, Shad," rintihnya sehingga terduduk di atas lantai itu.
Mereka yang lain juga berasa lain di hati masing-masing. Semuanya kenal dengan Isa yang merupakan pegawai Leftenan Komander dalam unit PASKAL itu. Tetapi sekarang lelaki hebat itu sudah rebah di mata mereka hanya kerana insan yang dia sayangi.
Irshad cuba bertenang sehabis mungkin. Jika dia menjerkah Isa semula, tiada apa yang dapat diselesaikan. Mujurlah dia sudah memberi arahan kepada anak buahnya untuk bergerak. Megat juga dalam perjalanan ke situ.
Irshad terus menepuk bahu Isa berulang kali supaya semangat dapat disalurkan ke tubuh Isa. Isa pula masih teresak-esak menangis sambil menumbuk dadanya yang terasa sakit.
"Aku dah janji dengan dia, Shad. Aku dah janji untuk bahagiakan dia," ulang Isa lagi.
Irshad cuba menahan air mata daripada menitis. Dia tahu bagaimana gilanya pelaku yang mengugut Isa dan Kaysa selama ini.
Malah si pelaku itu sendiri adalah musuh ketat dan utama bagi mereka semua. Lelaki yang bergelar pengganas bagi negara Malaysia. Lelaki yang berjiwa binatang itu. Disebabkan itu mereka benar-benar perlu menghapuskan lelaki tersebut.
🌻
MEGAT memaparkan bukti-bukti penampakkan si penculik di layar skrin itu. Isa pula sudah mula bertenang. Tetapi memandang kepada riak wajah Isa sahaja sudah cukup dingin. Jarinya juga ditekan dengan kuat tanda sedang menahan marah.
"Menurut daripada bukti yang kita dapat. Dia ada saudara dekat KL ni. Cara dia masuk ke Semenanjung adalah melalui Pelabuhan Klang. Dan saudara yang tolong dia selama ni adalah lelaki ni," ucap Megat dan membuka sebuah gambar.
Isa terus berdiri dan menumbuk meja sekuat hati. Badannya terus menggigil saat melihat wajah pengkhianat itu.
"Bangsat!!!" Marah Isa dengan gigit yang diketap kuat.
"Sabar Isa. Bagi Megat jelaskan semuanya dulu," pujuk Irshad dengan lembut.
Isa terus merengus dan kembali duduk di kerusinya. Megat juga menelan air liur kerana berasa risau dengan diri Isa saat itu.
"Melalui penjejak yang kita dapat kesan melalui jam Kaysa, lokasi terakhir mereka adalah di Terengganu," jelas Megat dan memaparkan kawasan negeri Terengganu.
Mereka semua juga agak terkejut kerana begitu cepat Kaysa dibawa lari ke sana. Melihat kepada penjejak yang berada di jam tangan Kaysa, mereka sudah bergerak ke sana.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...