BAB 21 🌻

2.6K 190 25
                                    

PENGGAMBARAN pada malam itu akhirnya selesai pada pukul 10 malam. Semua kru produksi melepaskan nafas lega. Segalanya berjaya disiapkan pada hari itu juga. Sempena itu juga mereka diberi cuti selama dua hari bermula hari esok. Dan mereka akan menyambung semula penggambaran di Kuala Lumpur.

Kaysa menanggalkan topi hitam di atas kepalanya. Kepalanya juga berasa pening kerana tidak menjamah apa-apa lagi sejak dari petang. Perutnya juga berasa tidak selesa.

Miranda datang menghampiri Kaysa dan menghulurkan air mineral. Dia berasa pelik dengan wajah pucat Kaysa itu.

"Kau okay tak ni?"

"Aku rasa pening kepala lah. Tak makan sejak petang tadi," luah Kaysa dan duduk semula di kerusi.

Kru yang lain sedang mengemas peralatan mereka. Para pelakon juga sudah pulang ke tempat penginapan mereka. Luqman dan Aliya juga sudah pulang sebentar tadi.

"Kenapa kau tak makan? Kan aku dah bawa mi goreng," ucap Miranda dengan rasa kecewa.

"Perut aku rasa tak selesa. Sorry Miranda. Aku memang nak makan, tapi perut aku ni tak nak."

"Tak apalah. Isa mana?" Soal Miranda dan memandang sekeliling untuk mencari Isa.

"Tak tahu. Dia cakap tadi nak pergi solat Isyak kejap. Aku balik dengan kau dan Maleeq lah. Rasa tak larat lah," ucap Kaysa dan berdiri semula.

"Bolehlah. Kejap. Aku pergi panggil Maleeq. Kau duduk sini dulu," arah Miranda dan berlalu ke arah kereta miliknya.

Kaysa yang mahu duduk semula mula berasa pusing. Kepalanya juga berdenyut kuat. Belum sempat tubuhnya jatuh menyembah bumi, tubuhnya sudah disambut dengan tangan sasa dari belakang.

Matanya kelam dapat meneka pemilik tubuh itu. Haruman minyak wangi itu sudah dikenali olehnya.

Miranda yang muncul semula bersama Maleeq melepaskan nafas lega. Mujurlah Isa sudah sampai ke situ.

"Kenapa dengan Cik Kaysa?" Soal Maleeq dan bergerak ke arah Kaysa yang sudah didukung oleh Isa.

Miranda pula tidak sempat menahan Maleeq. Risau Maleeq melakukan perkara lain pula.

"Kenapa kau sentuh dia macam ni? Kau tak fikir maruah dia ke?" Bidas Maleeq dengan kasar.

Hatinya cukup terbakar apabila melihat tubuh Kaysa didukung oleh Isa. Dia tidak sangka Isa seberani itu dalam menyentuh perempuan.

Kaysa yang masih terdengar suara Maleeq tidak berdaya untuk membuka mulut. Dia berasa mahu melelapkan mata sahaja.

"Maleeq..." Tegur Miranda kerana terkejut dengan ayat Maleeq.

Isa merenung tajam ke arah Maleeq. Wajah yang tiada riak itu membuatkan Maleeq berasa lebih marah.

"Mungkin kau tak tahu kut bro. Aku dah sentuh dia selama 2 tahun dah," ujar Isa dengan selamba.

Miranda terus tercengang mendengar ayat Isa. Tak boleh ke beritahu terus status korang dua tu?!

"Kau memang lelaki tak guna kan! Dia masih suci!" Marah Maleeq. Sakit hatinya melihat wajah Isa saat itu.

"Maaf ya bro kalau kau sakit hati. Tapi aku ni suami Kaysa. Lelaki yang sah untuk sentuh dia. Bukan kau atau mana-mana lelaki lain. Sepatutnya kau yang kena jaga jurang antara bos dan juga pekerja. Miranda, saya bawa Kaysa balik hotel dulu," ucap Isa dan terus berlalu ke arah keretanya.

Maleeq terus terdiam saat itu. Kata-kata Isa cukup memberi impak yang besar dalam dirinya. Terasa ada batu besar yang menghempap tubuhnya.

"Aduh Maleeq. Saya fikir awak dah tahu. Kan Kaysa selalu pakai cincin dekat jari manis dia. Dan takkanlah Kaysa nak sentuh lelaki asing sesuka hati dia. Nanti awak minta maaf dekat Isa semula ya. Dia tu baran," ucap Miranda dan menggeleng perlahan.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now