BAB 52 🌻

3.3K 217 12
                                    

MEGAT segera berlari ke arah dewan renang itu. Maklumat yang dia baru terima harus disegerakan secepat mungkin.

"Isa!!!" Laungnya sekuat hati.

Anggota lain yang sedang berehat selepas latihan mereka juga tersentak. Mereka semua baru sahaja naik ke atas daripada kolam itu.

Isa pula baru sahaja muncul dan segera berenang ke bahagian tepi.

"Kenapa kau?" Soal Isa dengan wajah ketat.

"Kaysa dah masuk labour room. Isteri aku call tadi," jelas Megat.

Isa terus naik ke atas dan segera mencapai tualanya. Dadanya mula berasa debar. Dia dan Kaysa memang sedang menunggu masa kelahiran flower mereka itu.

Tambah pula dia terpaksa pulang ke Lumut sejak dua hari lepas, jadi dia tidak sangka Kaysa akan melahirkan dalam waktu terdekat.

"Tolong gantikan aku kejap. Aku nak pergi jumpa Kepten," tutur Isa dan terus berlari keluar sambil memakai baju.

Anggota lain mula berbisik antara mereka. Semua sudah mengenali bahawa pengarah filem Kaysa Jameela itu adalah isteri kepada Isa. Awalnya juga mereka semua tidak menyangka lelaki berhati beku itu mempunyai isteri secantik Kaysa.

"Yang lain bersiap sedia untuk latihan seterusnya," arah Megat.

Mereka semua mengangguk faham dan segera membersihkan tubuh dengan air paip. Megat hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan buat Kaysa.

🌻

KAYSA tidak henti-henti berzikir sejak masuk ke dalam bilik bedah itu. Dia tidak sangka air ketumbannya pecah saat dia mahu memberi Sun makan. Mujurlah saat itu, Tuan Ismail berada berhampirannya. Selepas itu, semuanya mula kalut.

"Isa..." Lirihnya perlahan saat sakit kontraksi muncul.

Doktor dan jururawat sedang bersiap sedia dengan tugas mereka. Bukaan Kaysa juga sudah 8 cm. Hanya menanti si kecil itu keluar sahaja.

"Kita boleh mulakan." Doktor perempuan itu sudah bersedia di tempatnya. Kaysa juga sudah cuba menahan rasa sakit yang bagaikan membelah tubuhnya.

Belum sempat doktor perempuan itu memberi arahan kepada Kaysa, tiba-tiba pintu bilik bedah itu dibuka dari luar.

"Sayang push!!!" Jerit Isa sehingga bergema ruangan bilik bedah itu.

Doktor dan jururawat yang berada di dalam bilik itu terpana melihat kemunculan Isa yang sudah lengkap dengan pelitup muka. Isa terus melangkah masuk ke dalam dan memaut tangan Kaysa.

Kaysa yang molek sedang menahan rasa sakit terasa hilang sakitnya buat seketika kerana terkejut dengan kehadiran Isa.

"Sayang dah bersalin ke?" Soal Isa dengan nada debar.

"Encik. Isteri encik tak sempat nak push lagi. Encik boleh bertenang ya," tegur doktor perempuan itu.

"Lahh. Belum lagi ke doktor? Okay sayang, push dengan penuh semangat!" Ucap Isa dengan bersungguh.

Kaysa yang mahu tergelak hanya mampu bersabar kerana sakit kontraksi semakin kuat. Selama 5 minit dia berusaha untuk meneran sehinggalah terbit suara tangisan bayi di bilik bersalin itu.

Isa terus mencium dahi Kaysa dengan rasa syukur. Kaysa juga sudah basah dengan air mata kerana rasa sakit yang cukup dahsyat pada segenap ruang tubuhnya.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now