KAYSA duduk berehat di atas sofa panjang itu sambil menonton televisyen. Sudah lama dia berehat di rumah. Mahu pergi ke tempat kerja, dirinya masih dilarang oleh Isa. Isa tidak mahu dia mengalami kejutan apabila bertemu dengan ramai orang.
"Sayang termenung apa tu?" Muncul Isa dan duduk di sebelah Kaysa.
"Takde apa," jawab Kaysa dengan senyum tipis.
"Saya ada benda nak cakap dengan awak. Tapi saya serba salah," luah Isa dengan rasa tidak tenang.
"Cakap je. Saya okay."
"Saya kena balik Lumut."
Ayat Isa membuatkan Kaysa terkedu. Dia terus menoleh ke arah Isa dan menatap mata redup itu.
"Hari ni ke?" Soal Kaysa dengan rasa debar.
"Sepatutnya hari ni. Tapi saya gerak pagi esok. Tapi saya risaukan buah hati saya ni," ucap Isa dan memeluk bahu Kaysa.
"Saya okay. Dah sebulan saya duduk dekat rumah. Saya pun dah mula bosan. Saya rindu dengan kerja saya yang dulu," luah Kaysa walaupun dia sendiri tidak pasti sama ada dia sudah bersedia atau tidak.
"Sayang yakin? Saya ingat nak minta sayang duduk dekat rumah mama dengan papa. Dekat sana, keselamatan sayang lebih terjamin," cadang Isa.
Dia juga tidak dapat menentukan jangka masa untuk tugasnya nanti. Dia masih ada tanggungjawabnya pada negara. Jadi dia tetap perlu melunaskannya.
"Kalau saya nak duduk dengan Suraya boleh? Bukan saya tak nak duduk dengan mama papa. Cuma saya tak nak mama dengan papa risaukan saya. Lagipun kondo Suraya lebih dekat dengan syarikat," pinta Kaysa dengan rasa takut.
"It's okay sayang. Saya izinkan. Tapi awak kena janji dengan saya yang sayang akan sentiasa mesej saya ke mana pun sayang pergi dan buat. Boleh? Nanti hati saya tak tenang kalau tak tahu semua tu."
"InsyaAllah boleh. Lama ke operasi awak kali ni?"
"Saya tak pasti. Nanti saya beritahu Miranda tentang semua ni. Sayang jangan kerja kuat sangat," pesan Isa.
Risau pula dia mahu berpisah dengan Kaysa. Kaysa pula sejenis yang kuat bekerja. Susah untuk dihalang.
"InsyaAllah. Saya dah okay. Awak dah sembuhkan saya Isa. Terima kasih," ucap Kaysa dan merangkul pinggang Isa.
"Isteri saya ni kuat orangnya. Saya pun dah berapa kali kena tumbuk dengan dia."
Kaysa terus mencubit halus pinggang Isa sehingga terjerit Isa dibuatnya.
"Haa. Tengok tu. Sepit tu ada je nak cari mangsa," usik Isa dan tersengih.
"Sepit ni khas untuk awak seorang sahaja. Baju dah kemas ke?" Kaysa terus mengalih topik.
"Amboi. Macam nak halau pergi je. Belum lagi. Nak ajak buah hati saya ni temankan."
"Mengada je. Jom lah naik atas. Kita kemas baju awak," ucap Kaysa dan berdiri.
"Kemas baju je? Kemas benda lain tak nak ke?" Soal Isa dan berdiri sama.
"Nak kemas apa lagi? Awak jangan nak menggatal ya Isa. Saya siku nanti," ugut Kaysa dan menapak naik ke tingkat atas.
Dia faham sahaja ayat Isa itu. Tetapi dia sengaja mahu mengusik Isa. Isa di bawah hanya mencebik. Usikannya tidak berjaya pula.
🌻
KAYSA menggosok baju Isa untuk dipakai sekejap lagi. Isa pula masih di dalam bilik air. Sebentar lagi Isa akan bertolak pulang ke Lumut, Perak. Dan dia akan kembali ke kondo Suraya. Suraya juga sudah tidak sabar untuk berjumpa dengannya.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...