BAB 18 🌻

2.4K 197 18
                                    

"AWAK memang suka kan tarik perhatian orang? Semua dah tengok kita tadi," bebel Kaysa sewaktu mereka sampai di bilik hotel.

"Apa salahnya kan? Saya kan memang suami awak," jawab Isa dan duduk di atas katil.

"Memanglah. Tapi bukan ke sebelum ni awak cakap jangan bagi orang tahu yang kita ni suami isteri. Awak kan tak suka dengan populariti saya sekarang," sindir Kaysa.

Tangannya tengah sibuk memunggah plushie yang dibelinya tadi.

"Itu dulu. Sekarang ni kan saya suami romantis awak. Jadi saya kena tonjolkan semua ni," jawab Isa dan berdiri mendekati Kaysa.

Kaysa hanya menjeling dengan ayat Isa. Tahulah dia Isa bermaksud mahu membetulkan semula hubungan mereka berdua itu.

"Banyaknya beli. Untuk Kayla dengan Kayza je kan? Kenapa ada lebih ni? Ni plushie strawberi ni datang bila pula?" Bebel Isa dan mengambil plushie strawberi itu.

"Satu ni untuk awak. Tapi awak tak nak kan. So jadi milik saya." Kaysa menayangkan alpaca putih yang ditolak oleh Isa tadi.

"Aip. Kan saya punya. Tak elok kalau ambil semula. Buruk siku nanti."

Plushie alpaca putih itu diambil dari tangan Kaysa.

"Ish. Dah macam perempuan. Sekejap nak. Sekejap tak nak. Gigit baru tahu," bebel Kaysa dengan rasa geram.

"Kerja nak menggigit je. Yang strawberi tu untuk siapa pula? Mama ke?" Soal Isa dan mengepit alpaca yang diambil tadi di ketiaknya.

"Yang tu saya punya. Maleeq yang hadiahkan," jawab Kaysa dan membuka shawl di kepalanya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi sliding door dibuka. Kaysa terus menoleh ke arah Isa yang berdiri di balkoni. Dengan laju Kaysa terus berlari ke arah Isa.

"Awak nak buat apa huh?" Soal Kaysa apabila melihat Isa berura-ura mahu mencampak plushie strawberi itu ke bawah.

"Nak buang."

"Untuk apa! Kan saya cakap Maleeq yang hadiahkan untuk saya. Bagi balik!" Marah Kaysa dan cuba mengambil plushie itu tetapi tidak berjaya.

"Saya tak nak lelaki lain bagi hadiah dekat isteri saya. Saya boleh bagi sendiri," balas Isa dan tidak mahu kalah.

"Masalahnya awak dah bagi saya kan. Cukuplah yang tu. Yang ni dia bagi sebab saya layan dia dengan baik," jelas Kaysa.

"Saya tetap tak suka. Dia mesti ada hati dekat awak kan? Awak nak ambil dia sebagai suami baru awak nanti ke?" Soal Isa dengan wajah ketatnya.

"Kalau dah jodoh nak buat macam mana kan!" Balas Kaysa dan merentap alpaca di ketiak Isa.

Dia juga cuba membuang alpaca itu ke bawah. Isa mula menggigit bawah bibirnya tanda geram.

"Fine. Awak ambil plushie dia dan buang yang saya punya," balas Isa dan terus meletakkan plushie strawberri itu di lantai dan berlalu pergi.

Kaysa terus termangu sendirian di balkoni bilik itu dengan plushie alpaca putih di tangan. Bunyi pintu bilik yang ditutup menandakan Isa sudah keluar dari bilik itu.

Saat itu Kaysa mula berasa bersalah. Dia tahu Isa cemburu dengan pemberian Maleeq padanya. Tetapi dia tidak sampai hati mahu membuang pemberian orang.

🌻

ISA duduk di sebuah bangku di luar kawasan hotel itu. Hatinya masih terasa dengan ayat Kaysa itu. Telefon di kocek dikeluarkan dan di menelefon satu nombor.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now