BAB 9 🌻

2.4K 179 20
                                    

SUASANA di meja menjadi sunyi. Masing-masing sedang menjamu selera. Kaysa pula tidak membuka mulut untuk bercerita.

Puan Jihan memandang anak sulungnya itu. Dia perasan dengan perubahan sikap Kaysa bermula tahun ini. Anaknya itu tampak lebih mendiamkan diri.

"Isa takde call kamu ke Kakak?" Soal Puan Jiha dengan lembut.

"Ada Umi. Dia tanya tentang apa yang berlaku," jelas Kaysa.

Walaupun Miranda yang menjawab, dia tidak mahu Puan Jihan meneka sesuatu yang tidak elok tentang hubungannya dengan Isa.

"Lama lagi ke dia operasi?"

"Kakak tak tahu Umi. Selalunya lebih tiga bulan. Ini pun dah nak masuk empat bulan," tutur Kaysa dengan nada kendur.

"Umi cuma risaukan keselamatan Kakak. Esok Umi dah kena balik Lipis. Butik tu kalau tak dijaga, lain jadinya," terang Puan Jihan.

Dia mempunyai butik pakaian di sana. Tambah pula pekerjanya hanya dua orang sahaja. Risau tak menjadi kerja-kerja yang lain.

"Umi jangan risau. Maleeq tu ada untuk lindungi keselamatan Kakak."

"Umi bukan apa Kakak. Maleeq tu lelaki. Kakak ni perempuan. Tak manis kalau orang tengok kamu berdua-duaan. Takde ke pengawal perempuan?" Soal Puan Jihan.

"Miranda dah cuba cari Umi. Tapi takde. Hanya Maleeq je yang kosong jadual dia. Yang lain semuanya dah penuh," tuturnya.

Puan Jihan mengeluh perlahan. Dia tidak berkenan apabila melihat Maleeq menghantar Kaysa ke rumah petang tadi. Hatinya tidak menerima kehadiran lelaki itu dalam menjaga anaknya.

"Tak apalah. Umi nak Kakak jaga diri baik-baik ya. Umi harap Isa dapat pulang dengan cepat. Tapi kakak ada musuh ke?" Soalnya hairan.

"Kakak tak tahu Umi. Hati manusia ni kita tak dapat nak teka. Mungkin ada yang tak berpuas dengan pencapaian kakak kan," jelas Kaysa.

"Hmm...ada betulnya juga. Rambut sama hitam, hati lain-lain."

Kaysa hanya mengangguk. Puan Jihan juga sudah berada di rumahnya selama dua hari. Hari esok, Uminya akan pulang kerana bekerja.

Sudah lama dia tidak menjejak kaki ke rumah itu. Itulah rumah Isa. Dia hanya akan duduk di situ jika Isa pulang sahaja. Selebihnya dia akan duduk bersama Suraya di kondo.

"Umi perasan Kakak jarang balik sini ya?" Tebak Puan Jihan.

"Kenapa Umi?"

Kaysa tidak pula bercerita tentang hal dia duduk bersama Suraya kepada Puan Jihan. Dia tidak mahu Uminya itu memikir hal yang lain.

"Umi tengok ruang tamu tu ada yang berhabuk. Nak-nak meja tu. Tingkat atas pun sama. Umi bau habuk," jelas Puan Jihan.

"Kakak jarang tidur sini Umi. Lagipun takde Isa, Kakak rasa tak selamat sikit." Dia terpaksa juga memberitahu Puan Jihan.

"Jadi kakak duduk mana selama ni?"

"Duduk rumah Suraya. Umi jangan risau, Kakak bayar rumah sewa tu."

"Oh si Suraya tu ya. Alhamdulillah kalau macam tu. Kenapa tak duduk dengan mak mertua kamu?" Tanya Puan Jihan lagi.

"Kondo Suraya lagi dekat dengan syarikat Kakak. Rumah mama dengan papa jauh Umi. Kakak tak nak tersekat dalam jammed."

"Oh...tak apalah. Asalkan Kakak jaga diri elok-elok. Umi tengok filem kakak dah famous. Jadi Umi risau kalau ada yang berniat jahat macam sebelum ni lagi," ujarnya risau.

"InsyaAllah Umi. Kayza dengan Kayla macam mana Umi? Kakak tak sempat nak mesej dia orang."

Kaysa segera menukar topik. Lagi lama dia berbual tentang hal itu, lebih banyak benda yang diketahui oleh Puan Jihan.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now