PEN diketuk di atas meja buat beberapa kali. Suasana yang tegang dapat dirasakan oleh mereka yang sudah tiba. Masing-masing sudah berdebar saat mendengar bunyi pen yang diketuk-ketuk perlahan ke atas meja. Kertas yang diselak beberapa kali juga mampu membuatkan mereka tidak selesa.
"Maaf ya Kaysa. Adlina cakap dia dalam perjalanan," ucap Luqman dengan nada debar.
Sudah beberapa kali dia meminta pembantunya untuk menghubungi Adlina dan Taqi. Mereka sudah lewat lebih dari sejam.
Miranda yang duduk di sebelah Kaysa hanya mengeluh. Dia dapat melihat wajah ketat Kaysa saat itu. Malah mereka yang lain juga sedang berusaha untuk menghubungi dua pelakon yang lewat itu.
"Siapa nama pelakon tu?" Soal Kaysa tiba-tiba.
Mereka semua terdiam. Masing-masing terkejut dengan soalan Kaysa.
"Er...Adlina dan Taqi Syakeel," jawab Luqman.
Kaysa hanya mengangguk sahaja. Skrip yang berada di hadapannya masih dibaca buat kali ke berapa. Miranda sudah dapat merasakan akan ada badai yang bakal hadir sebentar lagi.
Tidak lama kemudian, pintu bilik mesyuarat itu dibuka dari luar. Terjengul muka Adlina dan Taqi yang tampak tenang. Mereka berdua terus melemparkan senyuman kepada mereka semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Yang lain sudah mempamerkan wajah ketat. Masing-masing kecewa dengan sikap dua pelakon itu. Tampak tidak bersalah.
"Itu ke pelakon yang you ambil Luq?" Soal Kaysa dan memandang ke arah Adlina dan Taqi.
Tangan kirinya ditongkat ke kepala dengan wajah tegang saat memandang dua insan yang masih berdiri. Adlina dan Taqi mula berasa pelik dengan renungan Kaysa.
"Ya Kaysa," jawab Luqman dan menelan air liur.
"Hebat. Pelakon yang cukup karisma," puji Kaysa tiba-tiba.
Miranda sudah dapat meneka perkara yang bakal berlangsung sebentar lagi.
Adlina sudah tersenyum bangga manakala Taqi sudah sedar dengan sindiran Kaysa itu. Kepalanya terus ditunduk ke bawah.
"Asal kau senyum?" Soal Kaysa dengan nada yang sedikit menaik.
Adlina terus tersentak. Dia sempat menoleh ke arah pengurusnya dan pengurusnya hanya menggelengkan kepala. Saat itu dia terus menundukkan kepala sama seperti Taqi.
"Kau ingat aku ni kawan baik kau ke nak sidai sampai satu jam?!" Tengking Kaysa. Miranda hanya memejam mata kerana sudah terbiasa.
Luqman juga hanya redha saat itu. Pekerja yang lain juga hanya mengunci mulut. Mereka semua tahu tentang cara kerja Kaysa yang cukup tegas. Disiplin adalah yang utama bagi Kaysa.
"Maaf Cik Kaysa," ucap Taqi dengan nada kendur.
"Saya pun minta maaf Cik Kaysa." Sambung Adlina pula.
"Tukar pelakon lain," arah Kaysa tiba-tiba.
Mereka semua tersentak. Luqman terus memandang ke arah Kaysa dengan riak wajah tidak percaya.
"Cik Kaysa. Tolong bagi saya peluang. Saya minta maaf sebab lambat. I'm sorry," rayu Adlina dengan wajah yang sedih.
"Saya janji tak kan lambat lagi Cik Kaysa. Maafkan saya Cik Kaysa," rayu Taqi pula.
"Tengok pada sikap kamu berdua tadi, saya tak jamin drama ni akan meletup. Disiplin takde. Berlagak dengan pekerja lain. Kau ingat ini sukaneka nak main-main? Yang lain ada kerja mereka. Jangan fikir kami ni ada masa nak tunggu korang berdua datang hanya nak melihat wajah tersengih-sengih tu tadi! Dengan maaf takde. Buat macam tak bersalah. Kau kalau nak kekal lama dalam industri seni ni, jaga adab tu. Disiplin dengan adab tu biar seiring. Baru berlakon beberapa drama dah naik bulu," bebel Kaysa dan merengus kasar.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...