SURAYA mengetuk dagunya dengan pen kerjanya sambil memerhati gambar yang diberikan oleh Kaysa. Dia juga agak terkejut apabila ada pisau yang terkena cat merah di dalam kotak tersebut.
"Kenapa kau tak bawa pergi balai polis?" Soal Suraya.
"Aku tak nak kes ni jadi besar. Kau tahu kan tak ramai yang tahu aku ni dah kahwin?"
Suraya mengangguk laju. Itulah yang disimpan oleh Kaysa sejak menceburi bidang seni itu.
"Jadi aku tak nak wartawan menempel dengan isu ni untuk buat kerja dia orang. Aku tak nak orang tahu Isa kerja sebagai PASKAL. Bahaya," jelasnya lagi.
"Hmmm. Aku setuju dengan kata-kata kau ni. Cuma tak rasa berisiko ke Kay? Ini dah main nyawa." Suraya mula berasa tidak sedap hati.
"InsyaAllah tak. Dato' Ashari dah letakkan pengawal untuk aku. Budak Maleeq tu. Dia je lah yang selalu teman aku ke hulu dan ke hilir," terang Kaysa dan berbaring di sofa panjang itu.
"Oh...ada bodyguard. Patut kau santai. Tapi jangan berharap sangat dengan dia, Kay. Risau orang ni serang kau waktu kau dengan Maleeq berpisah."
Kaysa berpusing mengadap Suraya. Dia juga berfikir seperti Suraya. Risau orang itu datang menyerangnya saat Maleeq tiada.
"Nanti kau kena pergi Cameron kan? Maleeq ikut tak?" Soal Suraya.
"Ikut. Aku dah minta dia untuk join sekali. Penggambaran kali ni agak lama ambil masa. Mungkin tiga atau empat bulan," jelas Kaysa dan berkalih untuk memandang siling putih.
"Lama juga tu. Aku harap orang ni bukan daripada kalangan budak industri seni. Bahaya kalau kau dekat dengan dia orang," ujar Suraya. Dirinya sudah dihimpit dengan kebimbangan.
"Kau doa yang baik-baik untuk aku ya Su. Aku cuma nak settlekan kerja aku dengan baik je sekarang."
"InsyaAllah. Aku harap Isa balik cepat sikit. Dia je yang aku percaya untuk jaga kau," luah Suraya.
Bukanlah dia tidak mahu mempercayai Maleeq. Tetapi zaman sekarang semuanya susah untuk dipercayai. Lebih baik suami Kaysa sahaja yang melindunginya.
Kaysa hanya diam. Jauh di sudut hatinya juga meminta hal yang sama. Hatinya masih tidak tenang selagi Isa tidak pulang. Dia risau semuanya akan terlambat jika berlaku sesuatu yang buruk padanya.
🌻
MASUK ke dalam bilik, Kaysa terus berbaring di atas katil. Bantal beruang pemberian Isa dipandang lama. Satu keluhan terlepas daripada bibirnya.
"Kenapa aku rindu dekat Tuan kau eh?" Soalnya sendiri.
Bantal beruang itu diambil dan dipeluk lembut. Dia seolah tiada semangat untuk keluar dari rumah selepas menerima ugutan daripada seseorang itu.
Tambah pula esok dia akan pergi ke rumah Tuan Ismail dan Puan Iqlima. Keluarga mertuanya itu sudah resah untuk berjumpa dengannya selepas kes dia dimasukkan ke dalam hospital.
Kaysa berpusing dan memegang erat bantal beruang itu. Ditenung lama bagaikan menembusi kulit bantal itu.
"Urgh! Balik lah cepat!" Marahnya sendiri.
🌻
Puan Iqlima memegang lembut tangan Kaysa. Sejak dia mengetahui kejadian kereta Kaysa disimbah cat, hatinya sudah berasa tidak tenang. Siapalah yang sudi membenci menantunya itu?
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...