"SAYANG..." Ucap Isa dan terjaga dari lenanya. Dadanya terus berasa sesak apabila terkejut dengan mimpinya tadi.
Seorang pakcik yang berdiri di hadapannya memandang lama ke arahnya. Isa terus meraup wajah dan berdiri semula.
"Nak tidur sini ke?" Soalnya.
"Aah Pakcik. Saya nak gerak ke Pekan. Tapi mata dah mengantuk sangat. Jadi lelap sekejap," jawab Isa dan tersenyum tipis.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Alang-alang dia sudah terjaga, dia mahu menunaikan Solat Tahajud dan Solat Hajat untuk Kaysa.
Megat dan Irshad juga sedang berusaha untuk mencari kedudukan Kaysa. Selepas mendapat maklumat daripada Maleeq yang mengatakan Kaysa berada di negeri Pahang, mereka terus membuat carian di negeri besar itu.
Isa pula singgah di sebuah surau di area Paloh Hinai untuk berehat. Manakala Megat dan Irshad sudah bergerak ke Pekan.
Selesai menunaikan solat sunat itu, Isa duduk di atas sejadah sambil menadah tangan. Tersedu-sedu dia menangis kerana meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa untuk keselamatan Kaysa.
Saat dia mengaminkan doanya, pakcik yang menegurnya tadi duduk bersila di sebelahnya dan menepuk lembut bahu Isa.
"Kamu nampaknya ada masalah besar," tuturnya lembut.
"Isteri saya hilang Pakcik. Ada orang culik dia," jelas Isa dengan suara yang agak serak.
"Dalam carian lagi ke sekarang?" Nada soalan itu berbaur risau.
"Masih pakcik. Sebab tu saya nak ke Pekan. Sebab lokasi terdekat adalah di situ. Semua daerah dalam Pahang, kami dah cuba cari. Dan Pekan adalah tempat terakhir suspek tu berada," terang Isa dan memejam mata buat beberapa saat.
"Jadi kenapa kamu singgah di sini kalau lokasi tu adalah di Pekan?" Soal Pakcik itu. Hairan.
"Mungkin Allah yang gerakkan hati saya ke sini. Saya tak dapat rasa mana isteri saya berada sekarang. Saya rasa kosong. Saya jadi bingung dengan diri saya sendiri. Saya tak nak kehilangan dia," rintihnya dengan air mata yang menitis lebat.
"Pulanglah semula pada Pencipta kamu. Adakah saat kamu ditimpa masalah, baru kamu berharap padaNya? Mungkin ini teguran buat kamu. Kamu perlu yakinkan diri kamu bahawa segala yang berlaku adalah di atas kehendakNya. Allah uji kita sebab Dia rindukan kita. Setiap apa yang berlaku, adalah di luar batas kita tetapi bukan padaNya. Memohonlah dan insafi diri kamu andai selama ini kamu ada terbuat salah dengan sesiapa. Taubat lah nak. Pakcik yakin Allah akan bantu kamu dalam menyelamatkan isteri kamu," pujuk pakcik tua itu lagi.
Air mata Isa sudah semakin lebat. Dia benar-benar tertampar dengan ayat Pakcik itu.
"Mungkin ini balasan buat saya sebab abaikan isteri saya dulu. Saya ni suami yang tak layak untuk dijadikan pelindung buat dia. Dia sentiasa menanti saya tetapi saya abaikan dia kerana terlalu pentingkan kerja saya." Lirihnya lagi.
"Doa lah Nak. Allah itu maha mengampun dan mendengar. Allah itu sentiasa ada dengan kita. Ini mungkin teguran buat kamu. Buatlah solat Taubat. Pakcik perasan kamu hanya melakukan solat Hajat dan solat Tahajud sahaja tadi. Buat solat Taubat pula. Minta ampun daripada Allah dan minta petunjuk daripadaNya," pesan pakcik tua itu sebelum bangun.
Isa mengesat matanya dan berdiri semula. Dia langsung menunaikan solat Taubat sebagaimana yang dipesan oleh pakcik tua itu.
Selesai memberi salam, dia langsung menoleh untuk berjumpa dengan pakcik tua itu, tetapi ruang surau itu hanya kosong. Hanya dirinya sahaja yang duduk di dalam surau itu.
Belum sempat Isa melangkah untuk keluar mencari, telefonnya mula berdering. Dengan pantas Isa mengangkat panggilan daripada Megat.
"Kita dah jumpa tempat Hassan sembunyi," ucap Megat dengan laju.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...