BAB 17 🌻

2.4K 192 23
                                    

PENGGAMBARAN mereka pada hari itu selesai sebelum tengah hari. Masing-masing cukup bersyukur kerana mereka dapat berehat selepas itu. Mujurlah Kaysa dan Luqman tidak mengubah jadual penggambaran mereka.

Selepas itu, pemilik The Sheep Sanctuary mengizinkan mereka semua untuk bermain dengan biri-biri dan alpaca yang ada di situ. Semuanya sudah teruja dengan binatang berbulu itu.

Isa menoleh ke arah Kaysa yang tersenyum saat memberikan makanan kepada seekor alpaca. Wajah ceria Kaysa membuatkan dia berasa tenang.

Tiba-tiba muncul seekor lagi alpaca di sebelah Isa. Isa terus menjeling tajam. Dia tidak membeli makanan untuk mereka semua. Semuanya diberikan kepada Kaysa sahaja untuk diberi kepada haiwan itu semua.

"Isa. Cuba awak usap dia orang ni. Bukannya jeling," tegur Kaysa dan memberi makanan kepada alpaca itu.

"Kalau dia tak suka saya usap macam mana? Nanti dia gigit saya. Saya gigit dia semula," balas Isa. Tangannya masih bersilang tanda malas hendak berbaik dengan binatang itu.

Kru produksi yang lain sudah tersenyum-senyum melihat Kaysa dan Isa. Mereka semua hanya beranggapan bahawa Isa adalah teman lelaki Kaysa. Kemesraan mereka berdua itu membuahkan andaian pihak produksi yang lain.

Maleeq hanya memandang dari jauh. Kaysa juga tidak memanggilnya untuk bersama-sama bermain dengan alpaca dan biri-biri di situ. Semuanya hanya dilakukan bersama Isa.

Adlina menghulurkan satu kotak makanan ke arah Maleeq. Maleeq hanya tersenyum dan menyambutnya. Dia hanya menemani Adlina sahaja di situ.

"Gigit lah. Biar mulut awak penuh dengan bulu. Dengan haiwan pun nak gaduh ke?" Perli Kaysa dan berlalu ke tempat lain.

Isa hanya menurut dari belakang. Dia tidak mahu Kaysa berada jauh dengannya. Keselamatan Kaysa sukar untuk ditebak.

"Isa. Help me!!" Jerit Kaysa tiba-tiba.

Isa yang sedang termenung terus bergerak ke arah Kaysa. Langkah terus mati dan dia terkedu melihat hujung shawl Kaysa yang digigit oleh alpaca putih itu.

"Kenapa termenung?!! Awak nak tudung saya koyak ke?" Bentak Kaysa dengan geram.

"Itulah, marah suami lagi. Kan dah kena balasan," usik Isa dan memegang tengkuk alpaca itu.

"Eh Isa. Lembut lah sikit. Awak ingat dia musuh awak ke nak cekik macam tu?" Soal Kaysa selepas alpaca itu melepaskan gigitan pada selendangnya.

"Apa? Dia cari pasal dengan isteri saya kan. Jadi dia mesti terima hukuman." Isa masih memegang tengkuk alpaca itu dengan wajah yang serius.

Tiba-tiba kepalanya dilibas dengan satu benda keras. Dia terus memandang ke arah Kaysa di sebelah.

"Lepas tengkuk dia!" Arah Kaysa. Beg yang digunakan untuk melibas belakang kepala Isa diletakkan ke sisi badannya semula.

Isa terus melepaskan alpaca itu. Alpaca itu terus berlari pergi seolah takut untuk berjumpa dengan Isa lagi.

"Awak ni dah buat keganasan pada binatang tu. Dia berdendam dengan awak nanti, saya tak tahu," ujar Kaysa selamba.

Isa menggaru belakangnya yang tidak gatal. Dia cuma mahu menyelamatkan Kaysa sahaja sebentar tadi. Sekarang dirinya pula yang dimarahi oleh Kaysa.

Isa terus berjalan mengikut Kaysa masuk ke dalam sebuah kedai cenderamata. Plushie yang banyak tersusun itu menjadi tujuan utama Kaysa.

"Awak kan dah ada satu dekat rumah," celah Isa dan berdiri di sebelah Kaysa.

"Yang tu biarlah di rumah. Yang ni saya nak beli untuk saya bawa ke mana-mana. Haa, untuk Kayla dengan Kayza pun saya nak beli," ucap Kaysa apabila teringat pada adik-adiknya.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now