BAB 35 🌻

2.4K 192 18
                                    

DANI muncul dengan sepinggan mi sup. Kaysa hanya makan itu sahaja kerana perutnya yang masih berasa tidak selesa. Zaki pula sudah kembali dengan sepinggan nasi, lauk dan ulam-ulaman. Dani pula selepas meletakkan mi sup Kaysa, dia terus bergerak untuk mengambil lauk.

"Kaysa nak minum air apa?" Soal Zaki.

"Air mineral pun okay. Isa tak bagi saya minum ais," ucap Kaysa. Dia masih ingat dengan pesanan Isa pagi tadi.

"Okay. Tunggu sini kejap ya. Tak jauh pun nak ambil air tu."

Kaysa hanya memerhati Zaki yang berlalu pergi. Pengunjung di kedai itu juga ada yang menoleh-noleh ke arahnya. Kaysa hanya mampu tersenyum tipis sahaja. Mungkin ada yang mengenali dirinya itu.

"Kaysa nak tahu tak, saya suka sangat dengan filem Panglima Husin tu," ucap Dani dengan penuh semangat.

"Iya ke? Terima kasih Dani. Sebenarnya filem tu tercetus sebab Isa dan korang semua," jelas Kaysa dan tersenyum tipis.

"Huh? Serius lah Kaysa?" Dani sudah terkejut mendengarnya.

"Aah. Lepas saya kahwin dengan Isa, ilham tu hadir. Jadi saya bincang dengan penulis skrip dan pengarah lain dan dia orang setuju."

Itulah faktanya. Semuanya kerana dia melihat bagaimana semangat Isa dalam menyelesaikan sesebuah operasi. Malah Isa juga pernah menceritakan tentang kepergian seorang sahabatnya yang merangkap kawan baiknya dalam sebuah misi. Cerita itu cukup membekas di dalam hati Kaysa.

"Oh...patutlah saya tengok watak Panglima Husin tu macam Isa. Dingin lepastu takde perasaan," komennya.

Zaki hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia tidak melihat lagi filem itu. Dan dia juga bukan kaki filem macam Dani.

"Hahaha. Memang sama kan macam Isa. Itu memang apa yang saya nak. Isa tu dingin sangat. Tapi saya sayang dia," ucap Kaysa dan tersenyum tipis.

Zaki dan Dani saling berpandangan. Nampaknya Isa berjaya merebut hati Kaysa semula. Mereka berdua sudah sedia maklum dengan hubungan Isa dan Kaysa sebelum ini. Tetapi melihatkan keadaan sekarang, hubungan itu sudah mula jernih.

"Ehem. Ehem."

Tiba-tiba muncul seorang perempuan di meja sebelah mereka. Kaysa hanya memandang pelik ke arah gadis bertudung manis itu. Dani dan Zaki pula terus mengeluh perlahan.

"Mana Isa?" Soal Hanna dan melihat sekelilingnya.

"Isa takde dekat sini," jawab Zaki dengan serius.

"Tipu! Dia balik sini kan?"

Kaysa hanya mengacau mi yang berada di dalam mangkuknya. Dia seperti sudah tahu apa yang diinginkan oleh gadis di sebelahnya itu.

"Macam mana kau tahu? Kau bukan orang penting pun dekat dia," balas Dani pula.

"Mestilah aku tahu. Papa aku sendiri cakap yang Isa balik sebab ada mesyuarat penting dengan dia. Korang dua jangan sorokkan daripada aku pula," bentak Hanna tiba-tiba.

"Dah tahu dia ada mesyuarat, masih nak tanya dia dekat mana. Dungu juga kau," sindir Zaki tajam.

Kaysa mengulam senyum tipis saat mendengar ayat Zaki. Dia juga berfikiran sama seperti Zaki.

"Ergh. Annoying betul. Muka dah lah tak handsome. Mulut pula puaka," bebel Hanna dan menjeling ke arah Zaki.

Kaysa hanya terkedu. Muka Zaki dikatanya tidak hensem. Wajah seperti pelakon hindustan itu sudah cukup menyedapkan mata yang memandang. Hanya riak wajah sahaja yang terlihat tegang. Boleh pula gadis itu mengutuk wajah sempurna itu. Bebel Kaysa di dalam hati.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now