KAYSA membuka matanya perlahan-lahan. Ruang bilik yang agak lain itu membuatkan Kaysa mengeluh perlahan. Fahamlah dia yang Isa mendukungnya ke situ.
Seingatnya, dia hanya bersandar di luar bilik Isa pada malam semalam. Mahu meminta maaf kepada Isa pada malam semalam dia berasa takut. Tambah pula wajah Isa yang agak serius dengan kerjanya itu. Hujungnya Kaysa tertidur di situ.
Kepala dikalih ke sebelah dan ruang itu kosong. Bayang Isa juga tiada di dalam bilik itu. Kaysa melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Mujurlah dia masih bendera merah.
Selesai membersihkan tubuh, matanya jatuh pada baju yang digantung di almari pakaian itu. Setahunya itu adalah bajunya. Tambah pula baju itu sudah digosok. Selendang juga terlihat kemas tanpa kedutan.
"Dia gosokkan ke?" Ucapnya sendiri.
Kaysa segera bersiap dan memakai selendang yang telah disekalikan dengan pakaiannya itu. Bibirnya terus menguntum senyum. Dia suka dengan pilihan Isa itu.
Kaysa memakai baju kemeja berona biru lembut dan seluar slack bewarna hitam. Manakala selendangnya mempunyai rona yang sama dengan bajunya cuma terdapat bunga halus bewarna putih.
Mekap di wajah juga sudah diserikan dengan cukup baik. Gincu juga dikenakan sesuai dengan warna kulitnya. Beg tangan juga diambil sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Saat dia menuruni tangga, matanya jatuh pada Isa yang sedang duduk di ruang tamu. Lelaki tu masih marah ke?
"Good morning Isa," tegur Kaysa dengan nada yang agak kekok.
Isa yang sedang bermain telefon terus berpusing ke arah Kaysa. Dia langsung berdiri dan berjalan ke arah Kaysa.
"Good morning. Mari kita breakfast dulu," ajak Isa dan berjalan ke dapur.
Kaysa hanya menuruti sahaja langkah Isa ke ruang makan. Selepas itu, dia melihat Isa muncul dengan dua sandwich dan air kopi.
"Makan ni dulu. Saya nak bersiap," ucap Isa dan meletakkan pinggan di hadapan Kaysa.
"Awak nak ke mana?" Soal Kaysa pelik.
"Nak hantar awak pergi kerja lah. Kereta awak masih dekat bengkel kan?"
"Err. Takpe Isa. Maleeq dah dalam perjalanan ke sini. Saya pergi syarikat dengan dia," jawab Kaysa dan menghirup kopi panas itu.
"Oh...awak lebih percayakan Maleeq rupanya. Takpe lah. Saya nak naik mandi dulu. Nanti Maleeq dah sampai, awak pergi je terus. Tak perlu tunggu saya ya," ujar Isa dan terus berlalu naik ke tingkat atas.
Kaysa terus berasa bersalah. Dia terlupa dengan pergaduhan mereka semalam. Semuanya kerana dia tidak mahu menyusahkan diri Isa. Tetapi sekarang, Isa sudah berasa hati dengannya.
Bunyi telefonnya menyentak lamunan Kaysa. Dia terus meneguk kopi itu sehingga habis. Tetapi sandwich itu tidak sempat untuk dia jamah. Dengan tergesa-gesa Kaysa terus keluar dari rumah.
Maleeq pula sudah menunggunya di depan rumah. Dengan segera dia masuk ke tempat duduk belakang. Sebelum bergerak pergi, matanya sempat memandang ke tingkap di tingkat atas. Dia dapat melihat langsir yang bergerak.
🌻
"SUAMI Puan Kaysa tak hantar ke?" Soal Maleeq dengan nada kekok.
"Panggil macam biasa je Maleeq. Janganlah menampakkan saya ni isteri orang sangat," jawab Kaysa.
Maleeq terdiam. Bukankah itu sememangnya panggilan untuk wanita yang sudah berkahwin? Disebabkan itulah dia fikirkan Kaysa masih single.
YOU ARE READING
RINDU YANG DICARI [ C ]
Romance-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia mas...