BAB 46 🌻

2.6K 199 15
                                    

MEREKA berdua berjalan bersama-sama sewaktu keluar dari sebuah hospital swasta. Di sana Kaysa telah menerima rawatan berkaitan dengan trauma yang dialaminya. Dato' Ashari sendiri yang memintanya untuk pergi ke situ supaya tidak mendedahkan situasi diri Kaysa yang sebenar kepada para media. Miranda juga sudah membuat satu kenyataan bahawa Kaysa akan berehat untuk beberapa bulan daripada dunia seni.

Drama yang diarahkan oleh Kaysa akan diambil alih sepenuhnya oleh Luqman. Luqman juga sudah sedia maklum atas kejadian yang menimpa diri Kaysa. Malah pemergiaan Maleeq juga hanya diketahui oleh beberapa kru dan rakan artis terdekat. Adlina juga terkesima saat mendapat tahu tentang perkara itu. Dia hanya mampu mengirimkan doa buat Maleeq sahaja.

Isa menarik tali pinggang Kaysa dan memasangnya kemas. Selepas itu dia merenung wajah Kaysa yang sedang termenung memandang ke arah tangannya.

"Kenapa sayang?" tanyanya lembut.

"Saya rasa tangan saya kena ikat."

Ayat Kaysa membuatkan Isa tersentak. Dengan laju kedua-dua belah tangan Kaysa digenggam kemas.

"Tak sayang. Tangan awak tak kena ikat. Saya tengah pegang tangan awak ni. See," ucap Isa dan mengangkat tangan Kaysa untuk dibuktikan.

"Tapi kesan lebam tu masih ada dekat tangan saya," luah Kaysa saat melihat kesan lebam di pergelangan tangannya saat lengan bajunya jatuh apabila Isa mengangkat.

Isa terus menjatuhkan tangan mereka berdua dan menarik lengan baju Kaysa dengan cepat. Dia hampir terlupa dengan kesan lebam itu.

"Kejap ya sayang. Saya ada hadiah untuk awak. Awak mesti debar kan?" Sengaja Isa mahu menceriakan suasana yang agak tegang itu.

Kaysa hanya memerhati sebuah kotak kecil yang diambil oleh Isa dari tempat duduk belakang.

"Sayang nak tahu tak apa yang ada dalam kotak ni?" Soal Isa dengan senyuman lebar.

Kaysa hanya mengangguk perlahan. Dia berasa berdebar secara tiba-tiba.

Isa terus membuka penutup kotak itu dan mengeluarkan satu sarung tangan. Kaysa terus membulatkan matanya saat melihat beberapa pasang handsock di dalam kotak itu.

"Pergelangan tangan sayang tu boleh ditutup dengan handsock ni. Tapi ini bukan hanya untuk tutup lebam tu, tapi untuk mendidik sayang untuk menutup aurat selepas ni. Mungkin ini sebab semua ni berlaku. Allah nak tegur kita melalui perkara ni," jelas Isa dan mencapai semula tangan Kaysa.

Kaysa terus berasa sebak. Selama ini dia tidak pernah memakai sarung tangun mahupun stokin. Segalanya diabaikan bagaikan itu bukan kewajibannya sebagai seorang wanita muslim.

"Saya tak nak paksa sayang. Tapi kalau boleh, saya nak isteri saya ni menjaga aurat dia. Sebab aurat sayang hanya saya, Kayza dan papa sahaja yang boleh lihat. Pergelangan tangan sayang ni juga adalah aurat. Kaki sayang juga. Dan dada sayang tu kita kena tutup. Maksud saya tudung yang sayang pakai kena labuhkan," tegur Isa dengan lembut.

Kaysa tergamam. Hatinya bagaikan terusik dengan teguran Isa itu.

"Sebagai seorang wanita. Aurat tu adalah cara mereka untuk menjaga diri. Pandangan seorang lelaki ni cukup berbeza dengan seorang wanita. Jadi saya cuma nak sayang berubah secara perlahan-lahan. Niatkan dalam hati bahawa apa sahaja yang berlaku ini adalah teguran Allah buat hambanya," sambung Isa dan tersenyum tipis.

"Boleh awak pakaikan untuk saya?" pinta Kaysa dan menatap mata Isa.

"Untuk buah hati saya, semuanya boleh sayang," balas Isa dan menyising lengan baju Kaysa ke siku.

Dengan cukup lembut dia memakaikan sarung tangan pada lengan kanan dan kiri Kaysa. Selepas itu bibirnya terus menguntum senyum lebar.

"Bertambah cantik isteri saya bila dia lagi bertutup," puji Isa dan menghadiahkan satu kucupan pada pipi Kaysa.

RINDU YANG DICARI [ C ] Where stories live. Discover now